Dr. Amalina Che Bakri Selamat Bernikah Dengan Jejaka Inggeris

Share

Siapa sangka rupa-rupanya anak jati Malaysia yang kini menetap di Kota London ini sudah pun bergelar isteri dua hari yang lalu. Kelihatan anggun dalam persalinan rekaan Cosry, baju kurung rona putih dihias sulaman dilengkapi layah bagi menyempurnakan penampilannya. Dia dilihat tersenyum riang di samping suaminya yang lengkap dalam persalinan sut hitam.

Dalam hantaran di Instagram sebentar tadi anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini berkata, “Alhamdulillah, majlis pernikahan kami telah selamat berlangsung di Masjid Besar London pada 31 Mac 2021. Walaupun terpaksa menangguhkan pernikahan sebanyak tiga kali disebabkan perintah berkurung, kami berasa lega apabila majlis ringkas yang dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat ini berjaya diadakan.

Cincin pertunangan. Sumber gambar: Instagram Dr Amalina Che Bakri

“Hanya enam orang sahaja boleh hadir mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan. Mengikut perancangan asal kami berhasrat untuk mengadakan majlis resepsi pertama pada bulan Mac di Malaysia dan resepsi kedua pada bulan Jun di United Kingdom tahun ini.

“Walaubagaimanapun kami telah menunda semua majlis sehinggalah keadaan kembali pulih dan semua rakan dan keluarga boleh berada meraikan perkahwinan kami. Kami menantikan waktu itu tiba agar dapat meraikan bersama keluarga dan sahabat tersayang.”

Untuk pengetahuan semua, Dr Amalina dan pasanganya, Alex telah bertunang pada Ogos tahun lalu.

Sumber gambar perkahwinan: Nick Ray Photography

Baca juga: Akan ada orang yang selalu mempersoal keputusan & cuba menjatuhkan kita – Dr. Amalina Che Bakri

Published by
Fiezreen