PELATIH pakar bedah warga Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri kini menjadi trend di media sosial kerana budi baik beliau kepada bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.
Pembedahan yang berjaya membuang tumor 200 gram pada mulut bayi berusia sembilan bulan itu yang dijalankan di sebuah hospital kanak-kanak di London hasil inisiatif beliau, menjadi tular semalam.
Beliau menduduki tempat kelapan antara tweet paling tinggi di Twitter, menerima 44,500 tweet setakat 1 tengah hari.
Pengguna Twitter mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada beliau atas kejayaan pembedahan itu dan bantuan yang dihulurkannya bagi membolehkan Ainul Mardhiah dibawa ke London bersama ibu bapanya untuk menjalani pembedahan itu.
Selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor menerusi akaun Twitternya, @Neelofa menyatakan kesyukuran atas kejayaan pembedahan itu dan mendoakan agar Ainul Mardhiah cepat sembuh.
“Alhamdulillah, berita baik! Semoga cepat sembuh Ainul dan terima kasih kepada pasukan yang hebat dan Dr Nur Amalina atas usaha ini!”
Koresponden TV3 Malaysia di United Kingdom, Haliza Hashim (@HalizaTV3London) menyatakan terima kasih kepada Dr Nur Amalina atas usaha beliau membawa keluarga itu ke London.
“Sejak beberapa tahun ini saya menulis banyak cerita mengenai @DrAmalinaBakri.
Ads
“Betapa besarnya cabaran untuk membawa bayi #ainulmardhiah ke London. Saya amat berbangga dengan anda, doktor!” katanya menerusi tweet.
Pengguna Twitter, @Haziq_Escobar juga menyentuh mengenai pembedahan itu dan mengucapkan tahniah kepada Dr Nur Amalina atas usaha luar biasa beliau itu.
“Terima kasih kepada Dr Amalina Bakri, bayi Ainul berjaya melalui pembedahan untuk membuang tumor itu.
“Tidak lama lagi mereka akan tahu sama ada kanser itu sudah tidak aktif lagi atau sebaliknya.
Ads
“Kejayaan hebat buat doktor dan orang ramai yang menghulurkan sumbangan. Mereka benar-benar berhati mulia dan anugerah Tuhan,” katanya.
Pengguna Twitter lain,@princessfazriyn berkata: “Dr Amalina kini menjadi trend.
“Wahai rakyat Malaysia, marilah kita meluangkan masa sejenak untuk menghargai pengorbanan beliau daripada tiada apa-apa kepada sesuatu yang amat bermakna buat keluarga Ainul (dan juga kita, rakyat Malaysia). Dr Amalina layak digelar ‘superwoman’.”
Sementara itu, netizen memenuhkan akaun Instagram Dr Nur Amalina dengan ucapan tahniah dan komen baik atas kejayaan pembedahan itu.
Pelakon Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross menerusi akaun Instagram beliau catrionabrianross) mencatat: “Alhamdulillah…tahniah Dr Amalina & pasukan.”
Ads
Pakar Dermatologi Dr Shaaira Nasir memuji Dr Nur Amalina atas kejayaannya menyelamatkan bayi itu.
“Usaha yang menakjubkan. Saya tidak sabar-sabar hendak melihat kemajuan dan perkembangan beliau mulai sekarang. Alhamdulillah,” katanya di status Instagram Dr Nur Amalina.
Semalam, bapa Ainul Mardhiah memberitahu menerusi akaun Facebooknya yang Ainul sudah sedar dan dirawat di unit rawatan rapi untuk memastikan keadaannya stabil sebelum dipindahkan ke wad biasa.
Hari ini, beliau menghantar video Ainul Mardhiah yang cuba bertindak balas kepada ibunya yang bertutur sesuatu kepadanya.
Berita mengenai keadaan kanak-kanak itu tular di media sosial sebelum Dr Nur Amalina menghulurkan bantuan.
Malaysia Airlines menyumbangkan tiket penerbangan untuk bayi itu dan ibu bapanya.
SUMBER : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Populariti filem daripada Marvel Studio sememangnya tidak dapat kita pertikaikan lagi. Apatah lagi mereka akan muncul dengan filem terbaru yang mengumpulkan hampir kesemua watak dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) di dalam ‘Avengers: Infinity Wars’. Filem ke-19 daripada MCU ini akan ditayangkan di seluruh dunia pada bulan hadapan dan ia pastinya akan menjadi sebuah karya blockbuster.
Seiring dengan popularitinya, ramai peminat filem dan komik begitu teruja dengan kemunculan filem terbaru Marvel ini. Antara salah satu tribute yang istimewa dilakukan mereka ialah menghasilkan trailer berbajet rendah atau remake juga dikenali sebagai sweded trailer.
Sweded trailer membawa maksud penghasilan semua karya filem (dalam kes ini, trailer) dengan menggunakan bajet terhad dan kamera biasa. Dan proses ini dipanggil ‘sweding‘. Istilah ini dikatakan mula popular menerusi filem Michel Gondry, ‘Be Kind Rewind’.
Kalau korang buka YouTube dan taip ‘Sweded Trailer’; sebenarnya sudah banyak yang dihasilkan oleh peminat filem dari seluruh dunia. Ia menjadi cukup unik dan mencuit hati kerana telatah mereka menghasilkan sebaik mungkin untuk sama dengan karya asal.
Dan itulah yang dilakukan oleh sekumpulan remaja Malaysia. Seorang pengguna Twitter menggunakan nama AIman Sany, tweethandle @awesomerawks telah menghasilkan sweded trailer ‘Avengers: Infinity Wars’. Dia telah memuat naik video tersebut di Twitter miliknya semalam.
Tonton video mereka di bawah:
Antara babak menarik pilihan Remaja!
Dan kini ia telah ditonton (ketika artikel ini ditulis) di Twitter sahaja dengan lebih 1.34 juta view! Malah jumlah retweet diterima mereka juga mencecah 40 ribu.
Dengan kapsyen ‘Who did it better?’ dan turut mention Twitter rasmi @MarvelStudios tanpa sebarang hashtag, ia menjadi tular dalam sekelip mata.
Muncul dengan konsep D.I.Y, trailer sweded ini ternyata berjaya mencuri banyak perhatiam. Pada mulanya ia dikatakan popular di kalangan pengguna Twitter di negara kita sahaja namun ia tidak lama. Kini, video tersebut telah tersebar dan mendapat banyak reaksi daripada pengguna Twitter seluruh dunia.
Antara peralatan yang digunakan mereka ialah pinggan yang bertindak sebagai ‘shield‘, rim tayar sebagai kapal angkasa, batang penyapu sebagai senjata dan banyak lagi.
Kreativiti mereka menggunakan apa perlatan apa sahaja yang ada membuatkan ramai yang menonton video ini mudah terhibur.
Dan lebih istimewa lagi apabila pengarah ‘Avengers: Infinity Wars’, Anthony dan Joe Russo menerusi akauan Twitter mereka, @Russo_Brothers turut melakukan Quote Retweet video tersebut dengan kapsyen ‘Aiman. You guys are geniuses. Are you available to direct Avngers 5?’.
Of course ia hanyalah gurauan daripada dua pengarah hebat ini. But the fact that Aiman and the gang mampu buat mereka sedar kewujudan hasil karya mereka ini sudah cukup hebat. Apatah lagi dari remaja dari Malaysia!
Kepada Aiman dan rakan-rakan, kami di Remaja terhibur!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau cerita tentang pengalaman masa study dulu memang macam-macam kisah seramlah yang keluar. Lagi-lagi bila tinggal di kediaman kolej. Nak kata tak percaya tak boleh juga, sebab bukan seorang yang cerita, ramai juga pelajar lain yang melalui situasi yang sama.
Begitu juga dengan kisah yang dikongsi di laman sesawang kisahseram.com, kejadian ini berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terletak di Sintok, Kedah. Sama ada benar atau tidak, ia tidak dapat dipastikan kerana kisah ini diceritakan sendiri oleh seorang cikgu matrikulasi.
Gambar hiasan
Cerita ini berlaku di sebuah kolej perempuan dan menurut si pengadu, terdapat seorang pelajar yang tinggal berdua dengan teman sebiliknya. Kehidupan mereka seperti biasa sahaja seperti pelajar-pelajar yang lain tanpa ada sebarang syak wasangka dan juga benda pelik yang berlaku. Segala-galanya normal sehinggalah pada suatu hari apabila pelajar tersebut balik ke bilik.
Semasa pelajar ini mahu tidur, dia meminta tolong teman sebiliknya untuk menutup suis lampu kerana dia tidak boleh tidur dalam keadaan yang terang. Dengan selamba, teman sebiliknya itu menjulurkan tangannya yang panjang macam hantu dalam filem Nang Nak dan terus menekan suis lampu. Pelajar tersebut terus berlari keluar dari bilik.
Gambar hiasan
Apabila dia menceritakan kisah ini kepada teman-teman yang lain, tanpa membuang masa mereka bergegas ke biliknya dan didapati bahawa dia rupa-rupanya hanya tinggal seorang diri tanpa teman sebilik kerana katil dan almari di sebelahnya kosong!
Masih lagi tidak berpuas hati dan mahu mencari jawapan sebenar, pelajar tersebut telah berjumpa dengan seorang staff di pejabat kolej dan dia diberitahu bahawa tiada nama yang disebutkannya tinggal di dalam bilik tersebut, malah ia memang tidak pernah wujud.
Gambar hiasan
Rupa-rupanya sudah satu semester pelajar itu tinggal dengan makhluk halus atau jin yang menyamar sebagai teman sebiliknya.
Selepas daripada insiden itu, tenaga pengajar di sana sempat berpesan bila balik ke bilik, periksa terlebih dahulu teman sebilik mereka sama ada dia manusia atau hantu.
Wah, kes berat ni. Menangis juga la kami kalau tahu rupa-rupanya selama ni orang yang dianggap kawan tu rupa-rupanya makhluk jadian.
Eeee.. seram!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukanlah niat kami untuk menakutkan korang, tetapi ini adalah situasi yang harus dijadikan sebagai penbagai pengajaran oleh kita semua.
Sewaktu seorang pejalan kaki cuba untuk melintas jalan raya sebelum lampu trafik dekat Jalan Ampang, individu yang hanya dikenal pasti sebagai seorang wanita itu telahpun dilanggar oleh sebuah kenderaan.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 petang berhampiran susur keluar Flamingo itu dilaporkan terjadi apabila wanita ingin mempercepatkan langkahannya semasa melintas jalan (mungkin kerana cuaca hujan).
Namun sebelum menghampiri bahu jalan tersebut, dia melangkah ke hadapan tanpa menoleh dahulu ke arah kenderaan di laluan paling kiri yang sedang bergerak. Akibatnya, wanita tersebut dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Proton Wira.
Biarpun kami tidak pasti sama ada mangsa tercedera parah ataupun ringan akibat insiden itu, berdasarkan sebuah video yang sempat direkodkan oleh kamera dashcam seorang pengguna jalan raya menunjukkan wanita tersebut cuba dibantu oleh orang ramai.
Tak kiralah jika korang ingin melintas jalanraya pada waktu puncak seperti ini ataupun ketika jalan lengang, jangan sesekali terlupa untuk menoleh ke kanan dan ke kiri demi memastikan keadaan selamat untuk korang lintas, okay.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.