Dramanya! Miss Mexico Dipanggil “Hodoh & Terpaksa Bedah Hidung” Oleh..

Share

 

Pertandingan ratu cantik selalu dikaitkan dengan drama di kalangan peserta.

 

Sebenarnya, drama di antara peserta dan penganjur juga tidak kurang hebatnya. Terbaru, Miss Mexico 2019 iaitu Sofia Aragon terpaksa berdepan Pengarah Miss Mexico, Lupita Jones dalam ‘perang media sosial’.

Sumber: Instagram Sofia Aragon

Sofia Aragon merupakan pemenang tempat ketiga Miss Universe 2019 di samping juaranya, Zozibini Tunzi dari Afrika Selatang dan naib juara, Madison Anderson dari Puerto Rico.

Setelah Mexico ‘kempunan’ daripada kedudukan Top 5 di Miss Universe sejak tahun 2010, Sofia berjaya menempatkan semula negara latin tersebut di antara yang terbaik.

Sofia bersama Miss Universe 2019, Zozibini Tunzi. Sumber: Instagram Sofia Aragon

Kontroversi ini tercetus apabila Sofia mengumumkan menerusi Instagram bahawa dia tidak akan menghadiri acara finale Miss Mexico 2020 yang akan berlangsung pada 29 November ini.

Kebiasaannya, seorang pemenang ratu cantik akan menyerahkan tiara dan melakukan ‘last walk’ sambil memberi kata-kata terakhir kepada seluruh negaranya.

Tetapi tidak Sofia Aragon.

Alasan yang diberikan Sofia adalah dia tidak diberikan bantuan sepanjang bergelar Miss Mexico daripada Miss Universe Mexico Organization. Dia terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membayar keperluannya semasa bertanding di Miss Universe 2019.

Tindakan Sofia Aragon yang enggan menghadiri finale Miss Mexico 2020 itu telah teruk dikecam oleh Pengarah Miss Mexico, Lupita Jones secara terbuka di Live Instagram.

Lupita Jones, Miss Universe 1991. Sumber: Facebook Miss Universe

Lupita yang juga merupakan Miss Universe pertama dari Mexico pada edisi 1991 melontarkan kata-kata kecaman kepada Sofia termasuklah memanggilnya ‘hodoh’.

“Sofia datang ke pejabat saya dalam keadaan serabut, tidak mandi dan sedang berdepan depresi. Dia telah lama hidup dalam depresi dan merasakan dirinya tidak signifikan. Dia seorang perempuan yang menipulatif, tidak mesra dan berkira.

“Apa yang dia katakan sekarang (enggan terlibat pada finale Miss Mexico 2020) adalah cara terakhirnya untuk mendapatkan perhatian dan sokongan menerusi platform saya (Miss Universe Mexico), tapi saya tidak akan membenarkannya.

“Saya tahu latar belakang setiap ratu cantik, saya tahu siapakah yang mengambil dadah, siapa yang mengambil arak, siapa yang bergelar pel***r..

“Setelah tahu siapakah Sofia Aragon yang sebenar, saya berhenti untuk follow-nya di media sosial. Ramai bertanya mengapa saya block dia. Ia kerana saya tahu jenis manusia bagaimanakah Sofia Aragon ini. Saya tidak perlu ‘follow’ seseorang yang fake, suka mengkritik, bertalam dua muka dan tidak bersyukur.

“Sebagai peserta (pertandingan ratu cantik, sofia adalah seorang yang hodoh. Saya laburkan duit untuk dia mendapat pembedahan hidung, betulkan giginya dan melakukan pembedahan liposuction,” katanya panjang lebar di hadapan finalis Miss Universe Mexico 2020.

Fuhh..

Well, dalam mana-mana pertandingan pasti ada masalah, normal lah tu. Waima di kawasan kerja atau di dalam kelas kita pun, kadangkala ada masalah yang tercetus. Inikan lagi dalam persekitaran pertandingan ratu cantik yang melibatkan ramai wanita jelita.

NAMUN, untuk seorang yang lebih berpengalaman seperti Lupita Jones memanggil bekas pemenangnya “hodoh” dan mencercanya secara terbuka seperti ini, ia adalah sesuatu yang memalukan.

Bukankah pertandingan seperti Miss Universe bertujuan untuk memperkasakan wanita di seluruh dunia? Tidak kiralah jika Lupita mahupun Sofia tidak bersetuju dengan kenyataan masing-masing, seharusnya mereka mencari jalan penyelesaian yang lebih matang. Bukan semua perkara perlu diselesaikan di media sosial.

REMAJA berharap agar situasi pertandingan ratu cantik di Malaysia tidak akan berdepan dengan isu seperti ini.

 

Published by
FZ