Lihat 4 Negara Awesome Yang Pernah Dilawati Dr. Amalina & Suami

Share

 

Biarpun 2021 masih dibelengu dengan musim pandemik, masih banyak pasangan yang memilih untuk melangsungkan majlis pernikahan dan disatukan sebagai pasangan suami isteri. Salah satunya ialah personaliti bidang perubatan Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri yang selamat melangsungkan perkahwinan bersama jejaka Inggeris.

ARTIKEL BERKAITAN : Dr Amalina Selamat Bernikah Dengan Jejaka Inggeris

Seperti yang korang tahu, Dr Amalina ialah merupakan pengembara tegar. Saban tahun, beliau akan cuba meluangkan masa untuk ke negara baharu, mempelajari lebih mengenai budaya dan destinasi di sana.

Jom tengok mana satu destinasi pilihan kami.

 

KENYA AFRIKA

Benua Afrika adalah di antara lokasi yang kurang mendapat perhatian pelancong Asia. Namun Afrika menawarkan banyak destinasi dan pengalaman menarik yang boleh diperolehi.

Semasa Dr Amalina ke sana pada Januari 2019, antara lokasi yang menarik perhatian kami ialah Maasai Mara National Reserve Kenya.

Kami terus teringat siri kartun The Wild Thornberrys di saluran Nickelodeon semasa melihat foto-foto haiwan liar yang dikongsikan beliau seperti badak sumbu, burung unta, gajah dan pelbagai spesis lain.

Tempat penginapan glamping Dr Amalina juga indah dan kelihatan selesa untuk diinapi. Mereka turut memilih untuk mengenali puak Maasai dengan lebih dekat.

 

 

SICILY ITALI

Ah romantik sangat lokasi ini!

Pada Oktober 2019, mereka berdua merelakskan minda seketika daripada waktu pekerjaan yang sibuk dengan berkunjung ke pulau terbesar di Laut Mediterranean ini.

Sepanjang berada di sana, Dr Amalina sempat berkunjung ke ibu kota Sicily iaitu Palermo yang terkenal dengan istana lama dan pasar jalanan unik.

Cefalu pula adalah bandar tepian pantai di bahagian utara Sicily yang cukup indah dengan pemandangan dan seni bina bangunan Itali serba putih.

 

 

ATHENS GREECE

Sebelum itu, Dr Amalina dan pasangan telah mengunjungi salah satu destinasi impian ramai orang (termasuk penulis!) iaitu negara peradaban Yunani, Greece.

Di sana, Dr Amalina menyertakan destinasi Acropolis yang mengumpulkan bangunan-bangunan bersejarah di Greece seperti Stadium Panathenaic iaitu lokasi Sukan Olimpik pertama di dunia. Jealous much!

 

 

SAINT LUCIA

Kalau penulis teringin untuk bercuti di Laut Mediterranean, pastinya Dr Amalina boleh menjadi tour guide terbaik!

Hehe, ini kerana beliau telahpun ke sebuah lagi pulau di kawasan Timur Laut Carribean iaitu Saint Lucia.

Pulau yang dahulunya pernah dijajah oleh Perancis sebelum diambil alih oleh Inggeris ini sememangnya umpama syurga duniawi kerana pemandangan alam sekelilingnya yang menakjubkan.

Dr Amalina dan teman lelaki (pada masa itu) telah berkongsi foto berlatar belakangkan Gros Pitons. Ia merupakan lambang ikonik Caribbean dan di sinilah foto percutiaan selalu diambil. Dengan pemandangan pantai yang bersih dan puncak gunung yang breahtaking

, Saint Lucia terus penulis masukkan ke dalam bucket list disebabkan Dr Amalina!

*

There you go!

4 negara percutiaan yang pernah dikunjungi oleh Dr Amalina Che Bakri dan suaminya. Pastinya selepas berkahwin, mereka tidak akan berhenti melawat negara-negara asing di masa lapang.

Mana tau, ada di antara korang yang tertarik untuk berkunjung ke negara tersebut disebabkan foto yang dikongsikan Dr Amalina.

 

Published by
FZ