Drama Tentang Dunia Perniagaan, Ini 5 Tip Buat Usahawan Muda Dalam ‘Start-Up’

Share

Berniaga bukanlah perkara yang boleh siap dengan hanya memetik jari. Kita sendiri tahu, agak ramai juga yang kecundang pada permulaan untuk bergelar orang bisnes. Untung rugi dalam kehidupan seorang usahawan atau peniaga memerlukan ketahanan mental yang kuat. ‘Alah bisa, tegal biasa’.

Dan pada tahun ini Bae Suzy dan Nam Joo Hyuk kembali dengan watak baru dan jalan cerita yang cukup menarik untuk ditonton pada bulan ini.

Dalam drama ‘Start-Up’ ini, Suzy dan Nam Joo Hyuk menunjukan bakat masing-masing dengan cuba membangunkan syarikat sendiri step by step, sehingga menjadi usahawan yang berjaya dalam dunia perniagaan dan kehidupan peribadi.

Ia menjadi inspirasi buat kita untuk capai kejayaan. Tapi pasti ada sesetengah orang berkata, itu filem/drama yang boleh direka-reka, tak sama dengan dunia realiti sebenar.

Untuk berjaya, berusahalah sehabis terbaik untuk mencapai cita-cita dan impian. Lets!

1. Realiti usahawan muda

Ramai yang bercita-cita untuk mempunyai syarikat sendiri. Akan tetapi, tidak ramai yang sanggup untuk mengharungi susah senang dan pasang surut kehidupan sebagai seorang usahawan. Walaupun drama ini merupakan drama cinta, ia juga menunjukkan gambaran realiti seorang CEO sebuah start-up.

2. Kepentingan memilih CEO yang tepat

Memulakan bisnes itu mudah. Anda hanya perlu ada modal dan idea untuk memulakannya. Akan tetapi, pemilihan jawatan penting seperti seorang CEO harus dititik beratkan kerana tidak semua orang boleh untuk menjadinya.

Seorang CEO haruslah dipilih berdasarkan kebolehan mereka untuk berfikir jauh, pandai melihat trend semasa, dan tegas dalam membuat keputusan kerana kejayaan sesebuah bisnes tersebut bergantung kepada mereka.

3. Punya strategi yang jelas

Spoiler alert buat mereka yang belum menonton drama ini! Drama start-up menunjukkan beberapa kegagalan Samsan Tech Group kerana mereka tidak mempunyai strategi yang jelas.

Oleh disebabkan itu, sukar bagi mereka untuk menjawab soalan pelabur. Bukan itu sahaja, sebelum Samsan Tech Group berjaya masuki Sand Box, syarikat tersebut tidak berjaya meraih keuntungan kerana tiada ‘business plan’.

4. Pentingnya Ada Mentor

Penting buat sesebuah syarikat start-up untuk mempunyai seorang mentor. Dalam drama ini, Han Ji-pyeong merupakan seorang pelabur yang berjaya dan wataknya banyak membantu untuk membimbing Do-san dalam dunia bisnes.

Ini menunjukkan kepentingan seorang mentor yang faham akan dunia yang baru korang ceburi. Selain itu, mereka haruslah merupakan orang yang anda boleh percayai dan memberikan pandangan jujur seperti Ji-pyeong.

5. Kepentingan memilih team yang betul

Sebuah syarikat start-up memang sering mengalami masalah untuk berdiri teguh. Oleh itu, adalah penting untuk memilih rakan sekerja anda pada fasa awal ini. Begitu mudah untuk merasa bersemangat untuk memulakan sesuatu tetapi sebagai sebuh syarikat yang baru sahaja memulakan langkah, kecekalan dan kerjasama adalah lebih penting. Nilai ini jelas ditunjukkan dalam drama tersebut.

Ambil contoh dalam watak-watak dalam drama ini sebagai cabaran untuk korang yang ingin menjadikan dunia perniagaan satu titik kejayaan. Paling penting tak pernah putus asa dan tak cepat sentap dalam meniaga! So cepat tonton drama ni🙂

Published by
Nana