DS Najib Bagi “Formula” KWSP Tak Akan Terjejas Pengeluaran One Off, Ada Aset Bernilai RM929.64 billion

Share

Isu pengeluaran secara one off akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih mendapat perhatian rakyat yang rata-rata bersetuju dengan cadangan yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa hari lalu.

Walau bagaimana pun semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir membayangkan sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan pandemik Covid-19.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang akaun satu KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.

"Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun satu KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.

Namun hari ini di fbnya, Datuk Seri Najib kembali menulis mengenai kewajaran pengeluaran secara one off dengan bentuk “formula” disertakannya. Jelas beliau, jika KWSP atau kerajaan bimbang dengan tekanan ke atas pasaran bon tempatan akibat pencairan bon sehingga nilai RM45.7 bilion dalam masa yang singkat untuk pembiayaan skim pengeluaran "one-off" ini, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh membantu sebab mereka dibenarkan untuk membeli bon dari pasaran tempatan jika diperlukan.

Hah, inilah yang ingin didengari oleh rakyat yang semakin tertekan dengan pandemik yang mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan. Dan pastinya rakyat amat menyokong tindakan beliau ini.

Bacalah kenyataan penuh Datuk Seri Najib yang ditulisnya hari ini. Malah isu one off ni turut mendapat sokongan dari Pemuda Umno dan MTUC yang bersetuju dengan hal ini.

Ada yang bimbang bahawa KWSP akan tertekan dari segi aliran wang tunai jika kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan "one-off" sehingga RM10k dari akaun 1.

Apabila saya membuat saranan ini setelah ramai Rakyat minta, saya juga pertimbangkan kemampuan KWSP dan kerajaan serta jumlah pencarum yang mungkin memerlukan skim ini.

Seramai 4.57 juta pencarum telah diluluskan untuk Skim i-Lestari KWSP pakej prihatan kerajaan yang membenarkan pengeluaran bulanan dari akaun 2 KWSP.

Dalam tempoh 5 bulan dari April hingga Ogos 2020, jumlah pengeluaran i-Lestari adalah sebanyak RM7.48 bilion.

Saya jangka jumlah pencarum yang mahu pengeluaran one-off akaun 1 juga sekitar jumlah yang diluluskan skim i-Lestari.

Maka;
4.57 pencarum X RM10,000 = RM45.7 bilion.

Itupun jika semua mahu atau layak untuk mengeluarkan sebanyak RM10,000. Ada yang mungkin mahu jumlah lebih kecil untuk keperluan terdesak.

KWSP mengumumkan jumlah keuntungan bagi tiga bulan Suku ke-2 2020 ialah sebanyak RM15.12 bilion.

KWSP juga mengumumkan jumlah aset dilabur mereka adalah sebanyak RM929.64 billion pada 30 Jun 2020 di mana 49.2% pelaburan adalah dalam bentuk bon.

https://www.kwsp.gov.my/…/epf-records-rm15.12-billion…

Jika KWSP atau kerajaan bimbang dengan tekanan ke atas pasaran bon tempatan akibat pencairan bon sehingga nilai RM45.7 bilion dalam masa yang singkat untuk pembiayaan skim pengeluaran "one-off" ini, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh membantu sebab mereka dibenarkan untuk membeli bon dari pasaran tempatan jika diperlukan.

"Bank Negara also buys bonds in the market if necessary – Zafrul"


https://www.malaysiakini.com/news/541609

Langkah BNM ini tidak berbahaya sebab Malaysia dan dunia kini dalam zaman inflasi negatif akibat ekonomi yang tertekan.

KWSP juga boleh memilih untuk membayar pengeluaran "one-off" ini secara bulanan dalam tempoh 3 bulan atau 6 bulan.

Dan bila duit ini sampai ke rakyat terdesak dan dibelanjakan, ekonomi tempatan juga dirancakkan.

(Jangan guna duit ini untuk beli iPhone 12 pulak)

Ini zaman norma baharu. Sebab itu, norma baharu dan kaedah baharu juga diperlukan dalam pendekatan kerajaan untuk membantu rakyat serta merancakkan ekonomi.

Sukar untuk membenarkan tak bermaksud mustahil untuk dilakukan.

Nak, seribu daya.

Pada masa depan setelah ekonomi pulih apabila krisis Covid berlalu, barulah kerajaan dan pencarum cari jalan untuk pulihkan simpanan usia tua kita di KWSP.

Published by
Almaswa Haji Che Ros