Drama VIP menceritakan mengenai sekumpulan pekerja di department store yang dikunjungi oleh golongan VIP. Ada di kalangan mereka yang walaupun berjaya dalam karier namun terpaksa berdepan dengan rumah tangga yang dalam kehancuran.
Di situlah watak Jang Nara berkembang. Sebagai timbalan ketua untuk bahagian VIP (dan hanya suri rumah biasa) dia terpaksa melayan klien yang banyak ragam.
Menurut rating, drama VIP disukai oleh para penonton apabila ia mengatasi beberapa rancangan di saluran lain pada slot masa sama.
Namun apa pula pendapat Jang Nara sendiri? Adakah dia merasakan drama VIP ini sebagai antara drama lakonannya yang terbaik?
“Na Jung Sun ialah karakter yang lain daripada lakonan saya sebelum ini. Dia telah lama berkahwin namun saya belum lagi. Jadi saya banyak bercakap dengan kawan-kawan yang telah berkahwin untuk betul-betul mendalami karakter.
“Lee Sang Yoon yang membawakan watak suami saya dalam drama ini juga memudahkan kami mendapat chemistry,” katanya menerusi temuramah eksklusif bersama media di Malaysia.
Menurut Jang Nara lagi, dia tidak boleh memberikan spoiler.
Tetapi menerusi 2 episod awal ini, penonton dapat melihat kehidupan sebenar dunia VIP, mengenai rahsia yang mereka simpan dan lindungi daripada pengetahuan umum.
Kami bertanyakan juga, siapakah VIP dalam hidup Jang Nara sendiri?
“Keluarga, saya akan lakukan apa saja yang boleh untuk mereka.”
Sweet kan!
Bagi peminat Jang Nara di Malaysia, dia berharap agar dapat bertemu dengan kita semua jika mempunyai peluang. Sementara itu, jom tonton drama VIP! Seriously, kami juga menyukainya kerana ia membuatkan penonton tak senang duduk.
Jangan lupa untuk menonton drama VIP di ONE HD (saluran Astro 393).
Bagi yang belum menonton, ini dia klip trailer drama VIP.