Dokumentari yang dimuat naik BBC di Youtube baru-baru ini masih lagi hangat diperkatakan di media sosial. Ia mengenai skandal kelab ‘Burning Sun’ yang melibatkan beberapa orang selebriti Korea Selatan.
Menerusi dokumentari berkenaan, dua wartawan mendedahkan skandal seks yang melibatkan selebriti seperti Seungri, Choi Jong-hoon, Joon Joon-young dan ramai lagi.
Apa yang lebih mengejutkan, nama mendiang Goo Hara dari anggota Kara turut menjadi sebutan wartawan hiburan, Kang Kyung Yoon apabila dikatakan menjadi punca pembongkaran skandal tersebut.
Artikel Berkaitan: Peminat Diminta Berhenti Sokong Seungri, Pendedahan Skandal ‘Burning Sun’ Buka Mata VIP
Awalnya, Hara melihat kegiatan pelik pada telefon bimbit rakan selebritinya iaitu Choi Jong Hoon. Susulan hal itu, Hara menyakinkan Jong Hoon untuk mendedahkan segalanya dan rakaman tersebut dirakam oleh wartawan sekaligus menjadi tajuk berita mengenai ruangan sembang menerusi aplikasi KakaoTalk pada masa itu.
Menurut penyanyi tersebut, dia bertindak melakukan pendedahan itu selepas mengalami nasib yang sama seperti mangsa skandal Burning Sun dan video seksnya juga disebarkan oleh bekas teman lelakinya.
Wartawan tersebut berkata, gerangan polis yang terlibat dalam ruang sembang itu merupakan kunci penting. Ia seperti kerja rumah yang tidak boleh diselesaikan, namun disebabkan kemunculan Hara yang ingin membantu, nyata membuka pintu kepada pendedahan kes ini.
Artikel Berkaitan: Seungri Big Bang Terima Hukuman Penjara 1 Tahun 6 Bulan Atas Kesalahan 9 Jenayah
“Saya masih ingat hari itu dan saya teringat suara yang berkata, ‘Hello, ini Hara’. Saya betul-betul nak bantu awak” – Kang Kyung Yoon
Dia kemudian bertanya kepada Hara motif utamanya untuk membantu kes ini dan ingin membantu siasatan. Kata Hara, “Saya kan mangsa rakaman video haram juga“.
Keberanian mendiang Goo Hara dipuji oleh ramai masyarakat kerana dikatakan membela nasib wanita teraniaya.
Artikel Berkaitan: Jung Joon Young Mengaku Bersalah Atas Semua Dakwaan Seksual Terhadapnya
Untuk rekod, skandal Burning Sun dibongkar pada 2021 yang melibatkan penyanyi Seungri BIGBANG, Jung Joon Young dan Choi Jong Hoon daripada FT Island. Mereka dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan gangguan seksual dan rogol pada tahun 2021.
Bagaimanapun mereka kini telah dibebaskan selepas menjalani beberapa tahun hukuman penjara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.