
Ramai yang rasa risau dengan penularan wabak COVID-19 terutama ada kontaks rapat dengan individu yang baru balik dari Sabah.
Dalam memastikan wabak ini tidak terus merebak kepada orang ramai, ada enam tanda yang korang boleh kenal pasti ia adalah tanda-tanda serius jangkitan COVID-19. Dr Hafizah telah berkongsi enam tanda yang perlu korang alert di twitternya, Dr.HafizahMH @fiezanizmohamed mengenai tanda-tanda serius jangkitan COVID-19.
Bantu saya RT untuk beri kesedaran kepada orang ramai mengenai tanda2 serius jangkitan covid19
Untuk yang dijangkiti, keep positive and stay strong!
— Dr.HafizahMH (@fiezanizmohamed) September 25, 2020
Bantu saya RT untuk beri kesedaran kepada orang ramai mengenai tanda-tanda serius jangkitan COVID-19
Untuk yang telah dijangkiti, keep positive and stay strong!
Ketahui tanda-tanda ini ya.
1) Sesak nafas atau nafas berbunyi
Sekiranya mengalami gejala ini,beritahu staff kesihatan secepat mungkin supaya mereka boleh memeriksa paru-paru anda dan mengesan paras oksigen dalam badan secepat mungkin.
2) Cyanosis atau kebiruan pada kulit
Perhatikan warna jari dan bibir anda/ahli keluarga. Kebiruan menunjukkan paras oksigen yang rendah dalam badan. Bertindak cepat!
3) Batuk berdarah
Perhatikan warna kahak anda. Batuk berdarah mungkin boleh jadi warna merah darah atau keperangan. Jika tak pasti, simpan kahak dalam plastik spesimen yang disediakan dan tunjukkan pada staff kesihatan yang menjaga
4) Sakit dada yang berpanjangan
Beritahu staff jika anda mengalami sakit dada yang berterusan.
5) Cirit birit/muntah/kurang selera makan
Jika berterusan, badan anda kehilangan banyak air dan garam dari badan. Jika ini berlaku, buah pinggang mungkin boleh gagal. Tindakan awal mampu menyelamatkan nyawa.

6) Letih yang melampau
Jika anda rasa lesu yang teramat sangat, ini menunjukkan jangkitan semakin serius dan anda perlu dipantau rapi.
Jadi dah fahamkan kalau ada tanda-tanda nie, cepatlah dapatkan rawatan ya.
Susulan Salah Tuduh Pemandu Lori ‘Mabuk’, Pasangan Yang Tularkan Video Mohon Maaf

Itulah sebab orang kata, periksa dahulu sebelum tuduh yang bukan-bukan. Kan dah susah.
Tular di media sosial beberapa hari lalu sebuah video yang menampilkan seorang wanita yang menduduh seorang pemandu lori kononnya berada dalam keadaan mabuk.
Ini setelah pemandu lori tersebut melanggar beberapa buah kenderaan yang diletakkan di sepanjang bahu jalan terbabit. Dengan nada marah, wanita tersebut menggunakan kata-kata yang agak kasar ketika membuat pertuduhan tanpa terlebih dahulu memeriksa keadaan sebenar pemandu lori tersebut.
Lantas setelah salah seorang rakan mangsa tampil ke hadapan, dia menjelaskan bahawa rakannya itu telah terkena serangan jantung sewaktu berada di tempat duduk pemandu dan akhirnya meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (bukan kerana melanggar kereta-kereta yang ada di situ tetapi kerana penyakitnya itu).
Perkara ini disahkan lagi oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar yang memaklumkan mangsa meninggal dunia disebabkan ‘Myocardial Infraction’. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berikutan tersalah tuduh, warganet pantas mengecam sepasang suami isteri yang dikatakan menuduh tanpa memeriksa fakta dengan teliti.
Bagaimanapun, mereka kini menafikan bahawa mereka adalah perakam video kemalangan itu.
Sebaliknya, wanita itu katanya hanya memuatnaik semula video berkenaan di akaun TikTok selepas menerimanya melalui aplikasi WhatsApp.
Tambahnya lagi, kereta yang dilanggar oleh lori itu bukanlah keretanya dan suara dalam video itu memang bukan milik wanita itu. Demi meredakan keadaan, wanita yang juga merupakan pemilik akaun TikTok @mubarakkhan1535 itu telah meminta maaf kepada keluarga pemandu lori terbabit sambil menegaskan bahawa bukan dirinya yang merakam video tersebut.
Perlukah Qada Solat Jika Salah Kiblat Selama Ini? Semak Arah Kiblat Tepat Jam 5.16 Petang Ini

Petang ini, umat Islam berpeluang untuk menyemak arah kiblat yang tepat bila mana matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada jam 5.16 petang ini.Penentuan arah kiblat melalui fenomena Istiwa Adzam ini adalah peluang terbaik untuk kita menyemak adakah arah kiblat kita selama ini tepat khususnya di kediaman kita duduki kini.
Dalam pada menantikan masa Istiwa Adzam, tentu ramai di antara kita tertanya-tanya adakah sah solat kita selama ini kita tidak mengikut arah kibat yang betul atau tepat?
REMAJA kongsikan penulisan bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang kini Menteri Agama, Dato Zulkifli Mohamad Al Bakri yang pernah disiarkan di page Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 2017 mengenai sesetengah aplikasi dalam telefon yang dikatakan tidak tepat menentukan arah kiblat. Adakah sah solat kita atau perlukah di qada jika tersalah arah kiblat?
Dari sudut bahasa, qiblat bermaksud arah (al-jihah) yang kita solat ke arahnya, dan menurut istilah syara’ ia difahami sebagai Kaabah secara mutlaq tanpa mengandungi maksud yang lain.
Tiada khilaf dalam kalangan fuqaha’ bahawa menghadap ke arah Kaabah merupakan syarat sah solat bagi yang berkemampuan.
Allah SWT telah berfirman dalam Al-Qur’an al-Kareem:
{فَوَل وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ}
Maksudnya: Maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjid al-Haram, dan di mana dan dimana saja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya. (Al-Baqarah ayat 150)
Tafsir Ibnu Kathir juga ada menyebut bahawa ayat tersebut itulah arahan Allah kepada Rasulullah s.a.w. supaya beliau menghalakan mukanya kearah Masjidil-Haram kemana sahaja beliau keluar, juga arahan kepada kaum Muslimin supaya menghalakan muka mereka kearahnya dimana sahaja mereka berada.
Nabi Muhammad SAW pula telah bersabda:
إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلَاةِ فَأَسْبِغِ الْوُضُوءَ، ثُمَّ اسْتَقْبِلِ الْقِبْلَةَ فَكَبِّرْ
Maksudnya: Jika kamu hendak solat maka sempurnakanlah wudhu, kemudian menghadaplah ke kiblat kemudian bertakbirlah” (HR Bukhari : 1/145)
Adakah Perlu Qadha Solat Jika Didapati Salah Qiblat?
Para ulama’ berbeza pandangan dan pendapat dalam soal ini. Terdapat dua qaul (pendapat):
- Qaul pertama menurut Mazhab Syafi’e berpendapat solat yang telah dilakukan menghadap kearah kiblat yang salah, wajib qadha semula solat yang telah dilakukan. Ianya dipetik daripada Minhaj at-Thalibin, dimana sesiapa solat (ke arah kiblat) berdasarkan ijtihad, kemudian dia mendapat tahu bahawa kiblat itu salah, maka dia wajib qadha solatnya, menurut pendapat yang lebih kuat. Dan ketika dia tahu kesalahannya ketika sedang solat, dia wajib mengulangi semula solatnya.
- Qaul kedua pula berpendapat tidak perlu qadha solat yang telah dilakukan jika ternyata salah kiblat yang dituju. Ianya menurut salah satu qaul mazhab Syafi’iyyah, pendapat mazhab Hanafiyyah dan mazhab Malikiyyah.
Salah satu qaul dalam mazhab Syafi’iyyah menyebut bahawa tidak perlu qadha solat kerana adalah harus untuk berijtihad untuk menentukan arah kiblat solat dan solat apabila yakin arah yang dituju itu tidak salah. Manakala arah kiblat juga tidak diketahui ketepatannya secara hakiki, maka ia berbalik kepada kaedah ‘ijtihad tidak boleh membatalkan ijtihad yang lain.
Menurut pendapat Mazhab Hanafiyyah pula daripada Al-Ikhtiyar li Ta’lil al-Mukhtar:
Jika ada orang tidak tahu arah kiblat dan tidak ada seorang pun yang boleh ditanya tentang kiblat, maka dia boleh berijtihad (dalam menentukan kiblat), dan solatnya tidak perlu diulang, meskipun arah kiblatnya salah. Jika dia tahu kesalahan arah kiblat ketika solat, maka dia terus menukarkan arah kiblat ke arah kiblat yang betul dan meneruskan solatnya. Dan jika dia solat tanpa berusaha mencari arah kiblat yang betul, kemudian ternyata ianya salah, maka wajib keatasnya mengulangi shalat yang telah dilakukan.
Dalam Durur al-Hukkam pula dinyatakan bahawa seseorang itu tidak perlu mengulangi solat jika didapati kiblatnya salah setelah dia berijtihad untuk menentukan kiblat tersebut. Hal ini kerana Allah SWT tidak mentaklifkan seseorang untuk menentukan arah kiblat yang tepat secara hakiki.
Secara kesimpulannya, isu penentuan arah kiblat adalah merupakan perkara ijtihadiyyah dan bersifat zhanniy sahaja. Arah kiblat yang ditentukan oleh pasukan falak syar’ie adalah berdasarkan kaedah-kaedah teknologi moden menggunakan peralatan.
Untuk memudahkan umat Islam, beberapa pihak yang pastinya berniat baik telah mengambil inisiatif mencipta beberapa aplikasi untuk telefon bimbit bagi memudahkan mereka menentukan arah kiblat solat. Namun apabila diselidik, ternyata banyak aplikasi yang didapati tidak menunjukkan arah kiblat yang tepat, bahkan jauh berbeza daripada arah kiblat yang sebenar.
Maka persoalan samada solat yang dilakukan berdasarkan arah kiblat yang dientukan aplikasi tersebut sah ataupun tidak, dan adakah perlu qadha solat tersebut. Kami memilih untuk mentarjihkan pendapat yang mengatakan solat itu sah dan tidak perlu qadha solat tersebut berdasarkan dalil-dalil dan rujukan yang dikemukakan. Ini bersesuaian dengan prinsip yang disebut dalam al-Qur’an al-Kareem:
يريد اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
Maksudnya: Allah SWT ingin memudahkan kamu, dan tidak mahu menyusahkan kamu.
Firman Allah SWT yang lain:
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
Maksudnya: Bertaqwalah kalian kepada Allah SWT semampu mungkin. (At-Taghabun: 16)
Walaupun begitu jika hanya satu atau dua waktu yang tersilap, kami syorkan untuk diqadha. Tetapi, jika sudah begitu lama dan bertahun, maka kami berpendapat ianya dimaafkan dan tidak perlu qadha.
Peristiwa Istiwa A’dzam
Peluang Menyemak Ketepatan Arah Kiblat Menggunakan Kaedah Tradisional.
Bahan² diperlukan:
1. Kayu lurus (sebaiknya yg ada tapak@boleh berdiri tegak).
2. Masking Tape.
3. Pen Marker.
Cara-cara:
1. Pada 27 Mei
2. Pacakkan/letakkan kayu lurus tersebut di kawasan yg ada sinaran matahari (ada bayang²).
3. Pastikan hari tidak mendung/hujan.
4. Tepat jam 5:16 petang.
5. Lekatkan masking tape lurus mengikut bayang² kayu tersebut.
6. Gunakan pen marker untuk tulis/tandakan arah kiblat.
7. Bayang² adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yg di arah bertentangan.
8. Selesai tanda arah kiblat yang tepat.
Penerangan:
Fenomena Istiwa A'dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah pada 27 Mei* (2020 adalah Tahun Lompat) pada jam 5:16 petang (waktu Malaysia) *Pada tahun biasa, berlaku pada tarikh 28 Mei.
Pada waktu yang sama, di Mekah, iaitu di Kaabah (jam 12:16 tengah hari waktu Mekah) berlaku fenomena 'Hari Tanpa Bayang' kerana matahari tepat berada di atas Kaabah.
Istiwa A'dzam berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei jam 5:16 petang dan 16 Julai jam 5:28 petang. (Leap Year: 27 Mei & 15 Julai).
p/s: Setelah siap tanda arah kiblat, bolehlah kita semak ketepatan Apps Arah Kiblat di smartphone yang sering kita ragu² tu (tertakluk juga keadaan fungsi GPS di peranti dan gangguan magnet).
#SemakArahKiblat
Sumber : JAKIM / Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Rawang Bypass Bakal Dibuka Esok, Mampu Pendekkan 75% Masa Perjalanan

