Baru-baru ini, pengarah dokumentari ‘No Other Land’ menyeru masyarakat di seluruh dunia untuk mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin dalam ucapannya selepas memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97.

“Kami menyeru dunia mengambil tindakan tegas untuk menghentikan ketidakadilan dan menghentikan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin,” kata pengarah bersama, Basel Adra, seorang aktivis Palestin dari Masafer Yatta di Tebing Barat menerusi ucapannya.

“Kira-kira dua bulan lalu, saya bergelar seorang bapa dan harapan saya untuk anak perempuan saya ialah dia tidak perlu menjalani kehidupan yang sama seperti saya jalani sekarang,” kata Adra.

Dokumentari ‘No Other Land’ Menang Oscar, Pengarah Seru Dunia Hentikan Kekejaman Terhadap Palestin
Kredit: Variety
Dokumentari ‘No Other Land’ Menang Oscar, Pengarah Seru Dunia Hentikan Kekejaman Terhadap Palestin
Kredit: NME

Dalam pada itu, Yuval Abraham, seorang wartawan penyiasatan Israel yang juga pengarah bersama ‘No Other Land’, merujuk Adra sebagai ‘saudara’ tetapi meluahkan kekesalan bahawa mereka dianggap ‘tidak setaraf’.

Ads

“Kami hidup dalam rejim di mana saya bebas di bawah undang-undang sivil, manakala Basel berada di bawah undang-undang tentera yang memusnahkan kehidupannya,” kata Abraham.

Beliau turut menyeru agar keganasan yang berlarutan di Timur Tengah selama beberapa dekad dihentikan, terutama selepas insiden pada 7 Oktober 2023 yang membawa kemusnahan besar di Gaza.

Ads
Dokumentari ‘No Other Land’ Menang Oscar, Pengarah Seru Dunia Hentikan Kekejaman Terhadap Palestin
Kredit: NPR

Sekadar info, ‘No Other Land’ menerima pujian daripada ramai pihak sebagai antara dokumentari terbaik tahun lalu dan ia adalah sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel.

Ads

Menurut laporan NBC New, meskipun mencapai kejayaan, dokumentari itu tidak mendapat tayangan meluas di pawagam Amerika Syarikat disebabkan oleh sensitiviti politik yang menyelubungi konflik Israel-Palestin.

Walau bagaimanapun, filem itu masih tetap ditayangkan di pawagam bebas di beberapa bandar terpilih dan turut disediakan dalam format digital kepada pengundi Anugerah Akademi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI