Setelah undian awal ditutup oleh pihak penganjur Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), akhirnya pencalonan Top 5 bagi setiap kategori diketahui juga pada hari ini.
Semasa senarai awal dikeluarkan pada awal tahun ini, ramai yang masih mengingati ‘kontroversi kecil’ yang tercetus apabila 2 nama besar ‘melekat’ dalam pencalonan kategori Influencer MeleTOP.
Mereka ialah Dr Nur Amalina Che Bakri dan Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie.
Pencalonan tersebut ditentang bukannya kerana mereka berdua tidak layak. Sebaliknya, mereka dianggap terlebih layak dan seharusnya diberikan anugerah penghargaan tanpa memerlukan sebarang pencalonan di atas usaha mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Selar Pencalonan Dr Amalina & Dr Sheikh Muszaphar
Apabila pencalonan Top 5 diumumkan sebentar tadi, nama mereka berdua tidak kelihatan. Diharap pihak AME bagi tahun ini ataupun edisi tahun-tahun yang akan datang boleh memberikan penghargaan kepada Dr Amalina dan Dato’ Dr Sheikh Muszaphar.
Berbalik kepada pencalonan keseluruhan, ternyata aura pelakon dan pengacara, Mira Filzah masih menebal selepas kejayaannya menggondol Anugerah Bintang Paling Popular tahun lalu.
Mira mendapat 4 pencalonan menerusi kategori Pelakon MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Artis Versatil MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.
Malah, filem lakonannya Sangkar dan drama lakonannya Sweet Dreams juga tercalon dalam kategori utama.
*
Turut mendahului kategori pencalonan masing-masing ialah Siti Nordiana (4), Khai Bahar, Haqiem Rusli, Syafiq Kyle dan Alif Satar.
Congrats korang!
AME2020 bakal bersiaran secara langsung pada 21 April (Ahad) jam 9.00 malam di secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil.
Korang boleh mengudi selebriti kegemaran korang bermula hari ini sehingga 12 April kelak dengan mengikuti langkah-langkah seperti di bawah.