Satu-persatu, finalis pencarian Hero Remaja 2020 menyusul sebagai pelakon drama komersil.
Setelah berakhirnya malam finale Julai lalu, 12 orang finalis mula memperolehi kepercayaan pihak produksi drama untuk terbabit dalam projek mereka.
Antara barisan finalis yang akan muncul dengan projek lakonan termasuklah Nadhir Nasar, Meerqeen & Umar Hisham.
Antara yang mula diberikan peluang sebagai pelakon baharu ialah pemegang kategori Hero Inspirasi 2020, Imran Aqil.
Drama berjudul Lelaki Linkungan Cinta itu telahpun memulakan penggambaran mulai bulan Ogos sehingga September lalu.
“Menerusi drama ini, saya membawakan watak sebagai kawan Ismail Izzani yang sedikit nakal. Kiranya, saya menjadi partner in crime kepada watak Mail. Bagi korang yang telah menonton klip teaser, watak-watak lakonan Naim Daniel, Ismail Izzani Cik B, Shasha (Abedul), Aniq (Suhair) dan ramai lagi akan bertemu di sebuah boot camp yang terletak di Gopeng.
Ads
“Di situlah, jalan cerita drama Lelaki Linkungan Cinta bermula,” kata Imran ketika dihubungi penulis.
Menariknya, drama yang bergenre rom-com remaja ini menemukan ramai pelakon baharu dan ini merupakan drama sulung bagi kebanyakan daripada mereka. Lagipun, industri hiburan Malaysia telah lama tidak mempertaruhkan genre seperti ini. Remember the good ol days with Gol & Gincu and Kami? Haihh..
Justeru, Imran teruja untuk menjadi sebahagian daripada drama ini.
Ads
“Kami sebagai pelakon baru banyak meminta nasihat dan tip daripada Abang Razak dari A-Z. Walaupun baru, kami tidaklah dimarah atau stres di set (ketawa). Alhamdulillah, production pun enjoy dengan kami. Cuma, saya ditegur untuk ‘buka mulut’ dan jangan tunjuk macho sangat. (ketawa) Saya akui saya masih kekok.
“Jadi, saya dan beberapa lagi finalis Hero Remaja seperti Jazmy dan Aniq ada perancangan untuk menyertai kelas lakonan untuk memperbaiki lontaran suara dan body language kami.
“Buat masa ini, kami yang belajar daripada pengalaman, bukannya praktikal. Jadi apabila menyertai kelas, kami boleh pelajari tricks and tips lakonan,” jelas Imran yang turut banyak menerima tawaran melakukan reviu daripada pelbagai jenama.
Ads
Imran bersama-sama Aniq selalu digandingkan bersama, kebelakangan ini.
Normal lah bagi pelakon baru, pasti ramai yang akan mengkritik cara lakonannya. Ada yang akan suka, ada juga yang mungkin akan melabelnya ‘kayu’. Bagi Imran, dia tidak menjadikan kritikan netizen sebagai pemudar semangat.
“Mulut orang kita tak boleh tutup kan. Saya ada baca juga kritikan di media sosial. Cuma sekarang, saya lebih bijak mengasingkan kritikan yang membina dan kritikan yang mencerca. Kadangkala sebagai penonton, mereka tahu apa perlu saya perbaiki,” simpulnya.
Apapun, kami tidak sabar untuk menonton drama Lelaki Linkungan Cinta yang akan ditayangkan bermula 21 Oktober ini, setiap hari Rabu hingga Jumaat pada jam 9.00 malam di saluran TV3.
*
Jom tonton klip teaser di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Finalis Hero Remaja, Jabir Meftah yang juga merupakan Presiden kepada persatuan Youth Care sedang giat menjalankan program kutipan dana bagi membantu Hospital Sungai Buloh yang perlu menggendalikan ramai pesakit COVID-19.
Usaha ini juga mendapat kerjasama daripada pereka fesyen tempatan, Rico Rinaldi dan mereka kini berhempas pulas untuk menjalankan kutipan agar misi yang dilakukan ini berjalan dengan lancar.
“Sebelum ini Rico pernah membantu Hospital Putrajaya dan hanya dalam masa dua hari, mereka berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak RM50,000 dan menyediakan ‘Modular Chalet’ disana. Kemudian, dia ke Hospital Sungai Buloh pula dan pihak hospital menyatakan mereka juga memerlukan keperluan yang sama, iaitu modular challet yang menelan kos kira-kira RM144,000 untuk dana sehingga akhir tahun ini,”
“Jadi kerana itu Jabir ingin menyeru kepada semua masyarakat Malaysia yang berkemampuan untuk menyalurkan bantuan bagi menjayakan misi ini,” jelas Jabir.
Pastinya RM144,000 bukan satu jumlah wang yang sedikit. Jika korang ingin menyalurkan bantuan, berikut merupakan details bagi tabung Khemah Ground Zero.
Bank: MAYBANK
Nama akaun: PER PENDIDIKAN KESEDARAN DAN MINDA PRIHATIN
Nombor akaun: 5642 2164 7817
Setakat 31 Mac 2020, mereka baru saja berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM12,022.69. Masih banyak lagi yang diperlukan dan sekiranya korang berkemampuan, bolehlah bersama-sama membantu mereka dalam menyalurkan sumbangan kepada pihak Hospital Sungai Buloh.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Finalis Hero Remaja ini berasal dari Muar, Johor dan merupakan seorang graduan jurusan TESL di MSU serta berpengalaman menjadi guru selama empat bulan di sekolah menengah ketika menjalani latihan praktikal.
Mengakui bahawa tugas seorang guru adalah mencabar, pelbagai kenangan pahit manis dikutip sepanjang bergelar guru praktikal. Kalau dahulu dia pernah menjadi pelajar, kini barulah Farhan sedar bagaimana susahnya untuk menjadi seorang pendidik untuk mengawal para pelajar. Antara pengalaman yang dilalui adalah apabila dia dikacau oleh seorang pelajar wanita yang memberikan mesej di WhatsApp.
“Pengalaman menjadi seorang guru ni mencabar sebenarnya. Ada yang pahit, ada yang manis. Dulu kita jadi murid, cikgu yang handle kita cakap kita ni nakal. Sekarang ni, bila saya kena handle sendiri pelajar, barulah saya faham bagaimana perasaan seorang guru untuk mengawal para pelajarnya,”
“Ada juga beberapa peristiwa yang berlaku, contohnya macam saya kena kacau dengan pelajar. Pernah berlaku apabila seorang pelajar menghantar WhatsApp kepada saya atas tujuan peribadi. Saya pun tidak tahu mana dia dapat nombor telefon saya. Yang saya tahu dia bukan pelajar kelas saya mengajar. Situasi itu agak awkward bagi saya, tetapi saya cuba untuk menerangkan kepadanya dengan cara yang baik,” jelas Farhan.
Remaja berusia 23 tahun ini baru sahaja menamatkan pengajiannya dan sedang menunggu majlis graduasi. Sewaktu PKP ini, Farhan mengambil peluang untuk membantu rakannya berniaga berhampiran dengan kediamannya.
“Setiap pagi saya akan pergi jogging terlebih dahulu dan selepas itu, saya akan membantu rakan di gerainya dari pukul 12 tengah hari hingga lewat petang. Tidak banyak yang boleh dilakukan sepanjang PKP ini, jadi saya mengisi masa lapang dengan membantu rakan-rakan berniaga,”
“Pada sebelah malam pula, saya akan sambung workout di rumah. Tetapi tidaklah terlalu lama, dalam 15 minit sahaja kerana setiap pagi pun saya dah keluar berjogging. Apa yang penting saya akan pastikan badan saya tidak terlalu ‘dimanjakan’ walaupun hanya duduk rumah sahaja,” tambah Farhan lagi.
Farhan juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepadanya selama ini, lebih-lebih lagi untuk berjuang di dalam pencarian Hero Remaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Aedy Ashraf baru-baru ini rasmi dilantik sebagai duta Warrior Carbonated PLUS, iaitu salah satu jenama minuman bertenaga bersempena musim Ramadan dan Raya...