DS Rosmah Pernah Nasihat Rakyat, Cukup Beli Baju 2 Pasang Di Masjid India, Satu RM60, Jangan Membazir!

Share

Semalam dalam satu waran menggeledah ke rumah bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, polis menemukan beberapa barangan peribadi yang cukup memeranjatkan rakyat betapa banyaknya beg tangan berjenama mewah yang dipercayai milik DS Rosmah Mansor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, 72 beg pelbagai saiz berisi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam berjenama dan barang-barang berharga serta 284 kotak berisi beg tangan berjenama termasuk Hermes Birkin di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Beg tangan dipercayai jenama Birkin antara yang dibawa hasil penggeledahan di rumah mewah DS Najib

Menurutnya, serbuan itu melibatkan tiga premis di apartmen terbabit, milik seorang individu bergelar ‘Tan Sri’ dan segala siasatan mempunyai kaitan dengan 1MDB.

“Ini adalah di salah satu dari enam lokasi digeledah iaitu di pejabat perdana menteri dan kediaman rasmi di Putrajaya serta empat lagi di kediaman peribadi beliau (Najib).

“Tiada butiran terperinci mengenai nilai rampasan kerana terlalu banyak,” katanya.

Beliau berkata, polis mendapat borang geledah dari mahkamah untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini.

Difahamkan, maklumat lanjut mengenai pemeriksaan dan penggeledahan akan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Terdahulu lima lori polis digunakan untuk membawa kotak-kotak berwarna oren dan putih dari apartmen  yang mana setiap kotak dilabelkan isinya. Kes ini disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Perolehan Akta Kegiatan Undang-undang 2001 (Amla) dan melibatkan 33 anggota polis.

Namun mungkin bagi rakyat yang sudah terlupa, pada tahun 2014 dahulu, DS Rosmah pernah mengajak rakyat berjimat cermat terutama menjelang hari raya yang bakal tiba. Penyataan ini dinyatakan sekitar tahun 2014.

Dalam satu ucapan, isteri kepada bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan orang ramai tidak berbelanja dengan boros untuk menyambut kedatangan hari raya Aidilfitri akan datang.

Katanya, walaupun banyak jualan murah sedang berlangsung di ibu kota, Rosmah menasihatkan wang sumbangan daripada MRCB yang disampaikannya disimpan untuk pendidikan anak dan perubatan.

“Jadi janganlah boros sangat, nak beli baju raya, satu dua pasang cukup.

“Satu pasang RM60, dua pasang jadi RM120. (Wang) yang lebih kita simpan,” katanya dalam majlis sumbangan Ehsan MRCB sempena Ramadan di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Beliau juga berharap penerima sumbangan itu akan menghargainya dan berbelanja secara sederhana.

Mungkin korang boleh tengok saranannya di sini.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros