Drone kini bukan hanya diguna pakai oleh jurufoto dan juruvideo profesional saja. Malah banyak produk drone komersil yang boleh korang beli walaupun tidak pernah mengendalikannya sebelum ini.
*
Terbaru, DJI menerusi pembekalnya di Malaysia iaitu VSTECS memperkenalkan Mavic Mini – drone
paling ringan, terkecil dan boleh lipat pertama seumpamanya.Ramai sebenarnya ternanti-nantikan kemunculan Mavic Mini selama ini kerana faktor saiznya itu. Ini kerana ia lebih mesra pengguna, mudah dikendalikan dan boleh terus disambungkan dengan apps telefon (Android & iOS).
Mavic Mini hanya sebesar 140 x 82 x 57mm apabila dilipat (umpama sebesar tapak tangan) dan 245 x 290 x 55mm apabila dibuka.
Disebabkan saiznya itu, Mavic Mini hanya bekalkan kamera beresolusi 2.7K berbanding kamera 4K seperti drone Mavic Air dan Mavic Pro sebelum ini.
Tetapi jangan risau, ia juga mempunyai kelebihan.
Contohnya, ia didatangkan dengan bateri 2600mAh, yang bermaksud korang boleh menerbangkan drone ini sehingga 30 minit. Itu adalah 2 kali ganda lebih lama berbanding drone DJI Spark.
*
Menarik kan! Bukan je comel tetapi berkuasa.
Bagi korang yang berminat untuk melihat Mavic Mini dengan lebih dekat di stor, ia akan mula dijual pada pertengahan bulan November ini pada harga RM1,599.
Itu termasuklah remote controller,
1 bateri, kipas ekstra, kabel dan alatan.Jika korang inginkan kipas bersangkar 360, hub mengecas 2 hala, 2 bateri lebihan dan 3 set kipas ekstra, korang boleh memilih pakej kombo berharga RM1,999.
Nak tengok hebat ke tak, jom tonton klip di bawah: