Kemunculan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam di program MeleTOP cukup tidak disangka-sangka.
Kemunculan beliau sempena sambutan Awal Muharram esok amat bertepatan memandangkan negara kini masih sedang bergelut dengan pelbagai isu. Jadi setidak-tidaknya sempena tarikh mulia dalam kalendar Islam ini, kita dapat memperolehi satu-dua manfaat daripada pesanan beliau.
Sewaktu Jihan bertanyakan kepada Dr Zulkifli berapa kerapkah beliau menunaikan ibadah umrah di tanah suci, beliau mengingati semula ‘zaman belajar’ dahulu ketika berada di Madinah selama empat tahun.
Kemunculan beliau sempena sambutan Awal Muharram di Meletop mendapat respon yang positif daripada penonton..
“Pertamanya, saya belajar di Madinah dulu. Sepanjang 4 tahun di sana, 4 kalilah buat Haji masa itu. Lepas tu, di Syria (belajar di sana) pun 2 kali (menunaikan Haji). (Semasa) bertugas sebagai panel penasihat ibadah Haji, itupun beberapa kali (menunaikan Haji).
“Seeolaknya kalau ada rezeki, kita buat Umrah dahulu walaupun yang wajibnya adalah Haji. Kita tahu (Haji) mengikut giliran dan ini menyukarkan. Kalau ada rezeki lebih baik kita pergi kerana Nabi SAW bersabda (maksudnya), Kamu iringilah di antara Haji dan Umrah kerana kedua-duanya dapat membasmi kefakiran dan dosa-dosa,” jelas beliau.
Jadi guys, kalau ada peluang jom rebut untuk menziarahi tanah suci.
Ads
Pengajaran Awal Muharram
Bak kata Jihan, tarikh esok adalah demi memperingati penghijrahan Nabi SAW dari kota Mekah ke kota Madinah. Cuma, apakah makna di sebalik tarikh esok untuk Dr Zulkifli?
“Hijrah ini luas. Ia bukan sekadar berpindah jasad dari Mekah ke Madinah semata-mata.
Ads
“Dalam hadis yang nabi sebut, “Siapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul.”
“Ia merujuk kepada bagaimana kita nak mencari keredhaan Allah. Kalau kita cari apa yang Allah perintah, maka insyaAllah Allah akan cukupkan segala yang kita perlukan.
Ads
“Sebaik-baik hijrah adalah orang berhijrah daripada segala kesilapan dan apa-apa yang Allah larang demi menjadi orang lebih soleh,” jelas beliau.
MasyaAllah.
Apapun, jangan lupa untuk membaca doa akhir tahun sebelum Maghrib hari ini dan doa awal tahun selepas Maghrib nanti ya.
Teka-teki perkongsian klip video perkahwinan pasangan pelakon berbakat besar, Nad Zainal dan Ungku Ismail yang menerima perhatian warganet hari ini, terjawab selepas pereka fesyen terkenal, Seth & Luna membongkar rahsia mengenai majlis pernikahan pasangan tersebut.
Menerusi satu hantaran di Instagram, demi menjaga hubungan persahabatan selama tujuh tahun , Seth & Luna mengakui terpaksa menyimpan rahsia terbesar majlis pernikahan kedua-dua pasangan merpati dua sejoli itu.
“Bermula sebagai pelanggan Seth & Luna dan seterusnya kami diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia terbesar. Itu adalah penghormatan atas tujuh tahun kami bersahabat.
“Setelah lebih tujuh tahun, berbagai ujian yang dihadapi, sempat berlinang air mata dan berkirim doa. Nad mengetuk pintu kami dan menyerahkan kepercayaan untuk menghasilkan busana pernikahannya bersama bakal suami. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.
“Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru Nad Zainal dan Ungku Ismail. Semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah,” coretnya panjang.
Sebelum ini, pasangan itu memberi bayangan di platform media sosial itu bahawa mereka sudah mendirikan rumah tangga.
Menerusi klip video pendek, pasangan itu yang saling menggenakan sepasang busana berwarna putih turut berpimpin tangan berjalan di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan.
Bukan itu sahaja, di ruangan kapsyen tertulis emoji berbentuk hati selain tarikh 23 Januari 2023, merujuk kepada tarikh istimewa mereka disatukan.
Perkongsian berkenaan sekaligus dihujani dengan ucapan tahniah oleh rakan-rakan selebriti termasuk para pengikut mereka yang turut mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin baharu ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bermula semalam, peminat kumpulan K-pop Big Bang terpaksalah bersabar menanti momen comeback kumpulan tersebut setelah salah seorang daripada ahlinya, Kwon Ji-yong atau lebih dikenali sebagai G-Dragon. mula menyertai latihan ketenteraan.
Selepas rakannya, T.O.P terlebih dahulu menamatkan latihan ketenteraan pada tahun lepas, kini tiba pula giliran G-Dragon sebagai seorang warganegara lelaki di Korea Selatan untuk menyertainya.
Berita ini membuatkan kebanyakan daripada fans tegarnya bersedih kerana terpaksa menunggu tempoh yang agak lama bagi penyanyi dan komposer itu membuat kemunculan semula.
Turut kelihatan dalam foto terakhir G-Dragon di media sosial ialah ibu bapa dan kakak kepada ketua kumpulan Big Bang itu.
Beberapa keping foto menunjukkan G-Dragon pada hari pertamanya semalam. Kini, G-Dragon yang terkenal dengan fesyen rambut berani dahulu sudah memotong rambutnya pendek dengan stail buzzcut.
Hey, walaupun rambutnya pendek tapi masih nampak handsome okay!
G-Dragon sewaktu baru tiba di kem latihan White Skull di Gangwon, Korea Selatan.
Walaupun datang serba hitam, kami pasti pakaiannya semalam terdiri daripada jenama mewah!
Walaupun dia cuba untuk merahsiakan kehadirannya di kem latihan ini, namun sudah pasti foto seperti ini akan dicari oleh fans tegarnya.
Semasa baru tiba untuk pendaftaran.
Fans rata-rata memberikan kata-kata semangat seperti “Jaga kesihatan” dan ” Jaga keselamatan diri” pada caption foto yang dimuat naik oleh mereka.
Malah, ada juga di antara mereka yang setia berdiri di hadapan kem latihan untuk menunggunya. Turut ada di situ ialah pengurus T.O.P dan pengurus Seungri.
Buat waktu ini, G-Dragon akan menyertai tempoh latihan asas selama 5 bulan sebelum memulakan tugas sebagai ahli tentera. Dia hanya akan menamatkan sesi tersebut pada November 2019.
Sebelum ke sana, G-Dragon sempat menghabiskan masa bersama kesemua ahli Big Bang. Selebriti lain seperti CL dan Yang Hyun Suk juga ada menyampaikan pesanan kepadanya di akaun media sosial mereka.
Sebelum ini, pelakon Korea seperti Joo Won dan Ji Chang Wook juga pernah menjalani latihan mereka di kem sama.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai manusia, sudah tentu kita sentiasa mahu menjadi manusia yang baik dan kalau boleh setiap benda yang kurang baik itu dijauhkan dari hidup kita.
Sama seperti pelakon terkenal, Sweet Qismina juga baru-baru ini menyatakan bahawa dirinya tertarik dengan perkongsian positif yang kerap dimuat naik oleh pelakon Elfira Loy di media sosial sehingga membuatkan dia terbuka hati untuk menghadiri kelas agama.
Melalui Instagram miliknya pada petang Selasa, Sweet atau Farhanna Qismina Supandi (27) turut mengucapkan terima kasih dan berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk mengikuti kelas ilmu agama namun disebabkan kekangan masa, hasratnya tidak kesampaian.
Kredit: Instagram Sweet Qismina
“Alhamdulillah, terima kasih Kak Elfira selalu kongsi benda yang baik-baik di media sosial. Sampai terbuka hati saya nak cuba pergi kelas (agama). Selalu nak pergi tapi bercanggah dengan waktu kerja”
“Tapi betul, kalau benda baik tak akan tak boleh susun masa kan? Nak pergi lagi kelas seterusnya!”
Dalam pada itu, Sweet juga berkata bahawa dia seronok mengikuti kelas agama berkenaan dan mahu menyertainya lagi pada masa akan datang.
Menurutnya lagi, dia akan berusaha menyusun jadual sebaiknya bagi memastikan dapat menyertai program agama sedemikian.
Kredit: Instagram Sweet Qismina
Walau apa pun, semoga perkongsian daripada Sweet ini juga mampu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjadi lebih baik lagi! InshAllah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malaysia hari ini menzahirkan penghormatan tertinggi kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau menjadi pemimpin kelima negara yang disemadikan di bawah kubah Makam...