Siapa sangka rupa-rupanya anak jati Malaysia yang kini menetap di Kota London ini sudah pun bergelar isteri dua hari yang lalu. Kelihatan anggun dalam persalinan rekaan Cosry, baju kurung rona putih dihias sulaman dilengkapi layah bagi menyempurnakan penampilannya. Dia dilihat tersenyum riang di samping suaminya yang lengkap dalam persalinan sut hitam.
Dalam hantaran di Instagram sebentar tadi anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini berkata, “Alhamdulillah, majlis pernikahan kami telah selamat berlangsung di Masjid Besar London pada 31 Mac 2021. Walaupun terpaksa menangguhkan pernikahan sebanyak tiga kali disebabkan perintah berkurung, kami berasa lega apabila majlis ringkas yang dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat ini berjaya diadakan.
“Hanya enam orang sahaja boleh hadir mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan. Mengikut perancangan asal kami berhasrat untuk mengadakan majlis resepsi pertama pada bulan Mac di Malaysia dan resepsi kedua pada bulan Jun di United Kingdom tahun ini.
Ads
“Walaubagaimanapun kami telah menunda semua majlis sehinggalah keadaan kembali pulih dan semua rakan dan keluarga boleh berada meraikan perkahwinan kami. Kami menantikan waktu itu tiba agar dapat meraikan bersama keluarga dan sahabat tersayang.”
Ads
Untuk pengetahuan semua, Dr Amalina dan pasanganya, Alex telah bertunang pada Ogos tahun lalu.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa di sekitar Lembah Klang baru-baru ini, kami pasti pasangan yang ingin berkahwin mula berasa panik kerana takut majlis mereka terpaksa ditunda lagi. Tambahan pula, kini hampir seluruh negara dikenakan arahan PKPB di daerah mereka.
Ramai juga dikalangan teman rapat kami terpaksa menunda majlis dari awal tahun lalu dan lebih menyedihkan apabila duit deposit yang dibayar untuk dewan majlis ‘hangus’ begitu sahaja.
Gambar hiasan
Menurut Harian Metro, masih ada 150,000 majlis perkahwinan yang dirancang dalam tempoh pandemik COVID-19 di seluruh negara tertunda. Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM) Arabath Ali Arul Alavudeen berkata, data itu direkodkan pihaknya yang menunjukkan penangguhan majlis sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), April lalu.
Gambar hiasan
Mengikut rekod, hanya lima peratus sahaja yang melansungkan perkahwinan atau pernikahan secara online dan bakinya masih menunggu untuk melangsungkan perkahwinan sebaik keadaan pulih.
Hal ini bukan sahaja menjejaskan bakal pengantin, malah pemain industri perkahwinan juga terkesan kerana ramai pasangan yang ingin menangguh atau membatalkan majlis.
Ada yang meninggalkan komen berkongsi pengalaman kerana bisnes mereka turut terjejas dek kerana situasi ini.
Malah, ada juga netizen yang menasihatkan agar meneruskan perkahwinan tetapi buat secara bersederhana.
Apa-apa pun, pilihan tetap ditangan bakal pengantin. Kami pasti mereka mempunyai alasan tersendiri kerana menangguhkan majlis perkahwinan. Sama-sama kita doakan agar urusan semua bakal pengantin dipermudahkan.
Serba mewah majlis resepsi pasangan muda dari Indonesia ini sehinggakan ia dihadiri Presiden Jokowi.
Perancangan selebriti media sosial Indonesia, Atta Halilintar dan anak dara Krisdayanti, Aurel Hermansyah untuk bernikah semalam di sebuah hotel dekat Jakarta Selatan bukanlah satu rahsia.
Ini berikutan setiap apa yang dirancang oleh mereka telah dikongsikan bersama pengikut masing-masing menerusi video harian di YouTube.
Tidak seperti kebanyakan selebriti Indonesia yang acapkali menyembunyikan hal pernikahan, Atta dan Aurel tidak mempunyai isu untuk berkongsi A-Z dengan masyarakat terutamanya followers mereka.
Ini termasuklah soal tiga set pakaian perkahwinan yang telah disarungkan oleh Atta dan Aurel semalam. Satu untuk acara akad nikah dan dua lagi untuk majlis resepsi pada sebelah malamnya.
Hanya disiapkan dalam tempoh sebulan oleh perekanya iaitu Vera Angraini, busana tersebut mempunyai elemen adat suku kaum Jawa dan Minang yang berkait rapat dengan darah keturunan Aurel dan Atta.
Penggunaan kain batik menjadi kemestian di acara akad nikah manakala bahagian kebayanya pula dihiasi kristal swarovski.
*
Untuk majlis resepsi pula, Aurel tampil elegan dengan gaun Minang.
Menariknya, Atta mempunyai permintaan spesifik untuk busananya. Pengantin lelaki itu telah meminta penambahan unik berupa lambang petir. Ia umpama perincian ikonik bersempena namanya sendiri.
Apabila media Indonesia cuba untuk merisik harga kedua-dua busana pasangan tersebut, Vera dengan baik menolak daripada membongkarkan soal harga.
Biarpun ada khabar angin yang mengatakan harganya mencecah sehingga 3 bilion Rupiah atau kira-kira RM850,000, Vera tegas menidakkan spekulasi dan beranggapan ia mungkin adalah nilai kos untuk bahagian lain dalam majlis itu.
Apapun, majlis semalam telah berlangsung serba mewah dan dihadiri oleh golongan VVIP seperti Presiden Jokowi, isteri beliau, Iriana Jokowi serta ramai lagi. Malah, majlis semalam juga telah ditayangkan secara langsung di stesen televisyen Indonesia.
Malang sekali apabila ibu bapa Atta Halilintar iaitu Lenggoneni Faruk dan Halilintar Anofial Asmid serta adik-beradik Atta tidak dapat bersama-sama meraikannya kerana kekangan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jakarta.
Umum mengetahui mengenai perancangan pasangan pelakon; Kamal Adli, 35 dan Uqasha Senrose, 29 untuk melangsungkan majlis akad nikah mereka. Namun siapa sangka, mereka sebenarnya telahpun melangsungkan majlis pernikahan pada 5 November lalu dan merahsiakannya selama lebih sebulan!
Dalam sebuah sidang media yang dilangsungkan sebentar tadi, pasangan itu akhirnya ‘membuka mulut’ mengapa mereka bertindak untuk merahsiakannya. Ia kerana acara penyatuan akad nikah, malam berinai dan persandingan Kamal dan Uqasha akan disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria dalam tiga bahagian/episod berbeza pada 11, 18 dan 25 Disember ini.
Kamal dan Uqasha turut berkongsi bahawa mereka telah diijabkabulkan di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang di mana Kamal telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM22.50 kepada Uqasha berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas sembilan dulang oleh pihak pengantin perempuan.
Majlis malam berinai dan persandingan bagaimanapun masih belum dilangsungkan lagi buat masa ini.
Biarpun sudah lebih sebulan bergelar suami isteri, Uqasha menyatakan bahawa mereka masih tidak merasakan seperti sudah disatukan dek jadual penggambaran di lokasi luar Kuala Lumpur yang padat.
“Selepas saja akad nikah, pada hari berikutnya kami terus masuk ke dalam set penggambaran drama dan tidak berjumpa. Uqasha di set drama Jiwa Yang Kau Puja manakala Kamal di set drama Sihir. Jumpa pun sekejap-sekejap saja. Itupun kami sibuk dengan perancangan untuk majlis resepsi.
“Kamal sibuk dengan penggambaran sehingga 30 November lalu hinggakan Sha buat sendiri dahulu (perancangan resepsi). Kami pun sibuk siapkan footage bersama pihak Astro selain sibuk dengan sesi latihan untuk malam berinai nanti kerana kami akan perform.
“(Selain itu), kami perlu selesaikan bahagian pasport untuk ke Umrah nanti. Kamal pun sibuk urusan pengubahsuaian rumah, dari rumah bujang menjadi rumah kami berdua. Jadi sebenarnya, kami belum sempat pun untuk benar-benar jalani kehidupan sebagai suami isteri,” kongsinya Uqasha.
Pilih Kota Suci Sebagai Destinasi Pra-Bulan Madu
Bercakap mengenai perancangan mereka untuk ke kota suci Mekah dan Madinah bagi menjalani ibadah Umrah sebagai urusan pra-bulan madu, Uqasha berkata dia ingin sekali menjadi insan pertama yang mengiringi Kamal yang masih belum pernah menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Kali pertama Uqasha ke tanah suci adalah semasa penggambaran Setelah Terlafaznya Akad. Masa itu tak kenal pun lagi Kamal secara peribadi. Di sana, Uqasha doakan agar drama tersebut menjadi satu fenomena.
“Semasa penggambaran di sini (Malaysia), kami berkampung di Melaka selama lima bulan dan saling berkenalan. Dalam banyak-banyak doa yang Uqasha (pohon), Allah makbulkan drama tersebut meletup.
“Kali kedua ke sana (tanah suci), Uqasha baru mengenali hati budi Kamal.
“Di sana, Uqasha berdoa sekiranya Ahmad Kamal bin Ahmad Adli ialah jodohku, Kau panjangkah jodoh kami. Jika tidak, Kau pisahkanlah dengan baik.”
“Alhamdulillah, jodoh kami hingga ke (jinjang pelamin). Sebab itulah, Uqasha ambil keputusan untuk tunaikan Umrah terlebih dahulu kerana di sanalah Allah telah makbulkan doa Uqasha,” katanya.
Sambil itu, Kamal meluahkan rasa teruja untuk ke tanah suci buat kali pertama bersama Uqasha sebagai isterinya. “Saya nak pergi dengan senarai doa yang banyak.” Mereka bagaimanapun belum memutuskan lokasi bulan madu lagi.
*
Terdahulu, Kamal telah melamar Uqasha secara langsung di pentas Anugerah MeleTOP Era sewaktu mereka menjadi pasangan penyampai trofi.
Tahniah Kamal Adli & Uqasha Senrose daripada kami di Majalah REMAJA!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkhabaran yang menggemparkan dua pertandingan ratu cantik terbesar dunia, Miss Universe dan Miss World baru-baru ini melibatkan jelitawan dari Thailand, Opal Suchata Chuangsri nyata...