Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu? Rozaidi Abd Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi berkongsi kisahnya sewaktu mula-mula menyertai Hero Remaja suatu ketika dahulu.
Sebelum menyertai program Hero Remaja, Zed Zaidi adalah seorang pekerja bank dan semua yang berlaku tidak dijangka kerana dia tidak tahu apa-apa tentang pencarian Hero Remaja yang sedang dijalankan pada ketika itu.
“Semuanya bermula apabila sepupu saya saja-saja menghantar borang penyertaan kepada Majalah Remaja bagi pihak saya. Niatnya yang ingin bergurau akhirnya menjadi satu titik permulaan untuk membuka peluang buat saya menceburkan diri dalam bidang seni,”
“Bermula dengan menjadi orang pertama yang muncul sebagai wajah penghias kulit, saya juga merupakan orang pertama yang menjawab soalah daripada pihak Remaja. Sering menjadi antara yang pertama, tak sangka pula di hari final pencarian Hero Remaja saya dinobatkan sebagai tempat pertama dalam pertandingan tersebut,” kongsi Zed Zaidi.
Ads
Kenangan sewaktu dalam pencarian Hero Remaja 2000/2001
Bercerita tentang kehidupannya selepas memenangi gelaran Hero Remaja 2000/2001, Zed Zaidi berkongsi kisah perjalanan seninya dalam bidang modeling dan lakonan.
“Selepas sahaja memenangi Hero Remaja kira-kira 20 tahun yang lalu, saya diterima menjadi hos dalam sebuah rancangan yang disiarkan di Astro Ria, iaitu Lasak. Namun, minat saya lebih kepada bidang lakonan dan daripada rancangan itu mungkin bakat saya telah dilihat sehinggalah saya mendapat tawaran daripada Dato’ Yusof Haslam,”
Ads
“Drama Sembilu merupakan batu loncatan buat saya kerana pada ketika itu sambutan yang diterima sangat luar biasa. Saya pun terkejut dengan penerimaan peminat selepas melihat kemunculan saya dalam Sembilu, hasil lakonan bersama Hetty Sarlene,”
Ads
“Ia merupakan antara pengalaman paling manis sepanjang saya bergiat dalam bidang seni ini. Dapat bekerjasama dengan seorang pengarah hebat seperti Dato’ Yusof Haslam merupakan impian bagi setiap pelakon pada waktu itu. Walaupun Dato’ seorang yang garang ketika di set penggambaran, namun dia tidak pernah lokek berkongsi ilmu dengan kami,” jelasnya lagi.
**
Jangan lupa saksikan finale Hero Remaja 2020 yang bakal bersiaran di Astro Ria dan Ria HD pada 16 Julai 2020, jam 9 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gempar apabila Pelakon Ashraf Sinclair yang juga pemenang tempat ke tiga pertandingan Hero Remaja edisi 1997 dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung, sekitar jam 4.00 pagi tadi.
Kematian suami kepada kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari itu dilaporkan oleh media Indonesia, Kompas.com. sebentar tadi.
Menurut Kompas.com. kematian pelakon berusia 40 tahun itu disahkan oleh pengurus Bunga Citra Lestari, Doddy menerusi pesanan aplikasi WhatsApp kepada portal berita itu.
“Ia (benar meninggal dunia),” jawapan yang diberikan Doddy kepada portal berkenaan.
Sementara itu, mari kita imbas kembali trivia Ashraf Sinclair.
Dilahirkan pada 8 September 1979 di Croydon, England , Ashraf Daniel Mohamad Sinclair merupakan kacukan Inggeris dan Melayu.
Memulakan karier menerusi platform Hero Remaja 1997 anjuran Majalah Remaja dengan kedudukan tangga ketiga di belakang juara, Wan Shahlim & Ash Yuslee. Ini antara Memori bersama Ashraf Sinclair dan Finalis di Malam Finale Hero Remaja 1997.
Ashraf Sinclair juga seorang pelakon, model dan pengacara televisyen Malaysia. Antara lakonan yang memberi impak besar kepada beliau ialah dalam filem Gol & Gincu menerusi watak Eddy.
Selain Gol & Gincu the Series, Ashraf juga berlakon sebagai Burn dalam siri Realiti. Pada bulan Ogos 2006 beliau mengacarakan Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZA di Putrajaya.
Kini Ashraf mencipta nama sebagai pelakon Indonesia dalam sebuah drama yang berjudul Cinta dan Anugerah. Drama yang paling mendapat sambutan di Indonesia dengan Nabila Syakieb sebagai heroinnya, Kini Ashraf bukan sahaja menjadi menempah nama sebagai artis Malaysia, tetapi sebagai artis Indonesia juga.
Ashraf pernah diundi sebagai “Bachelor with the Coolest Character” (Lelaki Bujang yang Paling Tenang Perwatakannya) dalam pertandingan Cleo’s 50 Most Eligible Bachelors.
Beliau menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya iaitu penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari pada November 2008 di Jakarta.Dikurniakan anak lelaki bernama Noah dilahirkan pada 2010.
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan juara Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin telahpun bergelar suami kepada gadis pilihan, Nur Fatin Alissa Azam pada 24 Jun 2023.
Berlangsung dalam sebuah majlis akad nikah di Hulu Langat sekitar tengah hari tadi, Alif atau nama sebenarnya, Alif Muhaimin Abdul Rahman telah dinikahkan kepada Fatin Alissan oleh bapa pengantin perempuan, Azam Abdullah sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam, Kariah Masjid Al-Ehsan, Sungai Serai, Hulu Langat, Ahmad Khaliq Ahmad Rasid.
Tampil dalam persalinan serba klasik songket berona biru laut, Alif, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM15,000 dan sebentuk cincin. Turut diserahkan oleh pelakon Sentuhan Najwa itu adalah lima dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.
Biarpun majlis berlangsung di bawah cuaca panas terik di lokasi ‘outdoor’ sehingga memaksa kira-kira 200 tetamu yang duduk berdekatan beralih ke kawasan yang lebih redup, ia sama sekali tidak menghalang kegembiraan yang dirasai oleh merpati sejoli itu yang tersenyum riang.
Turut kelihatan ialah rakan finalis Hero Remaja 2017, pelakon dan pempengaruh, Safwan Nazri yang menyandang tugas sebagai pengapit pengantin lelaki.
Alif dan Fatin Alissa dijadualkan bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi di lokasi sama pada malam ini. Terdahulu, Aliff dan Fatin Alissa telah mengikat tali pertunangan pada tanggal 22 Oktober 2022.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi peminat finalis Top 5 Hero Remaja 2020 iaitu Nadhir Nasar, pastinya korang dah tahu akan kelebihannya dalam bidang lakonan dan pengacaraan berdasarkan episod yang pernah ditayangkan dahulu.
Namun, tak ramai yang tahu akan bakatnya sebagai seorang pengarah! Haa, Nadhir dah bergelar pengarah, Lucky Fighters.
Menerusi arahan debut-nya ini, dia perlahan-lahan mengorak langkah untuk mencapai salah satu impiannya ini.
“Team produksi yang saya sertai ini dianggotai oleh member saya sendiri daripada zaman belajar di UiTM Shah Alam dahulu. Kami masih rapat dan keep in touch, masing-masing telah mempunyai pengalaman berbeza daripada tempat kerja serta program internship.
“Jadi kami gunakan pengalaman tersebut untuk melakukan projek shooting secara kecil-kecilan untuk klien kami,” kata Nadhir yang teruja apabila menerima panggilan daripada Suria Records (SRC) yang pernah menaikkan nama-nama besar penyanyi di Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Projek terbaru bersama SRC ini melibatkan penyanyi BBNU, Amad Fadlin menerusi single Tetap Setia. Menerusi lagu tersebut, Nadhir berdepan sedikit cabaran apabila konsep video ini tidak mahu menggunakan pelakon ataupun elemen drama seperti yang biasa kita tonton pada muzik video yang lain.
“Sebagai pengarah, saya hanya boleh bermain pada mood di lokasi penggambaran, props, dan emosi penyanyi. Oleh sebab itulah, saya kaitkan props seperti kereta usang dengan lirik lagu.
Saat kau melukakan
Namun ku tetap setiap
Mencintaimu tanpa kata
Begitu berat ku fahami
Kamu
“Berpandukan lirik Tetap Setia, ia menceritakan lelaki yang setia menunggu pasangannya walaupun mungkin perempuan itu berdepan dengan kepayahan ataupun tidak mahu pun untuk bersama dengan lelaki itu. Nak kata fake hope dalam percintaan tu (ketawa) tak adalah. Lebih kepada konsep strong couple dan saya ingin capture emosi pada lirik dan penyanyi.
“Dah lama sebenarnya saya terjumpa lokasi dengan prop kereta usang ini. Proses shooting, editing dan muat naik juga berjalan pantas. Video muzik ini telahpun dimuat naik 6 hari lalu di YouTube SRC,” tambahnya.
Jom tonton sikit video arahan Nadhir ini.
Persediaan Finale & Tekanan Untuk Menang?
Melihatkan kepada barisan Top 5 Hero Remaja 2020, sukar sebenarnya untuk kami mengagak siapakah yang akan membawa pulang gelaran juara itu.
Lain orang, lain pandangannya mengenai siapa yang paling layak. Sebagai peserta akhir, adakah Nadhir Nasar merasakan tekanan daripada peminat terutamanya untuk menang?
“Pada awalnya apabila menyertai ujibakat Hero Remaja 2020, tipulah kalau saya katakan saya tidak mahu menang. Namun setelah bersama dengan pihak produksi melakukan cabaran, terlibat dalam pelbagai jenis aktiviti & penggambaran, duduk sebumbung pula dengan 11 lagi orang finalis lain, pandangan saya terhadap pencarian itu telah berubah.
“It is no longer just a search or a competition, ia lebih daripada itu. Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya setelah sampai ke peringkat finale ini. Cuma apa yang saya pasti adalah it is no longer just about winning.
“Sesiapa saja di antara kami berlima boleh memenangi gelaran Hero Remaja 2020. Dan jika salah seorang daripada rakan saya ini berjaya, tentunya saya akan gembira bagi pihaknya.
“Buat masa ini, kami berlima sedang cuba untuk bersiap sedia dengan cermat sebelum malam finale, 16 Julai ini,” kata Nadhir yang mengakui jadual persediaan finale Hero Remaja pada kali ini cukup padat namun gembira dengan peluang yang diberikan.
5 orang finalis akhir Hero Remaja 2020 terdiri daripada Jabir Meftah, Nadhir Nasar, Meerqeen, Haziq Nazimuddin dan Umar Hisham.
Bercakap mengenai misi Nadhir selepas ini, tentunya ramai yang mengharapkan dirinya bakal bergelar seorang pelakon seperti yang pernah dikecapi oleh barisan alumni pencarian Hero Remaja. Dia tidak menidakkan inginkan peluang tersebut.
Namun bagi Nadhir, misi utamanya lebih daripada itu sementelah dia berjaya mengarahkan video muzik pertamanya. Malah, Nadhir sempat berkongsi mengenai satu projek video yang sedang dirancang olehnya.
“Saya tidak boleh lagi memberitahu segala details mengenai projek ini kerana ia belum finalized lagi. Cuma, saya sedang merancang satu bentuk video epik yang menggabungkan kami 12 orang. Saya seboleh mungkin ingin menonjolkan sisi karakter setiap finalis kerana ada di antara kami yang tak berpeluang untuk all out dan menyerlah menerusi program 8 episod disebabkan kekangan waktu airtime di televisyen. Jadi saya berharap agar projek ini akan berjaya dilaksanakan tak lama lagi,” kongsinya lagi.
TAK SABAR untuk kami nantikan buah tangan terbaru Nadhir tersebut! Adakah ia akan menyamai mood video muzik Tetap Setia ini?
Korang masih boleh mengundi Nadhir sebagai Hero Confident NIVEA Men sehingga malam finale pada 16 Julai 2020.
Insiden kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights Puchong pada hari ini tidak dianggap sekadar isu tempatan semata-mata tetapi...