Doktor Kongsi Mutasi Ganas Strain B & 30 “Keturunan” COVID-19, Sangat Ganas & Berbahaya!

Share

Sejak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembukaan sektor ekonomi besar-besaran mulai 4 Mei  pada sambutan Hari Pekerja 2020 semalam, sudah ada suara-suara menyifatkan ia bukan tindakan tepat. Ini termasuklah pandangan dari bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang melihat, tindakan itu  boleh dilakukan namun mesti secara berperingkat, bukan mendadak seperti diumumkan.

Mengakui negara kerugian lebih 2 bilion ringgit sehari akibat impak COVID-19, Tan Sri Muhyiddin dalam ucapan semalam juga menasihati agar orang ramai menjaga jarak sosial sehingga 1-2 meter malah nombor telefon pelanggan juga perlu dicatat selain segera membasmi kuman di meja makan selepas ditinggalkan pelanggan jika mahu menikmati makanan di restoran. Malah turut disenaraikan beberapa keperluan lain seperti sentiasa memakai penutup mulut, membasuh tangan sekerap mungkin dan lain-lain tindakan perlu agar tidak dijangkiti COVID-19.

Dalam erti kata lain, mulai 4 Mei andalah frontliners diri sendiri. Kalau ada keluarga nasihatilah keluarga dan perlu fahamkan mereka tindakan yang tepat apabila berada di luar.

Di sebalik isu ekonomi dan tindakan berada di luar rumah pada 4 Mei ini, ada sesuatu lebih penting kita semua perlu tahu. Perkongsian dari seorang doktor, Dr Siti Rahayu binti Abdul Samad dari Hospital Kuala Lumpur yang juga Naib Pengerusi MyHeart tentang mutase bahaya COVID-19 ini perlu diberikan perhatian serius oleh kita semua dan harus memahaminya dengan betul.

Bacalah perkongsian ini. Ini kerana anda adalah frontliners diri sendiri mulai 4 Mei ini.

Dr Siti Rahayu binti Abdul Samad dari Hospital Kuala Lumpur (HKL)

COVID-19: Mutasi ganas dan sektor ekonomi dibuka. Andalah frontliners !!!!

Jujur, saya lega. Melihat pada jumlah kes baru menurun kepada dua digit setiap hari. Wad covid banyak ditutup. Pesakit yang masuk hospital berkurangan. Wad pula agak lengang.
Frontliners kita dapat ‘berehat’ sedikit. Rezeki Ramadhan. Alhamdulillah.

Tapi dalam masa yang sama saya runsing dan risau bila melihat covid ni bermutasi. Dahsyat juga keturunan covid ni. Ada 30 jenis mutasi yang dijumpai. Dalam banyak-banyak tu, menurut IMR ada yang jenis strain B ni yang berjangkit pada kes ke 26 dan menjangkiti 120 orang lain.

Malah, research daripada NIBMG India, ada satu jenis mutasi dari strain A2a ni yang dikatakan paling ganas. Hampir 50% jangkitan dari 55 buah negara, semuanya dari strain ini. YaAllah, takutnya.

Dalam rasa takut, pada masa yang sama sekali lagi, kerajaan umumkan untuk membuka semula sektor ekonomi negara mengikut prosedur yang ditetapkan dengan nasihat dari KKM.

Sebenarnya, bukan setakat malaysia sahaja yang dah mula kelonggaran kawalan pergerakan. Tapi, ada beberapa negara akan membuat perkara yg sama seperti New Zealand, Iran dan Perancis.

Masalahnya, WHO telah pun bagi amaran keputusan melonggarkan perintah berkurung terlalu awal bakal mengundang gelombang yang kedua. Dan ini telah pun terjadi pada Hokaido Jepun. Yang mana dulu kes mereka hanya satu digit sehari, dan kini melonjak kepada lebih 100 kes sehari. Dan sekali lagi, mereka terpaksa mengisytiharkan darurat. Huhu.

Semuanya bergantung kepada anda rakyat Malaysia. Kami para doktor dan nurse bukan lagi frontliner pada waktu ini. Tapi ANDA.

Sila baca senarai aktiviti yang dilarang di bawah ini, Dan jom bantu saya educate semua netizen dalam facebook ini dengan share sebanyaknya.

Dr Ayu
HKL
Ber’mutasi’ iman ketika ramadhan

#covid19 #corono #sektorekonomidibuka #keluarumah #kedaibuka #bolehriadah #bolehkeluar #kitasamakita #kitajagakita #hapuskancovid #kedaigorengpisangbuka #4mei

Published by
Almaswa Haji Che Ros