Doraemon Bertukar Warna Hijau?! Ya, Tapi Untuk Satu Sebab Saja

Share

 

Setelah karakter robot kucing popular ini mencuri tumpuan dengan kemunculan filem Stand By Me Doraemon 2, Februari lalu, sekali lagi ia menjadi topik perbualan hangat setelah muncul beberapa foto terbaru Doraemon berwarna hijau.

ARTIKEL BERKAITANNobita Dah Nak Kahwin, Peminat Terharu Lihat Poster Filem Terbaru Doraemon – REMAJA

BACA LAGISelepas Peminat Doraemon, Giliran Peminat Ultraman Pula Teruja Filem Baru 2021 – REMAJA

Aik, sejak bila pula Doraemon bertukar warna ini. Baik dalam bentuk komik mahupun dalam siri animasinya, Doraemon sentiasa kekal berwarna biru.

Jangan terkejut pula bila melihat foto terbaru Doraemon ini melintasi timeline korang.

Ia sebenarnya bersempena pengenalan watak Doraemon sebagai Duta Kemampanan (Sustainability) Dunia oleh Uniqlo.

Kolaborasi di antara dua nama besar dari Jepun ini bukan saja memperkenalkan watak tersebut dalam versi Doraemon Sustainability Mode. Malah, Uniqlo juga menukar warna ikonik merah pada logo mereka kepada hijau.

Semasa majlis pengumuman UNIQLO Global Sustainability Ambassador.

Menurut Koji Yanai yang mewakili Uniqlo, mereka berbesar hati untuk bekerjasama dengan Doraemon demi membawakan mesej kesedaran alam sekitar kepada masyarakat.

“Sepanjang dua dekad lalu, Uniqlo telah mengambil pelbagai pendekatan dan inisiatif baharu agar perniagaan kami lebih mesra alam. Kami percaya, dengan impak pandemik COVID-19, pelanggan Uniqlo lebih terbuka hati untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kepentingan alam.”

Doraemon juga tidak ketinggalan menyatakan keterujaannya dengan warna baru tersebut.

“Hi, semua! Saya Doraemon dan kini saya berwarna hijau! Saya akan melakukan yang terbaik sebagai Duta Kemampanan Dunia Uniqlo untuk membantu mencipta masa depan yang lebih cerah untuk kita semua.”

“Saya ingin melakukannya dengan anda semua supaya kita bole menyebarkan mesej ini kepada mereka yang memandang serius akan masa depan dunia kita.”

Selain Doraemon, usaha Uniqlo ini turut mendapat sokongan daripada pelakon Jepun, Haruka Ayase, Roger Fedeer, Kei Nashikoi, Shingo Kunieda, Gardon Reid, Ayumu Hirano dan Adam Scott.

Mereka semua merupakan duta yang telah dilantik bagi kempen yang sama sebelum ini.

Korang juga boleh menyokong kempen tersebut DI SINI.

Published by
FZ