Belajar sambil mendengar muzik banyak manfaatnya. Malah, ramai yang mempraktikkannya kerana sesetengah genre muzik membantu dalam penumpuan terhadap pembelajaran di samping tidak rasa bosan.
ARTIKEL BERKAITAN : #GirlPower Sissy Iman Berjaya Genggam Master Muzik UiTM. Tahniah!
“Jangan sesekali letak muzik dekat telinga semasa belajar. Anda menipu diri sendiri. Lebih 80% pelajar suka belajar sambil dengar muzik, dengar sesuatu dekat telinga. Betul tak betul?
“Jadi Nabi SAW bersabda yang maksudnya, ‘Buatlah sesuatu kerja pada satu masa, sebab kamu cuma ada satu hati’. Cuba fikir secara logikal, kita belajar matematik tapi kita dengar lagu yang sangat mendayu-dayu dekat telinga.
“Mana lebih seronok? Matematik yang kita belajar atau lagu dekat telinga?” kata Dr Fadzilah Kamsah.
Menurut beliau, rata-rata pelajar akan lebih tertumpu kepada muzik berbanding subjek yang sedang dipelajari pada ketika itu.
“Hati akan lebih tertarik pada benda yang menarik. Nak dengar muzik boleh tapi jangan masa belajar. Nak dengar muzik boleh waktu rehat, waktu santai okaylah. Kita manusia biasa suka pada hiburan, ala kadarlah.
Pakar motivasi itu turut menyifatkan bahawa melakukan kedua-dua perkara tersebut dalam satu masa adalah satu kerja sia-sia.
“Awak akan teringat seni kata melodi lagu (dan) lupa subjek matter atau kandungan, butir-butir (maklumat) dalam subjek yang anda pelajari,” ujarnya di akhir perkongsian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan dilontarkan oleh pakar motivasi berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.