Dr Noor Hisham Jawab “Surat Terbuka” Doktor Tachdijan Yang Dituju Khas Buat PM

Share

Sejak semalam tular di media sosial surat terbuka yang ditulis oleh seorang individu dipercayai seorang “doktor pakar” yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Surat dengan tajuk CUKUPLAH ABAH, ANAK-ANAK DERITA.

Antara isi tulisannya, “Anda gagal menyedari bahawa fakta menyedihkan mengenai gelombang baru Covid-19 yang disenaraikan di atas bukan disebabkan oleh Covid-19, tetapi kegagalan pentadbiran anda untuk mengutamakan kesihatan rakyat di atas segalanya.

“Dengan mengabaikan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan membiarkan pilihan raya negeri berlangsung, kempen tanpa kawalan oleh jentera yang terlalu bersemangat (pada semua parti yang bertanding) – ini telah menyebabkan penderitaan ramai orang pada hari ini.”

Ekoran itu, Ketua Pengarah Kesihatan yang saban hari kita lihat wajahnya di kaca tv dan tidak pernah lelah menyampaikan amanat berkaitan wabak ini, Tan Sri Noor Hisham Abdulllah telah “membalas” surat yang dituliskan khas buat Perdana Menteri ini. Sejak berbulan lalu, Tan Sri dilihat seorang yang cool dan rakyat menghormatinya dan kerana itulah beliau membalas isi surat doktor ini.

Korang bacalah, dan kemudian akan faham mengenainya.

𝐂𝐎𝐑𝐄𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 ‘𝐃𝐑’ 𝐓𝐀𝐂𝐇𝐃𝐈𝐉𝐀𝐍 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐊𝐏𝐊 𝐓𝐒 𝐍𝐨𝐨𝐫 𝐇𝐢𝐬𝐡𝐚𝐦 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡

Saya baca warkah Dr Tachdijan kepada YAB Perdana Menteri, ‘Cukuplah abah, anak-anak derita’ dengan cukup teliti.

Meskipun ianya bukan ditujukan kepada saya, namun sebagai Ketua Pengarah Kesihatan, saya perlu faham apa yang ‘anggota KKM’ ini cuba sampaikan, tidak kiralah apa pangkat, gred atau profession mereka.

Saya terfikir juga, apabila dikatakan Dr adalah seorang ‘pakar KKM’, secara terus ianya lebih menarik perhatian semua pihak untuk membacanya.

𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐫 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐊𝐊𝐌, 𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐤𝐫𝐞𝐝𝐢𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐢. 𝐈𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐊𝐊𝐌.

Saya harus akui Dr, saya merasa kesal. Dalam warkah tersebut, 𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐃𝐫 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐝𝐞𝐧𝐭𝐢𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐦𝐮𝐦 dengan merujuk kepada seorang individu ternama di Sabah yang dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Untuk makluman Dr, 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡𝐢 𝐭𝐚𝐭𝐚𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐨𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧.

𝐊𝐞𝐫𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐤𝐞𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐊𝐌 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐤𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐢𝐧𝐢.

Saya harapkan ini bukanlah satu kebiasaan yang Dr amalkan, kerana KKM sememangnya bergantung kepada Pegawai Perubatan Pakar untuk mendidik Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan Siswazah.

Dr juga agak arif dengan selok belok di HQE, namun kemungkinan perlu menyemak kembali protokol pengendalian Patient Under Investigation (PUI) yang disahkan COVID-19 ke hospital COVID-19.

Kes yang sememangnya telah disahkan status jangkitan sebagai positif COVID-19 dan didapati stabil, akan dimasukkan terus ke wad COVID-19. Protokol yang sama digunakan untuk semua kes, tanpa mengira status kes dalam masyarakat. Kemungkinan ada berlaku situasi di mana kes perlu menunggu katil dikosongkan di wad COVID-19. Ini mungkin berlaku dari semasa ke semasa.

Sememangnya jumlah kes COVID-19 semakin menaik, terutama di negeri Sabah.

𝐃𝐚𝐭𝐚-𝐝𝐚𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐬 𝐡𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐥𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐝𝐢 𝐦𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐡𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐒𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 𝐬𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫 𝐩𝐮𝐤𝐮𝐥 𝟔 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠.

Kini kedua-duanya dijalankan secara video conferencing. Saya juga telah menerangkan tindakan-tindakan yang dilakukan Kerajaan bagi memastikan terdapatnya kapasiti ujian di makmal-makmal, peningkatan jumlah katil bagi kes-kes COVID-19 agar ianya mencukupi, pembelian peralatan dan pengagihan alat bantuan pernafasan (ventilator), dan sebagainya.

Lihat sahaja infografik yang saya muatnaik. Amat mudah untuk difahami.

Pada awalnya petugas di Kota Kinabalu digerakkan untuk membantu hospital di daerah timur Sabah serta pusat-pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 berisiko rendah.

Kemudian KKM gerakkan pula petugas kesihatan daripada seluruh negeri ke negeri Sabah. Mereka turut ditempatkan di hospital-hospital di Kota Kinabalu bagi menggantikan lompong keperluan petugas di Kota Kinabalu.

Sememangnya tidak dinafikan ianya lebih mencabar apabila petugas Kesihatan juga dijangkiti COVID-19 samada daripada komuniti, tempat kerja, rakan setugas atau semasa pengendalian kes COVID-19.

Mereka perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan, dan kontak rapat perlu dikuarantinkan.

Namun begitu, pujian harus diberi kepada pihak Pengurusan HQE dan juga JKN Sabah.

Pelan mobilisasi diteruskan, perkhidmatan berjalan dan situasi dijangka bertambah baik. Petugas Kesihatan terus cekal bertugas sementara lebih ramai pasukan bantuan Perubatan tiba.

Pandangan Dr mengenai stok Personal Protective Equipment (PPE) adalah bernas.

Perancangan awal perlu dibuat dan stok perlu dipantau rapat.

KKM terus memastikan adalah mencukupi di semua hospital seluruh Malaysia, termasuk di HQE. Juga saya lampirkan untuk tatapan, status stok PPE untuk negeri Sabah.

Kelulusan pusat telah diterima pada 2 Oktober 2020 bagi permohonan perolehan secara darurat untuk PPE bagi negeri Sabah. Semuanya telah dirancang baik oleh agensi pusat, KKM dan juga Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Sistem database pusat yang kita bangunkan semasa gelombang 1 dan 2 COVID-19 telah mengajar kita untuk lebih bersedia.

Saya bersyukur kerana KKM tidak sendirian dalam usaha ini. Malahan mustahil bagi KKM bergerak sendiri menangani COVID-19.

𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢-𝐚𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐩𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐊𝐌, 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮. 𝐁𝐞𝐠𝐢𝐭𝐮 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧-𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐤𝐞 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡.

Pihak swasta, badan bukan Kerajaan (NGO), badan-badan pertubuhan dan semua lapisan masyarakat.

Semua pihak bersatu hati melandaikan keluk semasa gelombang kedua.

Pendekatan yang diambil adalah the “whole of Government, the whole of society approach”. Sering ditanya oleh negara luar mengenai perkara ini.

Saya bangga; “we use whole of Government, the whole of society approach”. Namun kita boleh buat lebih baik lagi.

Saya seru semua pihak, janganlah kita terus menunding jari salah menyalahi.

𝐌𝐚𝐫𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐟𝐨𝐤𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐬𝐮𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗, 𝐬𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐨𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐰𝐚𝐤𝐤𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐈𝐥𝐚𝐡𝐢.

Sumber : Bernama

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros