Dunia ratu cantik sememangnya tidak sunyi dari drama dan insiden yang melucukan. Kelmarin satu momen memalukan telah berlaku ketika pertandingan Mrs World Sri Lanka diadakan. Untuk pengetahuan anda pertandingan Mrs World merupakan pertandingan ala Miss World namun ia difokuskan kepada wanita sudah berkahwin berumur di antara 21 hingga 48 tahun.
Kelmarin satu insiden yang memalukan dan melucukan berlaku apabila Mrs World Sri Lanka 2019, Caroline Jurie yang merupakan pemenang pertandingan Mrs World pada tahun itu telah dengan sendirinya mengumumkan bahawa pemenang Mrs World Sri Lanka 2021 adalah tidak sah.
Ujarnya, “Saya ada satu permintaan dari Mrs World Inc, yang ada peraturan mengatakan anda harus kekal berkahwin dan tidak bercerai. Jadi saya dengan ini mengatakan mahkota itu jatuh kepada pemenang tempat kedua.”
Ads
Dia kemudiannya dengan tanpa segan silu mencabut mahkota dari pemenang Pushpika De Silva dan memberikan mahkota itu kepada pemenang tempat kedua. De Silva yang bingung dengan keadaan itu terus meninggalkan pentas setelah dimalukan di khalayak ramai.
Namun begitu fakta yang sebenar bukanlah begitu, De Silva sebenarnya masih lagi seorang isteri dan tidak bercerai walaupun sudah tinggal berasingan. Pihak Mrs World Sri Lanka memulangkan kembali mahkota tersebut kepada. Pihak Mrs World Sri Lanka juga mengeluarkan kenyataan media yang Tindakan Mrs World 2019 sangat memalukan.
Ads
De Silva telah melakukan laporan polis dan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Caroline Jurie yang disifatkan telah memalukan dan menyebabkan kecederaan saat mencabut mahkota tersebut dari kepalanya.
Ads
***P/S- Sebagai seorang Ratu Cantik, tidak seharusnya memalukan dan mengambil tindakan sendiri tanpa usul periksa. Jika benar dia melanggar syarat pertandingan perkara itu boleh dipertikaikan secara profesional. Such a shame.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika korang gemarkan gaya hidup minimalis, perkakasan air fryer merupakan ‘gajet’ dapur yang amat sesuai.
Air fryer adalah perkakas dapur yang fungsinya adalah menggoreng makanan tanpa minyak, menjadikan makanan kamu lebih sihat dan bebas minyak.
Tapi, hasil masakan itu akan akibatkan kesan makanan di permukaan Air Fryer tersebut. Dan katanya, nak cuci air fryer ini boleh tahan rumit juga.
Jadi, apa kata korang ikut teknik yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Huda Zainal ada berkongsi cara dan tip menyelesaikan problem korang ni. Menariknya teknik ini tidak merosakkan komponen elektrik di dalam air fryer tersebut.
Ini perkongsian beliau :
CARA CUCI AIR FRYER DENGAN MUDAH
Benda paling azab nak cuci dekat dapur, bonda rasa cuci air fryer. Especially lepas panggang ayam. Aduh dia punya melekat tu memang susah nak tanggal. Lepas tengok youtuber Melissa Maker deep clean oven dia. Terus tercetus idea nak cuba dekat air fryer ni.
Subhanallah, cuma dengan guna cuka. Seriously senang yang amat. Tak adalah istilah tangan sado nak menyental. Bonda guna cuka dan span cuci pinggan je dekat kerak-kerak wiring rack tu. Cepat je tertanggalnya. Nak tau cara, tengok gambar.
1. Lepas panggang ayam. Kerak kat wiring rack tu memanglah kuat melekat bertaut. Haih. Gaya dia melekat macam orang bercinta. Tak boleh dilepaskan.
2. Masukkan air 300 ml
3.Tambah cuka 3 sudu besar ye.
4. Set masa 200 celcius. Masa 15 minit. Sesudah habis tu biarkan air fryer sejuk.Bonda buat ni lepas berbuka. Masa sahur baru cuci.Guna span dan sabun cuci pinggan je. Senang tanggal.
5. Bersihkan. Dengan cuka je nak lembutkan kerak tu. Lepas ni bolehlah buat ayam panggang selalu.Selalu air fryer ni tak guna sebab bercinta nak cuci. Air fryer antara kitchen appliance yang pakai sekali kena cuci. Bukan cuci bila ada masa nak cuci ye anak-anak.
Mudah je kan sebenarnya nak hilangkan kekotoran yang melekat di Air Fryer ni.
So, lepas ni tak ada la kesan-kesan yang menjengkelkan tu lagi kan.hiks
Selamat Mencuba!
Sumber: Huda Zainal
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Al-Fatihah untuk arwah Mohd Shafuan Norazhar yang telah menghembuskan nafas terakhir di Wad Onkologi dan Radioterapi Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 8.45 malam tadi.
Kesengsaraan remaja berusia 19 tahun dan mengidap kanser tulang ini mendapat simpati ramai termasuk penyanyi Awi Rafael yang datang menziarahinya sebelum ini.
REMAJA pernah kongsikan kisahnya di mana sebelum kanser tulang dikesan, arwah Mohd Shafuan terlebih dahulu mengalami sakit belikat dan pergi berurut ke bebeberapa orang sebelum membuat pemeriksaan di hospital.
Bapanya Nor Azhar saat dihubungi REMAJA sebentar tadi, berkata, jenazah anaknya baru selesai dimandi dan dikafankan sementara menunggu untuk dikebumikan di Kampung Sungai Rotan, Titi, Jelebu Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, Nor Azhar berkongsi detik akhir anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“5 hari sebelum pemergiaannya, perlakuan Shafuan sudah nampak berbeza. Cakapnya pun sedikit berbeza. Tangannya menunjuk-nunjuk sesuatu. Senyum sendiri, bercakap sendiri. Seolah-olah arwah mahu mengalihkan rasa sakitnya dan mahu dirinya lebih diberikan perhatian oleh saya barangkali,” katanya ketika dihubungi.
Nor Azhar menjelaskan lagi, pagi sebelum janji Allah taala itu sampai ke atas setiap umatnya, Shafuan bagaikan mengerti itulah detik akhir dia boleh bergurau senda.
“Bila saya peluknya sambil menangis kerana melihat keuzurannya, Shafuan siap berkata, rileklah ayah. Saya dah ok la. Jangan menangis lagi. Dia siap buka oksigen yang dipakainya sambil kata. Tengok saya dah bebas. Perlakuannya seolah-olah mahu menunjuk yang dirinya sudah sihat dan saya tak perlu bimbang lagi. Tapi kemudian dia pakai semula oksigennya kerana arwah susah bernafas,” katanya mengakui redha dengan pemergian anaknya itu.
Bengkak pecah dan keluarkan darah banyak
Dalam pada itu, Nor Azhar menjelaskan pagi sebelum malam kejadian, bengkak di bahu anaknya pecah dan mengeluarkan darah yang banyak.
“Selepas dibersihkan, keadaannya nampak terlalu lemah dan dia banyak berehat saja. Malah doktor juga ada memaklumkan kepada saya untuk memanggil sanak saudara yang mahu melihatnya kerana keadaannya ketika itu agak uzur.
“Saya bawa isteri dari kampung dalam keadaan strok itu. Memang sedih hadapi saat-saat akhir hidupnya. Saya ajar anak mengucapkan. Bisikkan kalimah-kalimah Allah di telinganya. Arwah asyik terbaring lemah.Bila dikejutkan dia terjaga.
Sedihnya hadap saat akhir anak..
Kata Nor Azhar lagi, sekuat mana dirinya sebagai seorang lelaki tetapi bila diuji menghadap sendiri anak bakal meninggalkannya, kesedihan itu sukar dibendung.
“Saat akhir hayatnya, saya turun ke bawah kerana tak sanggup lihat detik itu. Kawan yang sama menjaganya di hospital tolong jagakan seketika. Tapi baru tiga minit saya turun, kawan telefon suruh naik cepat. Katanya Shafuan mahukan saya.
“Mungkin anak mahu saya lihat juga saat dia menghembus nafas terakhir. Saya duduk dekatnya, ajarkan mengucap lagi, bisikkkan kalimah Allah..Allah di telinganya dan kala itu, Shafuan hembuskan nafas terakhirnya.
“Allah, memang berat ujian ini.Kami sekeluarga sudah berusaha untuk mengubati kanser tulang dihadapinya tetapi Allah lebih sayangkannya.
“Terima kasih pada segala bantuan kewangan, doa-doa yang tidak pernah putus selain sokongan. Saya redha dengan semua ini,”katanya yang sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua insan yang berkongsi kenangan bersama arwah anaknya itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap daripada kita pastinya melalui zaman persekolahan ketika di bulan Ramadan. Teringat kembali sewaktu di sekolah rendah, apabila tiba waktu rehat murid-murid yang berpuasa akan ke dewan untuk masuk ke kelas mengaji yang dianjurkan pihak sekolah. Tetapi bagi yang tidak berpuasa, mereka boleh sahaja ke kantin untuk menikmati makanan.
Namun, baru-baru ini tular di media sosial berkaitan sebuah mesej WhatsApp yang diterima apabila pihak sekolah menjelaskan kantin tidak dibuka sepanjang Ramadan bagi melatih murid-muridagar berpuasa dan juga menghormati orang yang berpuasa.
Ibu bapa juga diingatkan untuk memberi anak-anak sarapan di rumah terlebih dahulu sebelum ke sekolah jika tidak berpuasa. Malah, bekalan air minuman juga tidak dibenarkan dibawa ke sekolah secara terang-terangan.
Hal ini telah mendapat perhatian orang ramai dan Harith Iskander juga turut berkongsi di laman instagramnya. Hantaran itu mendapat reaksi ramai yang dilihat tidak bersetuju dengan tindakan itu
Diharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan jangan pula ada yang memudaratkan pelajar-pelajar lain.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...