Astro kembali dengan siri premium terbaharunya, ‘Project; Exit’, yang bakal ditayangkan pada 1 November 2024, jam 9 malam di Astro Premier dan Astro Citra.
Siri terbitan Astro Shaw bersama Telltale Studios Sdn Bhd, mengisahkan perjalanan empat remaja yang merancang untuk melarikan diri dari pusat pemulihan akhlak.
ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel Sanggup Korbankan Rambut Demi Project: Exit
‘Project; Exit’ mengangkat isu sensitif mengenai remaja di pusat pemulihan akhlak, khususnya berkaitan dengan kesihatan mental yang semakin membimbangkan di Malaysia.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2023, 1 daripada 4 remaja Malaysia bergelut dengan kemurungan, dan 1 daripada 10 pernah mengalami percubaan bunuh diri, dengan majoriti adalah remaja perempuan.
ARTIKEL BERKAITAN: Impak Bawa Watak ‘Ayam’, Naim Daniel Bangga Turut Terlibat Dalam Projek: High Council
Selain itu, siri ini juga merupakan sebahagian daripada ‘Project Universe’ dan memaparkan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh watak-wataknya, yang tetap berpegang kepada harapan meskipun berhadapan dengan trauma.
Idea asal siri ini dicetuskan oleh Zulaikha Zakaria, yang juga merupakan showrunner dan pengarah, meneruskan legasi kejayaan siri-siri sebelum ini seperti ‘Projek: Anchor SPM’ dan ‘Projek: High Council’.
Siri penuh saspens ini dibintangi oleh Shasha Abedul (Jannah), Mierul Aiman (Hadi), Naim Daniel (Ucop), Kimberly Chuah (Amy), Nabila Huda (Ibu Zan), Tengku Nur Kamalia (Izzah), Farah Ahmad (Salina) dan ramai lagi.
Dalam pada itu, Astro turut melaksanakan inisiatif promosi menggunakan teknologi AI, di mana barisan pelakon utama akan mengambil alih platform media sosial rasmi Astro Gempak untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada pengguna. Penonton juga boleh melayari www.gempak.com/project untuk maklumat lanjut tentang siri ini dan bantuan berkaitan kesihatan mental.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.