Sebagaimana kita tahu, konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19 telahpun berlangsung dengan penuh kemeriahan dan jayanya di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Jumaat dan Sabtu lepas.
Malah, konsert Dewa 19 di Kuala Lumpur kali ini juga meninggalkan seribu kemanisan di memori setiap peminat mereka di Malaysia!
Konsert itu boleh dikatakan serba serbi sempurna dan berjaya memberi impak luar biasa kepada yang menonton, baik dari segi vokal lima penyanyi iaitu Ahmad Dhani, Virzha, Ello, Ari Lasso dan Once Mekel, hinggalah aspek pementasan, penataan cahaya dan susunan lagu, memang kelas pertama!
Namun begitu, tular di media sosial terutamanya laman TikTok apabila seorang drummer yang dikenali sebagai Tyo Nugros ternyata hangat diperkatakan disebabkan rata-ratanya terpikat dengan kekacakannya.
Difahamkan lelaki ini sudah berusia 52 tahun, drummer ini hangat diperkatakan oleh warganet selepas tidak hanya satu malah terdapat lebih dari dua video yang memaparkan kelakuannya ketika di konsert Anniversary Tours 30 Years Of Dewa 19.
Manakala, terdapat satu momen dimana Tyo Nugros memandang ke arah skrin besar menyebabkan semakin tidak keruan peminat melihatkan kekacakannya sehingga di media sosial sejak akhir-akhir ini dihujani dengan video-videonya pula.
Perkongsian video-video itu bagaimanapun tidak sekadar diberikan ribuan tanda suka malah juga ditinggalkan ratusan reaksi yang mana wajah awet muda Tyo Nugros turut menjadi perbualan diruangan komen disamping ada juga yang tertanya-tanya rahsia drummer kumpulan tersebut.
Ads
Untuk info, Tyo atau nama asalnya Setyo Nugroho atau lebih dikenali sebagai Tyo Nugros. Dilahirkanpada 21 Disember 1970 di Jakarta, Indonesia. Beliau dikenali sebagai pemain drum kumpulan Dewa 19. Sebelum Dewa 19, Tyo merupakan pemain drum bagi kumpulan Getah
Awet muda sungguh Tyo ini….Mungkin dia banyak makan jamu agaknya…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aidilfitri pada tahun ini nyata akan bertambah berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sudah.
Terbaru, umat Islam di Pulau Pinang terpaksa akur dengan larangan melakukan sebarang aktiviti menziarahi tanah perkuburan semasa cuti Aidifitri kelak. Jelas, ini merupakan satu lagi usaha pihak berkuasa untuk mengelak penularan wabak Covid-19.
Tidak mustahil, larangan yang seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini turut akan dikenakan di negeri-negeri lain dalam masa terdekat ini sebelum Aidilfitri menjelang.
Menurut kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman mengenai larangan oleh kerajaan negeri itu, beliau meminta umat Islam di sama bersabar dan berharap semua orang memahami hukum sunat yang dikenakan ke atas amalan menziarahi kubur.
“Saya nasihatkan semua orang patuh pada larangan demi mengelak diri daripada ditimpa musibah. Hukumnya pun bukan wajib, ia hanya tradisi yang diamalkan di Malaysia. Jadi umat Islam disarankan untuk menunda tradisi menziarahi tanah perkuburan buat sementara waktu.”
Ini merupakan larangan terbaru ke atas tradisi Ramadan dan Syawal di Malaysia.
Ia setelah umat Islam di seluruh negara dilarang untuk menunaikan solat Jumaat melebihi kuota yang dipersetujui. Solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau juga dilarang.
Apa pendapat korang? Pelik tak apabila pagi Hari Raya tidak melibatkan kunjungan ke tanah perkuburan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penangan K-Drama memang memberi impak yang besar bukan sahaja di Korea, malah di negara kita sendiri pun mempunyai ramai pengikut setia yang sering menantikan drama-drama terbaru mereka.
Terbaru, The World Of The Married telah mencipta sekali lagi fenomena di kalangan peminat K-Drama. Bertemakan hubungan curang dan balas dendam, drama ini merekodkan rating tertinggi iaitu 6.63% semasa episod pertama, sekali gus mencipta sejarah di saluran JTBC.
Malah, drama ini juga semakin menjadi ‘kegilaan’ apabila setiap episod yang ditayangkan pasti menjadi trending di media sosial. Buktinya, selepas episod 6 ditayangkan, The World Of The Married meraih satu angka yang mengejutkan sehingga memecah rekod peribadinya.
Purata rating yang dicatatkan ialah 18.8% di seluruh negara dan 21.4% bagi kawasan metropolitan Seoul. Ia adalah satu angka yang mengagumkan bagi drama saluran berbayar.
Tambahan lagi, baru sahaja memasuki episod 6, ia sudah berjaya mengalahkan rating terbaik drama Itaewon Class yang direkodkan semasa episod terakhirnya iaitu 16.5% di seluruh negara. Secara tidak langsung, The World Of The Married berada di tangga kedua dalam sejarah saluran JTBC, selepas drama SKY Castle (23.78%) yang memegang rating tertinggi, bukan sahaja bagi saluran tersebut malah untuk seluruh saluran kabel.
Drama ini merupakan adaptasi drama UK terbitan BBC ONE- Doctor Foster. Namun, versi Korea ini mungkin adalah olahan tersendiri untuk disesuaikan dengan masyarakat disana. The World Of The Married mengisahkan tentang Ji Sun Woo adalah doktor perubatan. Dia berkahwin dengan Lee Tae Oh dan mereka mempunyai anak lelaki. Dia seolah-olah mempunyai segala-galanya, termasuk kerjaya yang berjaya dan keluarga yang bahagia, tetapi dia dikhianati oleh suaminya.
Ha, tak sangka tema curang ni masih menjadi pilihan penonton ya. Tak sabar nak tunggu episod akhir.
Esok seluruh umat Islam di dunia bakal menyambut Aidilfitri, namun kali ini nampaknya tidak sama seperti tahun-tahun yang lalu, ekoran daripada situasi pandemik COVID-19.
Walaupun pihak kerajaan membenarkan aktiviti ziarah dilakukan dengan memastikan jumlah individu dalam rumah tidak melebihi 20 orang, namun masih ramai masyarakat Malaysia yang berjaga-jaga dan tidak mahu menerima kunjungan Aidilfitri ini.
Korang pun sebelum nak pergi beraya ke rumah sanak-saudara, hubungilah mereka terlebuh dahulu untuk bertanyakan sama ada mereka boleh menerima kedatangan korang atau tidak.
Mungkin ada dikalangan mereka yang mempunyai anak kecil dan ibu bapa yang sudah tua dan tidak mahu merisikokan mereka dengan memberi pendedahan kepada orang ramai.
Disebabkan ramai yang masih berdegil, ada juga insan kreatif yang telah mencipta 10 nota tolak tetamu datang beraya tahun ini. Hiks!
Mungkin korang boleh guna juga. Hehe..
Agak-agak kalau dah tampal nota macam ni depan rumah masih ada yang berani nak datang ke?
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...