Dr Noor Hisham Beri Amaran, ‘Nano Mist Spray’ Tak Sesuai Untuk Manusia

Share

Alat nyah kuman, iaitu Spray Gun atau  Nano Mist Spray  sering digunakan masa kini terutamanya di kedai-kedai dan rumah untuk membasmi virus COVID-19. Namun begitu, sedar tak sedar sebenarnya penggunaan penyembur ini mampu memberi kesan buruk buat manusia dan  kehidupan kita.

Foto: India Mart

Terbaru, Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu posting di Facebook Kementerian Kesihatan berkata larutan disinfeksi yang digunakan dalam semburan alat itu adalah bertujuan untuk nyahkuman di permukaan persekitaran sahaja.

Ini kerana sesetengah larutan disinfeksi berkenaan boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan juga sistem pencernaan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan keberkesanan penggunaan nano mist spray untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata hanya  pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi yang digunakan serta tempoh masa pendedahan.

Pada masa ini, beberapa larutan disinfeksi sedia ada seperti larutan yang mengandungi alkohol 70%-90%, hydrogen peroxide, thymol, quarternary ammonia dan juga larutan berasaskan klorin berkesan bagi membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meminta kerajaan mengeluarkan garis panduan yang jelas tentang pengunaan alat nyah kuman ini dan tak kurang juga mempersoalkan kenapa selepas dua tahun baru KKM mengeluarkan notis bahaya pengunaan nano mist spray ini.

Foto Via KKM Facebook

Pada masa ini, pihak KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan garis panduan untuk pendaftaran disinfektan permukaan yang boleh dicapai melalui https://www.npra.gov.my/images/Guidelines_Central/surface_disinfectant/Revision_1_Guideline_for_Registration_of_Surface_Disinfectant.pdf.

Diharap dengan perkongsian ini memberi manfaat buat orang ramai.

Sumber: Malaysia Gazette / Facebook KKM

Published by
Nana