‘Dresscode’ Anwar Ibrahim Jadi Tumpuan, Pemuda Twitter ‘Kupas’ Penampilannya Tanpa Tali Leher

Share

Sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10, setiap pergerakan dan apa yang digayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa menjadi perhatian. Telefon pintar, jam tangan, capal serta corak pemakaian Anwar yang dilihat lebih selesa untuk tidak mengenakan tali leher turut menjadi bualan warganet.

Paling ketara sekali, sewaktu Menteri Kewangan itu tampil dengan gaya santai berbaju Melayu bersama capalnya pada hari beliau melaporkan diri di Perdana Putra, pada 25 November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong Jangan Lakukan Sedemikian” PM Enggan Pengguna Twitter Gelarnya ‘Papa’

Pembaca REMAJA juga boleh saksikan semalam, barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinannya terus menampilkan kelainan apabila rata-rata daripada menterinya memilih untuk tidak mengenakan tali leher ketika menghadiri mesyuarat di Perdana Putra. Imej ditampilkan barisan menteri itu disifatkan seakan menterjemah penampilan ketua kerajaan yang dilihat lebih selesa menggenakan ‘suit’ tanpa memakai tali leher.

Menerusi lama Twitter, seorang pemuda dikenali sebagai Nik Amirul Faiz telah ‘mengupas’ satu kajian tentang individu tidak memakai tali leher walaupun mengenakan sut lengkap.

Menurut pengguna itu, pemakaian tali leher ini mempunyai banyak makna mengikut budaya masing-masing. Menariknya, tali leher dikatakan adalah simbol kepada ‘penyerahan dan penghambaan terhadap masyarakat elit yang korup’.

Oleh itu, berkemungkinan besar penampilan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang tidak memakai tali leher secara berterusan memberi makna yang beliau tidak akan menyerah atau menghambakan diri kepada golongan korup.

Bagaimanapun, pengguna itu turut menjelaskan beliau tidaklah secara terus-terusan tidak memakai tali leher. Jika kita dapat lihat, sewaktu mengadap YDPA Agong, beliau mengenakan tali leher dan ia mungkin menyatakan bahawa rasa taat dan patuh beliau terhadap titah baginda.

Oleh kerana itu, Nik Amirul juga merasakan mesej yang disampaikan oleh Anwar itu sangat bernilai kepada rakyat dan sangat wajar ia ditunjukkan oleh ketua organisasi yang dipimpin.

Namum begitu, pengguna tersebut menjelaskan yang ulasan tersebut hanyalah firasatnya sahaja dan mungkin Datuk Seri Anwar tidak bermaksud sedemikian. Dia juga mengatakan tidak salah rasanya sebagai rakyat menghargai gaya pemimpin sebagai salah satu peringatan untuk di masa akan datang.

Coretan akhirnya, dia sempat menitipkan harapan agar Perdana Menteri ke-10 ini dapat memulihkan negara kembali selain berharap kebenaran sentiasa ada bersamanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Twitter Nik Amirul Faiz& Datuk Seri Anwar Ibrahim

Published by
Fath