The day has finally come, Blinks!
Dokumentari original Netflix berjudul Light Up The Sky yang dibintangi oleh Blackpink kini telahpun ditayangkan secara rasmi di platform strim atas talian itu bermula hari ini!
Menerusi dokumentari arahan Caroline Suh ini, Blackpink berkongsi klip ujibakat mereka dengan YG Entertainment, fasa trainee, ‘grooming’ dan latihan sehinggalah mereka mencapai kejayaan yang kita ketahui pada hari ini.
Di samping itu, penonton juga boleh menyaksikan momen genuine di antara ahli Blackpink sehingga ada yang mengalirkan air mata ketika ditemuramah. (Hint: Rose!)
Apa yang membuatkan Light Up The Sky istimewa adalah kerana pemilihan Blackpink sendiri sebagai kumpulan K-pop pertama untuk membintangi sebuah dokumentari original dalam sejarah Netflix.
Walaupun ini bukanlah rekod pertama yang dicatatkan oleh Blackpink, it is still pretty huge, guys! All records matter.
Kongsi Jisoo mengenai rekod ini, “Ia adalah satu penghargaan untuk berada setaraf dengan artis wanita antarabangsa seperti Taylor Swift, Beyonce dan Lady Gaga (yang telah mempunyai dokumentari masing-masing di Netflix).
ARTIKEL BERKAITAN: Nam Joo-hyuk Jadi Nerd Dalam Drama Netlix Start-Up
“Kami berempat telah melalui banyak pengalaman bermakna dan kami akan terus tonjolkan lagi diri kami kepada peminat.
“Saya belum sempat untuk menontonnya (semalam) tetapi saya diberitahu, kamu akan melihat babak di sebalik tabir kami di Coachella dan acara besar lain. Tentunya dengan jadual sepadat ini, kadangkala kami juga penat dan ingin berputus asa. Tapi setiap kali ada ahli yang mempunyai perasaan penat, kami berempat akan cepat-cepat berkumpul dan saling mengingati misi yang kami kongsi bersama. Momen itu akan membuat kami lebih bertenaga. Itu semua boleh kamu tonton dalam dokumentari ini,” kata Jisoo.
Sebelum ini, Blackpink telah mencatat rekod sebagai kumpulan K-pop pertama yang melakukan persembahan di festival muzik, Coachella di Amerika Syarikat.
Blinks serba tahu mengenai soal privasi Blackpink yang amat dijaga oleh YG Entertainment. Blackpink tidak pernah berkongsi sebarang babak off stage atau di belakang pentas secara terbuka. Itu adalah salah satu faktor yang mendorong perasaan teruja dalam kalangan Blinks untuk menonton Light Up The Sky.
Kata Jennie, mereka bersetuju untuk merakam dokumentari ini sebagai salah satu cara Blackpink lebih mendekati Blinks.
Sudah tentu, proses penggambaran dokumentari seperti Light Up The Sky memerlukan Blackpink didekati oleh kamera setiap hari. Bagaimana agaknya perasaan mereka bila berdepan situasi itu terutamanya di ruang peribadi mereka.
Jelas Lisa, “Pada awalnya, keadaan itu sedikit awkward kerana kami tidak biasa ada kamera yang mengikuti pergerakan kami setiap hari. Selepas beberapa hari, kami mula tidak sedar dengan kehadiran mereka dan menjadi lebih ‘playful’. All thanks to our director.”
Dokumentari Light Up The Sky featuring Blackpink sudahpun bolehh ditonton oleh korang di platform Netflix, sekarang.
Selain daripada mengeluarkan dokumentarai, Blankpink juga muncul dalam permainan PUBG Mobile pada bulan ini!