Dr Kajel Kaur Dinobat Sebagai Miss Earth Malaysia 2022. Fokus Isu Pembaziran Makanan Dan Masalah Haiwan Terbiar

Share

Pada tahun 2019 wanita berusia 26 tahun ini pernah dinobatkan sebagai Miss Earth Malaysia, namun tanpa diketahui sebabnya dia menarik diri dan akhirnya tempatnya digantikan oleh wakil yang lain.

Tiga tahun berlalu, nampaknya dia tidak melupakan impiannya untuk mewakili Malaysia apabila kini dinobatkan sebagai Miss Earth Malaysia 2022. Pemilik nama penuh Kajel Kaur Gill ini merupakan seorang doktor perubatan dan taraf pendidikannya bukan calang-calang.

Kredit foto: Instagram Double Event Management

Berasal dari Ipoh, dia dimahkotakan dalam sebuah majlis oleh Miss Earth Malaysia 2021, Dr Nisha Thayananthan. Menerusi hantaran dilaman Instagram, Kajel mengucapkan rasa syukur dengan pemilihannya sebagai wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik bertaraf tinggi itu.

“Saya merasa rendah diri, teruja dan berbesar hati menerima berkat seperti ini. Jumlah kasih sayang dan berkat yang saya terima adalah di luar apa yang orang boleh bayangkan.

“Sentiasa lakukan apa yang betul dan semuanya akan mengikut aturan. Jadilah berani, jujur dan benar. Terima kasih Malaysia kerana mempercayai saya! Dan terima kasih Tuhan kerana memberikan saya pasukan terbaik yang boleh saya minta,” ujarnya panjang.

BACA JUGA: Giselle Tay Dinobatkan Sebagai Miss International Malaysia 2022. Bakal Mewakili Negara Ke Peringkat Antarabangsa

Kredit foto: Instagram Double Event Management

Cantik dalam balutan busana gaun kembang rona kuning, doktor perubatan ini mahu memperjuangkan isu mengenai pembaziran makanan dan juga pemerkasaan kehidupan haiwan terbiar seperti anjing dan kucing.

Menerusi laporan Bernama, dia berkata, “Saya tidak sabar untuk membawa ketengah dengan lebih lanjut tentang isu pembaziran makanan. Sebagai individu yang sentiasa memberi makan haiwan terbiar, saya berharap dapat melihat Malaysia di mana restoran dan katering lebih giat menyumbang lebihan makanan kepada tempat perlindungan haiwan yang memerlukan beras, tulang haiwan dan daging.”

BACA JUGA: Walaupun Sekadar Di Kedudukan Top 40, Wakil Republik Dominican Terima Gelaran Miss World Caribbean 2021

 

Kredit foto: Instagram Kajel Kaur
Ketika memegang gelaran Miss Earth Malaysia 2019. Kredit foto: Instagram Kajel Kaur

Menjadikan amalan memberi makan haiwan terbiar sebagai satu rutin dalam hidupnnya, Kajel berharap untuk membentuk sebuah komuniti yang kuat dalam isu ini dan membawa inisiatif ini lebih ke hadapan.

Mengenai isu pembaziran makanan pula, wanita cantik keturunan Sikh ini berpendapat yang Malaysia harus mencontohi undang-undang di sesetengah negara maju yang melarang pasar raya membuang atau memusnahkan produk makanan yang tidak terjual. Sebaliknya, mereka perlu menderma lebihan makanan kepada golongan yang memerlukan.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

Published by
Fiezreen