Drama Ratu Cantik ‘Isteri Orang’. Mahkota Dirampas Atas Pentas Oleh Pemenang Tahun Lalu

Share

Dunia ratu cantik sememangnya tidak sunyi dari drama dan insiden yang melucukan. Kelmarin satu momen memalukan telah berlaku ketika pertandingan Mrs World Sri Lanka diadakan. Untuk pengetahuan anda pertandingan Mrs World merupakan pertandingan ala Miss World namun ia difokuskan kepada wanita sudah berkahwin berumur di antara 21 hingga 48 tahun.

Kelmarin satu insiden yang memalukan dan melucukan berlaku apabila Mrs World Sri Lanka 2019, Caroline Jurie yang merupakan pemenang pertandingan Mrs World pada tahun itu telah dengan sendirinya mengumumkan bahawa pemenang Mrs World Sri Lanka 2021 adalah tidak sah.

Saat mahkota belum ‘dirampas’. Sumber gambar: Facebook Mrs World Sri Lanka

Ujarnya, “Saya ada satu permintaan dari Mrs World Inc, yang ada peraturan mengatakan anda harus kekal berkahwin dan tidak bercerai. Jadi saya dengan ini mengatakan mahkota itu jatuh kepada pemenang tempat kedua.”

Dia kemudiannya dengan tanpa segan silu mencabut mahkota dari pemenang Pushpika De Silva dan memberikan mahkota itu kepada pemenang tempat kedua. De Silva yang bingung dengan keadaan itu terus meninggalkan pentas setelah dimalukan di khalayak ramai.

Saat selepas dimahkotaan semula bersama anaknya. Sumber gambar: Facebook Mrs World Sri Lanka

Namun begitu fakta yang sebenar bukanlah begitu, De Silva sebenarnya masih lagi seorang isteri dan tidak bercerai walaupun sudah tinggal berasingan. Pihak Mrs World Sri Lanka memulangkan kembali mahkota tersebut kepada. Pihak Mrs World Sri Lanka juga mengeluarkan kenyataan media yang Tindakan Mrs World 2019 sangat memalukan.

De Silva telah melakukan laporan polis dan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Caroline Jurie yang disifatkan telah memalukan dan menyebabkan kecederaan saat mencabut mahkota tersebut dari kepalanya.

***P/S- Sebagai seorang Ratu Cantik, tidak seharusnya memalukan dan mengambil tindakan sendiri tanpa usul periksa. Jika benar dia melanggar syarat pertandingan perkara itu boleh dipertikaikan secara profesional. Such a shame.

 

Published by
Fiezreen