Doktor Kongsi Jika Ada 6 Tanda Serius Ini, Tandanya Korang Dah Dijangkiti COVID-19

Share

Ramai yang rasa risau dengan penularan wabak COVID-19 terutama ada kontaks rapat dengan individu yang baru balik dari Sabah.

Dalam memastikan wabak ini tidak terus merebak kepada orang ramai, ada enam tanda yang korang boleh kenal pasti ia adalah tanda-tanda serius jangkitan COVID-19. Dr Hafizah telah berkongsi enam tanda yang perlu korang alert di twitternya,

Dr.HafizahMH @fiezanizmohamed mengenai tanda-tanda serius jangkitan COVID-19.
https://twitter.com/fiezanizmohamed/status/1309458049153642496?ref_src=twsrc%5Etfw

Bantu saya RT untuk beri kesedaran kepada orang ramai mengenai tanda-tanda serius jangkitan COVID-19

Untuk yang telah dijangkiti, keep positive and stay strong!

Ketahui tanda-tanda ini ya.

1) Sesak nafas atau nafas berbunyi
Sekiranya mengalami gejala ini,beritahu staff kesihatan secepat mungkin supaya mereka boleh memeriksa paru-paru anda dan mengesan paras oksigen dalam badan secepat mungkin.

2) Cyanosis atau kebiruan pada kulit
Perhatikan warna jari dan bibir anda/ahli keluarga. Kebiruan menunjukkan paras oksigen yang rendah dalam badan. Bertindak cepat!

3) Batuk berdarah
Perhatikan warna kahak anda. Batuk berdarah mungkin boleh jadi warna merah darah atau keperangan. Jika tak pasti, simpan kahak dalam plastik spesimen yang disediakan dan tunjukkan pada staff kesihatan yang menjaga

4) Sakit dada yang berpanjangan
Beritahu staff jika anda mengalami sakit dada yang berterusan.

5) Cirit birit/muntah/kurang selera makan

Jika berterusan, badan anda kehilangan banyak air dan garam dari badan. Jika ini berlaku, buah pinggang mungkin boleh gagal. Tindakan awal mampu menyelamatkan nyawa.

6) Letih yang melampau
Jika anda rasa lesu yang teramat sangat, ini menunjukkan jangkitan semakin serius dan anda perlu dipantau rapi.

Jadi dah fahamkan kalau ada tanda-tanda nie, cepatlah dapatkan rawatan ya.

Published by
Almaswa Haji Che Ros