#NationPride
Walaupun kita sedang dalam situasi berjaga-jaga, sedih dan cemas dengan kehadiran wabak Covid-19, sekurang-kurangnya ada berita baik yang diterima pada hari ini.
Menurut portal dari China berjudul China Global Television Network (CGTN), mereka menamakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai salah seorang daripada 2 orang tokoh perubatan dunia yang paling dipercayai.
Dua lagi tokoh yang digelar ‘Hero Dunia’ dan ‘Penyampai Kebenaran’ itu termasuklah Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Sebelum wabak Covid-19 melanda dunia tiada siapa yang begitu mengenali siapakah mereka bertiga. Namun, kehadiran mereka sebagai penyampai situasi semasa di negara masing-masing untuk memberi saranan kesihatan amat menenangkan rakyat.
Like seriously, how many of us tune in to Dr Noor Hisham’s speech every afternoon? *Me!*
Untuk pengetahuan, Dr Noor Hisham telah menyandang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan pada masa yang sama masih menjalankan tugasan di Hospital Putrajaya sebagai perunding kanan dan pakar bedah endokrin (sistem dalam badan yang menghasilkan hormon oleh kelenjar tertentu dan masuk ke dalam saluran darah).
Selain muncul di kaca televisyen, beliau juga aktif membuat posting di Twitter dan Facebook walaupun pada lewat malam demi memberikan info terkini berkaitan Covid-19 di Malaysia.
Tahniah!