Isu pengeluaran secara one off akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih mendapat perhatian rakyat yang rata-rata bersetuju dengan cadangan yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa hari lalu.
Walau bagaimana pun semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir membayangkan sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan pandemik Covid-19.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang akaun satu KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.
"Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun satu KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.
Namun hari ini di fbnya, Datuk Seri Najib kembali menulis mengenai kewajaran pengeluaran secara one off dengan bentuk “formula” disertakannya. Jelas beliau, jika KWSP atau kerajaan bimbang dengan tekanan ke atas pasaran bon tempatan akibat pencairan bon sehingga nilai RM45.7 bilion dalam masa yang singkat untuk pembiayaan skim pengeluaran "one-off" ini, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh membantu sebab mereka dibenarkan untuk membeli bon dari pasaran tempatan jika diperlukan.
Hah, inilah yang ingin didengari oleh rakyat yang semakin tertekan dengan pandemik yang mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan. Dan pastinya rakyat amat menyokong tindakan beliau ini.
Bacalah kenyataan penuh Datuk Seri Najib yang ditulisnya hari ini. Malah isu one off ni turut mendapat sokongan dari Pemuda Umno dan MTUC yang bersetuju dengan hal ini.
Ada yang bimbang bahawa KWSP akan tertekan dari segi aliran wang tunai jika kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan "one-off" sehingga RM10k dari akaun 1.
Apabila saya membuat saranan ini setelah ramai Rakyat minta, saya juga pertimbangkan kemampuan KWSP dan kerajaan serta jumlah pencarum yang mungkin memerlukan skim ini.
Ads
Seramai 4.57 juta pencarum telah diluluskan untuk Skim i-Lestari KWSP pakej prihatan kerajaan yang membenarkan pengeluaran bulanan dari akaun 2 KWSP.
Dalam tempoh 5 bulan dari April hingga Ogos 2020, jumlah pengeluaran i-Lestari adalah sebanyak RM7.48 bilion.
Saya jangka jumlah pencarum yang mahu pengeluaran one-off akaun 1 juga sekitar jumlah yang diluluskan skim i-Lestari.
Maka; 4.57 pencarum X RM10,000 = RM45.7 bilion.
Itupun jika semua mahu atau layak untuk mengeluarkan sebanyak RM10,000. Ada yang mungkin mahu jumlah lebih kecil untuk keperluan terdesak.
Ads
KWSP mengumumkan jumlah keuntungan bagi tiga bulan Suku ke-2 2020 ialah sebanyak RM15.12 bilion.
KWSP juga mengumumkan jumlah aset dilabur mereka adalah sebanyak RM929.64 billion pada 30 Jun 2020 di mana 49.2% pelaburan adalah dalam bentuk bon.
Jika KWSP atau kerajaan bimbang dengan tekanan ke atas pasaran bon tempatan akibat pencairan bon sehingga nilai RM45.7 bilion dalam masa yang singkat untuk pembiayaan skim pengeluaran "one-off" ini, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh membantu sebab mereka dibenarkan untuk membeli bon dari pasaran tempatan jika diperlukan.
Langkah BNM ini tidak berbahaya sebab Malaysia dan dunia kini dalam zaman inflasi negatif akibat ekonomi yang tertekan.
KWSP juga boleh memilih untuk membayar pengeluaran "one-off" ini secara bulanan dalam tempoh 3 bulan atau 6 bulan.
Dan bila duit ini sampai ke rakyat terdesak dan dibelanjakan, ekonomi tempatan juga dirancakkan.
(Jangan guna duit ini untuk beli iPhone 12 pulak)
Ini zaman norma baharu. Sebab itu, norma baharu dan kaedah baharu juga diperlukan dalam pendekatan kerajaan untuk membantu rakyat serta merancakkan ekonomi.
Sukar untuk membenarkan tak bermaksud mustahil untuk dilakukan.
Nak, seribu daya.
Pada masa depan setelah ekonomi pulih apabila krisis Covid berlalu, barulah kerajaan dan pencarum cari jalan untuk pulihkan simpanan usia tua kita di KWSP.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas isu mempersoalkan bumi berbentu sfera, kini Suhaimi Saad mengemukakan soalan baru pula, ‘Kenapa Graviti Tak Mampu Menarik Burung & Belon’?
Bukan tujuan untuk melayan soalan-soalan kontroversi lelaki tersebut, tetapi kami lagi terhibur membaca komen dan yang diberikan oleh netizen. Hiks!
Begitu banyak respon yang diterima. Ada yang memberikan fakta relevan dan secara tak langsung, kita pun jadi boleh tambah ilmu. Tapi, tak kurang juga ramai yang menyakat Suhaimi dek kerana sering mengutarakan soalan yang mengudang kemarahan netizen.
