Sedikit demi sedikit pusat pelancongan di beberapa buah negara sudah pun dibuka untuk kunjungan orang awam.
Setelah kelonggaran diberikan oleh pihak berkuasa, taman tema popular Skytropolis Funland, Genting Highlands, Pahang telah beroperasi kembali setelah terjejas akibat Covid-19. So kalau korang nak bersuka ria dengan cuaca lebih dingin, boleh la ke Genting Highlands dan nikmati indoor theme park Skypolis mereka.
Menurut wakil dari Genting Highland, mereka telah mengambil langkah pencegahan untuk menangani kemungkinan merebaknya wabak Covid-19 – mengikut nasihat Kementerian Kesihatan.
Jom lihat apa yang korang perlu patuhi jika ke taman tema Genting Highland
1) Bagi mengelakkan dari bersentuhan dan memudahkan pengunjung, korang digalakkan untuk beli tiket secara dalam talian.
2) Pengunjung disarankan untuk mengimbas Kod QR dengan menggunakan aplikasi My Sejahtera sebelum memasuki kawasan tarikan.
3 ) Selain itu, pengunjung juga akan menjalani pemeriksaan suhu sebelum memasuki kawasan tarikan dan taman tema Genting. Bagi yang suhunya melebihi 37.5 darjah dan ke atas, mereka tidak akan dibenarkan masuk sebaliknya akan dibawa keruangan menunggu untuk mendapatkan bantuan rawatan.
4) Tak bawa hand sanitizer? Dont worry guys…Hand sanitizer disediakan dipintu masuk dan di kawasan umum.
5) Jangan risau pasal penjarakkan sosial ketika bermain di taman tema, pihak Genting Highland telah mengubahsuai dan meletakkan jarak tambahan antara mesin , aktiviti, tempat duduk arked. Jadi jarak 1 meter tu sentiasa dalam kawalan.
6) Untuk memastikan pengunjung mematuhi penjarakan sosial, tanda diletakkan di lantai dan ditempat-tempat yang menarik dan kawasan tumpuan untuk menjadi panduan untuk pengunjung berdiri dan beratur. Demi menjaga penjarakkan sosial.
7) Dasar keselamatan dan kebersihan dipaparkan di semua pintu masuk dan talian. Duta Perkhidmatan ditempatkan di kawasan strategik untuk mengurus/ menasihati pengunjung, menyediakan hand sanitizer, memeriksa dan mengurus pengunjung yang tidak sihat.
8) Pekerja yang bertugas dilengkapi dengan topeng muka dan jika perlu, mereka akan bersarung tangan semasa bertugas. Korang diminta memakai topeng muka ketika berada di taman tema dan kawasan tarikan. Topeng muka dan sarung tangan dijual atas permintaan.
9 ) Tanda akan dibersihkan mengikut jadual pembersihan yang telah ditetapkan dan dicatat.Permukaan yang terdedah dengan sentuhan tangan akan dibersihan secara kerap .
10) Untuk meminimumkan pengendalian tunai, pihak Genting juga mengutamakan pembayaran secara kad. Wang tunai hanya akan diterima di kios pembayaran.
Selepas penat bersuka ria di taman tema tersebut, bolehlah singgah sebentar di Genting Highlands Premium Outlets untuk ‘cuci-cuci mata’ sikit. Sementara menunggu sempadan ke luar negara dibuka, eloklah sekiranya kira ‘Cuti-Cuti Malaysia’ terlebih dahulu. Hiks