Drama Lakonan Jisoo Blackpink Diminta Dibatalkan? Pejabat Presiden Juga Bersuara..

Share

 

Ahli kumpulan sensasi dari Korea Selatan, Blackpink baru saja ingin bertapak dalam dunia lakonan K-Drama.

Namun apakan daya, drama pertamanya berjudul Snowdrop yang juga dibintangi oleh Jung Hae In (A Piece of Your Mind, One Spring Night) telah terpalit dengan kontroversi lalu menerima tentangan daripada rakyat di sana.

ARTIKEL BERKAITAN : Jisoo Blackpink Bakal Pegang Watak Utama Dalam Drama Terbaru Snowdrop – REMAJA

Snowdrop terbitan JTBC mula menerima kritikan apabila jalan cerita drama itu dilihat mirip dengan kejadian bersejarah membabitkan sekumpulan pelajar yang kehilangan nyawa semasa melakukan protes pergerakan Demokratik Gwangju di Korea Selatan.

Malah, nama karakter Jisoo juga telah banyak kali ditukar kerana ia terlalu sama dengan nama aktivis sebenar Chun Young Cho yang pernah terlibat dalam protes demokrasi tersebut.

Snowdrop yang dijadualkan tayangannya pada bulan September ini terus dipalit negativiti apabila ramai tidak berpuas hati dengan plot yang menyebelangi ahli perisikan dari Korea Utara.

Hhm, banyak sangat kontroversi ni..

Seperti yang korang ketahui, dunia hiburan di Korea Selatan amat sensitif sekiranya sesebuah karya drama, filem ataupun lagu mendapat tentangan daripada mana-mana pihak.

Contoh paling terdekat berlaku ke atas drama bersiri SBS, Joseon Exorcist. Pada 26 Mac lalu, syarikat penyiaran telah memutuskan untuk membatalkan tayangan drama tersebut hanya selepas beberapa episod kerana menerima kritikan daripada masyarakat China.

ARTIKEL BERKAITAN : Sebanyak 127,000 Petisyen Ditandatangani, Gesa Drama Joseon Exorcist Hentikan Tayangan – REMAJA

BACA LAGI : Sah Tayangan Joseon Exorcist Dihentikan Serta-Merta, SBS Keluar Kenyataan Rasmi – REMAJA

Isu ini nampaknya tiba ke pengetahuan pejabat Presiden Korea Selatan apabila wakil daripada The Blue House mengeluarkan kenyataan.

“Syarikat penyiaran mendakwa kontroversi ini disebabkan sinopsis yang tidak lengkap dan sebahagiannya disebabkan pengenalan karakter pada peringkat awal. Lalu ini menyebabkan maklumat yang tidak lengkap. Ia bukanlah drama yang meremehkan pergerakan demokrasi atau menyebelahi ahli perisik. Ia juga masih dalam peringkat penggambaran.

“Dalam persetujuan undang-undang penyiaran, produksi kreatif bebas untuk berekspresi dalam berkarya. Namun ia perlu dilakukan dengan berhati-hati (untuk tidak mengakibatkan kontroversi). Kerajaan menghormati kebebasan yang akan digunakan dengan sensitif oleh pihak penerbit dan pencipta.”

Bagaimanapun, wakil Presiden juga memberi amaran bahawa pihak penerbitan akan bertanggung jawab sekiranya plot drama ini mengolah sejarah secara keterlaluan.

Sumber : (1)

BACA LAGI : 12 K-Drama Yang Bakal Bersiaran Mei Ini, Confirm Buat Korang ‘Melekat’ Depan TV – REMAJA

Published by
FZ