Doktor Muda Di Johor Bahru Disiasat Gara-Gara Ciapan Menghina Pesakit Kanser

Share

Baru-baru ini kecoh apabila ciapan seorang doktor muda yang bertugas di Hospital Sultanah Aminah dengan kasarnya memaki hamun pesakit dalam satu ciapan di laman Twitter.

Ciapan yang berbunyi, ‘Brain cancer dan 6-7 bulan. Tapi kenapa nak kena refer pukul 3-4 pagi jugak lah b*bi? Tunggu esok takleh ke? 6-7 bulan dengan cancer camtu, bernafas je makhluk tu lagi. Takleh refer esok siang je ke p*ki anjing?’ ini telah menaikkan kemarahan warganet sekaligus melakukan laporan salah laku kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber Gambar: Twitter

Dalam laporan oleh Utusan Malaysia. Pengarah Hospital Sultanah Aminah, Dr Haji Mohtar Pungut berkata, “Kami memandang serius tindakan yang dilakukan oleg pegawai perubatan tersebut yang memaki hamun pesakit di media sosial baru-baru ini.

“Oleh itu, jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat perkara ini dan tindakan akan diambil jika dia didapati bersalah.”

Pihak hospital juga dilihat telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi seperti berikut.

Sumber: Facebook Hospital Sultanah Aminah

***P/S – Inilah yang dikatakan kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Bila berkata-kata tidak kiralah di media sosial atau secara berdepan, adab sopan harus sentiasa di amalkan. Media sosial bukanlah tempat untuk memaki hamun apatah lagi jika bekerja dalam bidang profesional. Pesanan penulis untuk remaja di luar sana, media sosial mencerminkan keperibadian kita. Jadi gunakan platform ini sebaik mungkin.

Published by
Fiezreen