Isi Kandungan
ToggleSetelah 12 tahun pembinaan dijalankan, esok merupakan antara detik paling bersejarah dalam kalendar pembangunan infrastruktur Malaysia. Lebuh raya Rawang-Serendah atau lebih dikenali sebagai Rawang Bypass bakal dibuka 29 November ini kepada semua pengguna jalan raya tepat jam 6 pagi.
Pembukaannya dijangka akan membantu menyurutkan kesesakan yang sering melanda Bandar Baru Rawang terutamanya pada waktu kemuncak. Jika ada yang menyuruh penulis untuk memandu merentas Rawang pada jam 6 petang, awal-awal lagi dah surrender angkat tangan!
Disebabkan tempoh lama untuknya siap dibina, Rawang Bypass pasti menyimpan banyak fakta menarik di sebalik pembinaannya. Ini dia 7 perkara yang akan membuatkan korang ternganga dan berkata, what?!

1 Antara Projek Termahal Negara
Rawang Bypass adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) dan menelan belanja sebanyak RM630 juta. Memang nampak mahal tapi dalam jangka masa panjang, ia akan memberikan banyak kelebihan kepada rakyat.
2 Tiada Tol Untuk Korang
Pada mulanya, penulis juga sukar untuk hadam fakta ini. Iyalah, Malaysia kan terkenal dengan sistem tol berbelas Ringgitnya walaupun jarak perjalanan tidaklah sejauh mana. Namun, untuk Rawang Bypass, ia tidak akan mempunyai plaza tol di kedua-dua belah laluan.

3 Jangan Pandang Bawah,Tinggi Gila
Pada ketinggian 58.2 meter dari aras bumi, Rawang Bypass merupakan jambatan tertinggi di Malaysia. Ditambah pula dengan muka buminya yang berbukit, kalau korang gayat, penulis sarankan untuk tidak memandang ke bawah jambatan. Just take your time, dan pandang bonet kereta di hadapan saja okay.
4 Laluan Dalam Hutan Semulajadi
Daripada gambar di atas pun korang boleh mengagak betapa tenangnya (jika korang tidak gayat) untuk memandu sambil melihat ke arah banjaran di sekeliling. Rawang Bypass dibina menggunakan kaedah Moveable Scaffolding Systems (MSS) untuk mereka bentuk laluan berbengkang-bengkok.
Ini demi mengurangkan kemusnahan ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor di sekeliling laluan tersebut. Itulah juga sebab mengapa ia harus dibina setinggi hampir 60 meter.

5 Penuh Dengan Spesis Pokok Unik
Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai spesis pokok unik. Antaranya ialah pokok Merawan Kanching atau Giam Kanching yang hanya tumbuh dalam jumlah kecil di hutan negeri Selangor. And guess what, spesis itu turut tumbuh di laluan Rawang Bypass ini.
Oleh sebab itu, pembinaan ini telah dijalankan dengan penuh cermat agar spesis flora terancam seperti Giam Kanching ini dapat diselamatkan.
P.S: Jika ada pesalah yang didapati menebang pokok Giam Kanching tanpa kebenaran, mereka boleh didenda sehingga sejuta Ringgit tau!
6 Perjalanan Rawang-KL Dipendekkan
Secara purata, Rawang Bypass mampu memendekkan perjalanan pemandu dari Bandar Rawang ke Kuala Lumpur. Dari 2 jam menjadi 30 minit saja ketika waktu puncak! Ini mungkin sekali disebabkan faktor empat laluan trafiknya.
Tak ada alasan dah untuk korang datang lambat! Hehe.

7 Bahagian ‘Tergantung’ Sepanjang 2.6km
Kebanyakan foto Rawang Bypass yang ditangkap dan dimuat naik menunjukkan jajaran laluan ‘tergantung’ atau elevated section saja. Akan tetapi, itu bukan bermaksud lebuh raya ini tergantung dari permulaan sehingga akhir laluan.
Ada juga bahagian laluan yang ‘menyentuh’ bumi di sekitar banjaran. Apa yang menarik mengenai elevated section ini adalah panjangnya yang mencecah 2.6 kilometer. Jika korang pernah menonton siri Megastructures di National Geographic, mesti korang tahu betapa susahnya pembinaan yang terpaksa ditempuhi arkitek dan jurutera.
=============================
Macam teringin pula untuk pergi ke Rawang hujung minggu ni. Bukan ada urusan pun dekat situ, just nak cuba Rawang Bypass ni je!