Doktor Pelatih Jadi Mangsa Keganasan Seksual
Doktor Pelatih Jadi Mangsa Keganasan Seksual

Keganasan seksual terhadap wanita merupakan isu yang amat serius di India.

Terbaru, dunia digemparkan dengan insiden menyayat hati melibatkan keganasan terhadap  seorang doktor berusia 31 tahun yang ditemui mati di sebuah hospital kerajaan di Kolkata.

Doktor Pelatih Jadi Mangsa Keganasan Seksual Di India, Cetus Gelombang Protes
Doktor Pelatih, Moumita Sumber: Laman sosial X

Pembunuhan kejam ini telah mencetuskan kemarahan dan protes di seluruh negara, dengan doktor serta rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat turun ke jalan raya untuk menuntut keadilan.

Berikut adalah kronologi kejadian yang menyayat hati:

  1. Pada 9 Ogos 2024, selepas makan malam bersama rakan sejawat selepas syif selama 36 jam.

2. Beliau dipercayai ke dewan seminar Jabatan Dada di tingkat empat bangunan berkenaan untuk berehat pada jam 2 pagi.

3. Bagaimanapun, rakan sekerja Moumita melaporkan kehilangannya beliau selepas kali terakhir dilihat menuju ke dewan seminar itu.

4. Bagaimanapun, antara jam 2 pagi hingga 5 pagi, Moumita dipercayai diperkosa dan dibunuh.

5. Jasadnya ditemukan keesokan hari dengan kecederaan yang teruk susulan pergelutan dan serangan seksual secara berkumpulan.

Ads

6. Memetik laporan media India, seorang lelaki yang juga sukarelawan polis bernama Sanjay Roy ditahan dan dikaitkan sebagai suspek selepas pihak berkuasa menemukan earphone miliknya berhampiran mayat.

7. Kes berkenaan telah menerima perhatian ramai daripada pihak Central Bureau of Investigation (CBI) yang mengambil alih siasatan daripada polis negeri.

Laporan Perubatan 

Laporan perubatan dan bedah siasat ke atas jasad Moumita mendedahkan penyeksaan yang amat tragis.

Beliau dipercayai dinoda secara berkumpulan, dicekik hingga mati, dan mengalami pelbagai kecederaan serius, termasuk patah tulang hyoid, luka pada bibir, patah tulang pelvis, serta ratusan kesan gigitan di seluruh tubuh.

Bahagian sulitnya juga mengalami kerosakan teruk dengan 150 ml air mani ditemui dalam tubuhnya. Kematian Moumita dipercayai melibatkan antara 18 hingga 20 orang lelaki, dan paling tidak disangka salah seorang yang memegang tangannya semasa penyeksaan adalah rakan doktor wanitanya sendiri.

Ads

Suspek Utama

Lebih 30 individu disiasat susulan kes ini, termasuk pengurusan dan pegawai perubatan. Sukarelawan polis, Sanjay Roy, menjadi suspek utama selepas earphone miliknya ditemui di samping jasad Moumita.

Dia mengaku terlibat dalam jenayah tersebut dan mencabar pihak berkuasa untuk menghukumnya. Polis turut menemui kandungan pornografi keterlaluan pada telefon bimbitnya.

Sanjay, bekas petinju dengan rekod penderaan isteri, dilantik dalam unit kebajikan Polis Kolkata dan ditempatkan di pos polis di R.G. Kolej & Hospital Perubatan Kar. Selepas jenayah itu, Sanjay dipercayai tidur di berek polis.

Tanda solidariti

Rasa tidak puas hati terhadap cara kes ini ditangani memaksa Mahkamah Tinggi Calcutta untuk memindahkan siasatan kepada agensi penyiasatan terkemuka India, Biro Penyiasatan Pusat (CBI), dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan awam.

Ads
Doktor Pelatih Jadi Mangsa Keganasan Seksual Di India, Cetus Gelombang Protes
Moumita, Sumber: Laman sosial X

Di Kolkata, ribuan orang menghadiri perhimpunan dengan lilin sebagai tanda solidariti.

Salah satu sepanduk yang dipegang oleh seorang peserta protes berbunyi, “Tangan yang merawat tidak sepatutnya berdarah.”

Sementara di ibu negara, New Delhi, para doktor mengangkat sepanduk bertulis “Cukup sudah,” menuntut tindakan tegas terhadap keganasan seksual yang berleluasa di India.

Sehingga kini, petisyen dalam talian di change.org bertajuk ‘Siasatan Adil dan Keadilan untuk Rogol dan Pembunuhan pelatih perubatan dari Kolkata!’ telah menerima hampir 150,000 sokongan dari seluruh dunia.

BACA LAGI  : Gian Sangat Nak Prank Orang, YouTuber Terkenal Hampir Dipenjara – REMAJA

Sumber: HindipatrikaArynews

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI