What happens in Villa Kristal stays in Villa Kristal?
Mungkin perkara itu tidak akan terjadi dengan kemunculan Hani dalam kehidupan tiga orang wanita merangkap penduduk tetap vila kontroversi ini.
Itulah ‘pancingan’ yang bakal berjaya membuatkan penonton ketagih untuk menghabiskan jalan cerita siri Villa Kristal sebanyak 13-episod terbaru terbitan WeTV ini.
Sebagai siri original pertama WeTV Malaysia, Villa Kristal arahan Kabir Bhatia (Pulang, Cinta, Bisik Pada Langit) dan Jason Chong (Adiwiraku, Belukar) ini mengisahkan cerita di sebalik sarang madu golongan elit di Kuala Lumpur. Kita selalu mendengar gosip-gosip liar yang berterbangan dari mulut ke mulut atau pada zaman ini, dari skrin ke skrin.
Villa Kristal membawa korang untuk menyusuri kehidupan insan-insan yang selalu menjadi ‘watak bualan popular’ orang ramai aka wargamaya yang mungkin tidak mengerti hujung pangkal kisah hidup mereka ini.
Sejak episod pertamanya lagi, Villa Kristal sudahpun membawa penonton ke dalam kehidupan Hani (Mimi Lana), seorang novelis wannabe yang ingin mendapat tahu dengan lebih lanjut mengenai kehidupan isteri muda seorang Ustaz (Nazrief Nazri) terkenal, Rose (Mawar Rashid).
Ads
Lalu, Hani pun berpindah masuk ke Villa Kristal dan menyamar sebagai seorang menantu ahli politik. Di sini, dia bertemu dengan dua orang rakan baik Rose iaitu Angel (Jasmine Suraya Chin) dan Diana (Tiz Zaqyah).
Angel merupakan seorang guru yoga di Viilla Kristal (lalu Hani menyertai kelasnya) dan dahulunya pernah bergelar pramugari. Sebagai kekasih kepada Robin (Alvin Wong) yang menetap dengannya, Angel lah yang selalu memberikan tip caa menggoda lelaki kepada grup wanita di Villa Kristal ini.
Namun dalam dia, dia sendiri berdepan masalah dalam hubungannya apabila dia gagal memberikan zuriat kepada Robin.
Ads
Diana pula merupakan seorang usahawanita berjaya. ‘Harga’ yang terpaksa dibayarnya untuk mendapatkan kejayaan itu adalah hidup yang sepi tanpa berteman. Kekasihnya, Idris pula sudah berumah tangga.
Drama kan!
Sepanjang menonton Villa Kristal, penulis dapat merasakan bahawa ia bukan sekadar siri yang menampilkan empat orang pelakon cantik dan mencipta elemen drama demi menarik perhatian penonton.
Ads
Villa Kristal sebenarnya diterajui oleh watak-watak wanita moden yang selalu kita saksikan pada setiap hari; we do know these ladies in real life. Dari luaran kelihatan bahagia dan jelita, apabila dikupas lapisan diri masing-masing; semuanya memiliki kekuatan yang terpaksa dibina sendiri dengan menangani kekurangan diri dan rintangan hidup yang dilalui. Kata orang, nobody is perfect.
Dari situlah, persahabatan Hani, Rose, Angel dan Diana bertambah akrab dan terbina dengan ikhlas menerusi chick flick ini.
Tonton siri Villa Kristal di laman web wetv.vip dan aplikasi WeTV yang tersedia di Apple Store dan Google Play Store.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Letupan besar yang telah menggegarkan Beirut, Lubnan jelas mengejutkan penduduk dunia, terutama di negara sesaudara Islam seperti Malaysia.
Kejadian yang berlaku di pelabuhan akibat letupan di gudang bunga api itu telah mengakibatkan seluruh ibu kota itu terasa dengan gegaran dan bunyi kuat, sehingga bekalan elektrik terputus di beberapa buah daerah berdekatan.
Imej serta video yang kini tular di media sosial menyaksikan letupan direkodkan dari pelbagai sudut bandaraya. Kepulan asap hitam tebal dan suara jeritan warga Beirut membuatkan ramai netizen merasa gusar sekiranya kejadian seperti ini berlaku ke atas diri mereka sendiri.
Doakan Saudara Kita
Sebagai manusia dan saudara sesama negara majoriti Islam, apa yang kita boleh lakukan adalah menolong menyampaikan satu doa khusus yang diamalkan semasa kita melihat orang lain ditimpa musibah.
Doa ini adalah bagi kita meminta perlindungan daripada Allah SWT agar terhindar daripada sebarang musibah fizikal yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa. Ia juga boleh diucapkan sekiranya kita melihat bala penyakit melanda sesebuah kawasan, ataupun sekiranya kekufuran di kalangan masyarakat jelas dapat dilihat.
Riwayat Ibnu Umar dari ayahnya, Umar Radhiyallahu ‘Anhuma, bahawa Rasulullah SWT bersabda:
Pengajaran yang kita boleh dapati daripada bacaan doa tersebut adalah untuk mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana kita masih diselamatkan olehNya daripada bala bencana atau penyakit yang sedang melanda orang lain.
Bukanlah untuk kita merasa ‘selamat’ kerana diikecualikan. Kita seharusnya merasa gentar jika musibah yang sama melanda diri kita. Ia mengingatkan kita untuk tidak pernah melupakan Allah SWT di saat senang mahupun susah.
Pada masa yang sama, kita seharusnya bersyukur kita masih dipelihara olehNya dan masih berpeluang untuk kembali ke jalan yang benar.
Sambungan Kepada Doa Tersebut
Sebaiknya, kita disarankan untuk menyambung bacaan doa sebentar tadi dengan bacaan doa berikut
“Innalillahi wa inna ilaihi roji’un. Allahumma ajirhum fii mushibatihim, wa akhlif lahum khoiron minha.”
Maksudnya: Sesungguhnya kita milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah mereka pahala dalam musibah mereka dan berilah ganti yang lebih baik.
*
Meskipun kita sedih melihat kejadian yang menimpa saudara kita di Beirut Lubnan, kita wajib percaya bahawa ini adalah takdir yang diturunkan oleh Allah SWT ke atas umat zaman ini bagi mengingatkan kita untuk selalu kembali kepadaNya pada waktu senang mahupun susah.
Sudah tentunya perasaan sedih menyelubungi diri apabila hilang kucing tersayang…
Perkara sedih itu terjadi kepada pelakon dan penyanyi popular, Kilafairy apabila kucing kesayangan baka kacukan British Shorthair dan R. Blue itu hilang, baru-baru ini.
Menerusi hantaran Instagram, Kilafairy memaklumkan kucing berwarna kelabu yang berusia 10 tahun itu hilang sejak 27 Februari lalu di kawasan Subang Jaya.
Susulan daripada itu, pelakon filem popular Karak tersebut sanggup menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM2,000 kepada sesiapa yang terambil kucing peliharaannya yang bernama Koiivu atau Kovu selepas 15 hari haiwan itu tidak pulang ke pangkuannya.
Selain ganjaran, aktres jelita itu juga sanggup membelikan seekor kucing kelabu lain untuk mereka yang mengambil haiwan itu sebagai ganti kucing kesayangannya itu.
“Kepada yang mengambil anak saya, tolong pulangkan dia kembali. Kalau awak nak kucing berwarna kelabu, saya boleh belikan seekor untuk awak. Tapi tolong sangat-sangat, pulangkan kembali Kovu saya,” coretnya di ruangan kapsyen.
Pada masa sama, anak perempuan kepada pelakon veteran Rohana Jalil itu memohon para bantuan pengikutnya untuk menghubungi nombor yang dikongsikan sekiranya terjumpa mahupun ternampak kucing kelabu seperti Kovu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut turut menzahirkan rasa simpati dengan situasi menimpa pelakon itu, selain ada yang memberikan tip kepadanya untuk mendapatkan semula kucing peliharaannya itu.
“Semoga Allah permudahkan urusan pencarian. Cuba sembang-sembang dengan kucing luar sekitar sana juga minta tolong carikan… Bunyi macam gila tetapi menjadi. Saya banyak cuba cara ini dan tak pernah fail lagi. Dengan izin Allah,” komen seorang pengguna.
“Sedihnya… Masih tak jumpa-jumpa lagi.. Semoga Kovu selamat dan moga dapat jumpa dia balik.. InshaAllah,” komen juga pengguna lain.
“I feel u…kucing saya hilang tiga hari. Hari-hari berendam air mata… cari setiap hari… InshaAllah jumpa. Dont give up!,” komen pencinta kucing yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, laman web undian popular dunia hiburan Korea, KingChoice telah pun mencalonkan kategori Pelakon Lelaki Paling Kacak di Korea untuk dipilih oleh peminat mereka.
Selepas beberapa minggu undian dibuka, berikut adalah hasil undian yang diterima dan peminat telah pun memilih lelaki-lelaki dalam senarai ini sebagai 20 Pelakon Korea Paling Kacak.
Jom kita lihat siapa antara selebriti yang tersenarai.
Cuaca bahang di Malaysia kini terasa lebih panas dari biasanya. Jadi, di musim cuaca yang panas terik ini, pastinya tubuh anda merembeskan peluh yang...