“Dreams Do Come True” -Naomi Campbell Berjaya Pukau Warganet, Tampil Peragakan Rekaan Rizman Ruzaini Di Dubai Fashion Week

Share

Kemunculan model antarabangsa Naomi Campbell menerusi pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini di Dubai Fashion Week berjaya mencuri tumpuan warganet dan para pengunjung yang hadir.

Menerusi acara gilang gemilang itu, jenama fesyen tersohor itu dilihat berjaya membawa beberapa orang selebriti untuk memperagakan baju mereka di pentas peragaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebaris Dengan Pereka Antarabangsa, Rizman Ruzaini Bakal Sertai Dubai Fashion Week Oktober Ini

Bertemakan ‘Spring Summer 2024’, Rizman Ruzaini turut membuat kejutan apabila menampilkan supermodel terhebat dunia, Naomi Campbell di acara berprestij tersebut.

Ujar Rizman Ruzaini, penampilan Naomi seolah mimpi menjadi kenyataan buat diri mereka berdua.

Dreams Do Come True,” coretnya di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa bangga melihat kejayaan yang dikecapi pereka fesyen tempatan berkenaan.

Ia kerana, bukan sahaja berjaya bawa nama Malaysia ke mata dunia, Rizman Ruzaini juga mampu bekerjasama dengan Naomi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Rizman Ruzaini

Published by
Fath