Girls, lets be real..
Kita semua memang suka untuk bersiap pada setiap hari dengan solekan asas demi pastikan wajah lebih glow up secara semula jadi.
Tanpa perlukan solekan mampan 3 inci sekalipun, pastinya dengan sedikit calitan mekap pada bahagian bibir atau alis mata; raut wajah terus berubah lebih menonjol. Bukan apa, semua gadis pun tentu ingin merasa keyakinan ekstra semasa keluar dari rumah, bukan?
Cuma satu je dilema yang REMAJA pasti dihadapi oleh anda semua. Selalunya, solekan minimal akan mudah tertanggal selepas pemakaian beberapa jam. Warna bibir memang sukar untuk kita pastikan kekal selepas rutin minum air, bercakap dan sebagainya. Maskara pada bulu mata serta garisan mata aka eyeliner juga bingkas tertanggal sebelum tiba waktu tengah hari lagi.
Disebabkan itulah, kami ingin memperkenalkan kepada anda rahsia solekan yang dikongsikan secara eksklusif oleh anggota kumpulan DOLLA ini. Kini, REMAJA tahu bagaimana Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel memastikan calitan maskara, lip crème pada bibir dan eyeliner kekal ‘terletak’ secara effortless.
Rahsianya mudah sahaja girls, Dolla selama ini memilih rangkaian alat solekan daripada jenama C.CODE yang boleh didapati di stor Watsons seluruh negara serta dalam talian.
*
*
Bukan satu, bukan dua tetapi 17 pilihan rona lip crème ada disediakan bagi produk Matte Everlasting Extreme Lip Crème oleh C.CODE ini. Persoalannya, apakah kod rona anda? That is for you to try and find out.
Dengan formulasi unik pada bibir, ia memberikan pemakainya tekstur lip crème yang cukup ringan dan licin pada bibir bagi kesemua kod rona yang ditawarkan. Cuma oleskan sedikit sahaja pada ruang tengah bibir bagi mendapatkan efek ombré atau oles rona memenuhi bibir untuk kelihatan lebih bold.
Own your extreme like these four girls!
Yang penting, ia bersifat tahan lama dan tidak melekit! Dapatkan DI SINI RM26.90
*
*
Sesuai dijadikan sebagai penggunaan harian, C.CODE Longwear Microliner ini amat memudahkan sang pemakainya agar kelihatan lecture-ready. Lihat sajalah impaknya pada mata Sabronzo dan Angel di atas, siapa sangka garisan mata profesional sebegini boleh dicapai dengan menggunakan microliner di bawah harga RM25.
Didatangkan dalam dua rona berbeza iaitu hitam dan coklat gelap, C.CODE Longwear Microliner memastikan solekan mata anda bertahan lama dan sharp dengan saiz tip semini 1.8mm.
Dapatkan DI SINI RM21.90
Korang turut boleh mendapatkan penggaris mata terbaru C.CODE Longwear Eyeliner yang mempunyai fungsi sama dengan tip berus berbeza setebal 3mm.
Harga asalnya adalah RM24.90 tetapi jika korang mendapatkannya bermula sekarang hingga 30 Januari 2023, korang layak mendapatkan diskaun PWP 30 peratus bagi produk ini.
*
*
HELLO, hello lashes!
Semua gadis mendambakan maskara yang boleh bertahan lama, benar? Sesudah mendapat tahu mengenai maskara yang sesuai dengan diri seperti C.CODE Super Slim Mascara Black ini, kami jamin anda tentu tidak beralih kepada mana-mana maskara lain yang dijual di pasaran.
Bukan hanya mampu bertahan lama dan bersifat kalis air, ia juga didatangkan dengan berus yang memudahkan pemakaian. Justeru, anda tidak lagi perlu mendapatkan berus berlainan.
Haa, sekarang anda sudahpun tahu beauty hacks milik Syasya dan Tabby selama ini.Dapatkan DI SINI RM29.90
Last but not least! Akhiri solekan sempurna korang dengan semburan C.CODE Makeup Setting Spray agar ia bertahan lebih lama dan tidak mudah cakey. Tambah menarik apabila korang boleh meraih diskaun 20 peratus daripada harga asal RM42.90 jika korang mendapatkannya mulai sekarang hingga 30 Januari 2023 ini.
*
Jangan terkejut pula jika ada yang menegur solekan anda selepas ini persis anggota DOLLA! Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.