Berikut antara jawapan-jawapan win yang kami perolehi daripada media sosial. Memang sarkastik dan boleh buat korang tergelak sakan. Hehe!
Nak kerja mudah
Cuba sendiri la bro
Jawapan dah nampak relevan, tapi part last tu… Hiks!
Pergh, jawapan dia..
Apa-apa pun, netizen ni memang power la. Tak pernah buat kami tak gelak. Hilangkan sikit stres bila baca komen korang. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas kenaikan harga roti Gardenia akhir tahun lalu, The Italian Baker Sdn Bhd, pengeluar roti jenama Massimo juga telah menyemak semula harga kebanyakan produknya berikutan kenaikan kos bahan mentah.
Menurut Berita Harian, syarikat bakeri itu menyenaraikan harga peruncit dan pengguna yang disemak semula telah berkuat kuasa 1 Januari 2022.
Menerusi notis yang dikeluarkan kepada peruncit, pihak Massimo menjelaskan bahawa pihak mereka akan sentiasa memastikan produknya kekal konsisten dan tidak berkompromo terhadap kualiti serta keselamatan.
Mengikut notis itu, harga baharu bagi pengguna adalah RM2.80 bagi roti putih sandwich 400gram, berbanding harga runcit sebelum RM2.38, manakala versi 600g dinaikkan daripada RM3.35 kepada RM4.00.
Walau bagaimanapun, kerajaan bercadang untuk memanggil pengeluar roti Massimo untuk menjelaskan alasa menaikkan harga produk mereka. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid berkata dia mahu penjelasan daripada pembuat roti itu dan alternatif yang boleh ditawarkannya.
Tidak dinafikan kenaikan harga barang di pasaran sedikit sebanyak memberi beban kepada para pengguna, khususnya bagi mereka yang berpendapatan kecil. Diharap agar pihak berwajib dapat memandang perkara ini dengan serius dan mencari solusi membantu meringankan beban rakyat.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Memang kejam dan layak digelar ibu bapa paling jahat.
Hanya kerana anak berusia 5 tahun tidak mahu mandi, pasangan suami isteri bertindak mendera kejam anak lelaki meraka dalam sangkar kucing sebelum menyimbahnya dengan air menggelegak semata-mata tidak mahu mandi, sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu.
Azlin Arujunah dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman, kedua-duanya 27 tahun dari Singapura sering memukul mangsa termasuk menggunakan penyapu, malah kanak-kanak itu juga tempang sedikit kerana tempurung lututnya senget akibat didera, lapor Daily Mail.
Harian Metro melaporkan, dalam hari pertama perbicaraan terhadap mereka semalam, mahkamah diberitahu mangsa dikurung dalam sangkar kucing pada 22 Oktober 2016, kerana enggan mandi sebelum bapanya mencurahkan air sepanas sekurang-kurangnya 92 Celsius pada belakang dan betisnya.
Mangsa yang identitinya dirahsiakan mahkamah, rebah dan terus tidak bergerak, tetapi ibu bapanya tidak membawanya ke hospital, sebaliknya menunggu enam jam sebelum mendapatkan rawatan.
Malangnya, dia meninggal dunia sehari kemudian dan pasangan itu ditahan susulan laporan dibuat terhadap mereka oleh pihak hospital.
Saksi pendakwa pertama yang memberi keterangan terhadap Azlin dan Ridzuan semalam, Profesor Madya Loh Tsee Foong berkata, mangsa mengalami lecuran tahap ketiga yang meliputi 75 peratus badannya, kecederaan buah pinggang akut, penyahhidratan, patah hidung, luka pada wajahnya selain lambat bertutur.
Selain itu, mahkamah diberitahu, Ridzuan Mega sebelum itu pernah menekapkan sudu yang dipanaskan pada tapak tangan mangsa kerana ‘mencuri’ susu tepung untuk dimakan. Mangsa juga pernah dilecurkan dengan air panas sekurang-kurangnya empat kali sebelum kematiannya.
Azlin dan Ridzuan menghadapi hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup bagi tuduhan bunuh.
Mahkamah diberitahu, mangsa diserahkan sebagai anak angkat selepas kelahirannya pada 2011 tetapi kembali bersama ibu bapa kandungnya pada 2015. Mangsa mula didera kira-kira setahun selepas itu.
Allah sudah bagi rezeki anak dan ternyata keduanya tidak bersedia untuk bergelar ibu bapa pun pada usia 27 tahun. .Mungkin faktor usia muda penyebab pasangan ini bertindak kejam terhadap anak sendiri. Yalah, anak lahir pada usia mereka dalam lingkungan 22 tahun sebelum dipelihara semula.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...