Fesyen

Dua Bahan Berkesan Hilangkan Tompokan Baju Luntur Warna, Terus Nampak Baru!

Share

Baju luntur warna adalah situasi lazim yang berlaku dikalangan remaja. Tapi, jika berterusan, siapa je yang tak stres kan apabila setiap kali beli baju baru, warnanya luntur selepas dibasuh.

ARTIKEL BERKAITAN : Trik Jemur Pakaian Musim Hujan Supaya Cepat Kering, Baru Baju Tak Bau ‘Kepam’

Untuk pengetahuan anda, baju luntur warna disebabkan oleh agen pencuci seperti sabun pencuci, pelembut, peluntur atau kerana alat dan air yang digunakan ketika mencuci baju. Pakaian sebenarnya sensitif, silap sahaja kaedah mencucinya, terus luntur warnanya.

Baju Luntur Warna Selepas Basuh? Try Guna Dua Bahan Ini!

Selain menggunakan bahan peluntur, anda juga boleh lalukan seperti yang dikongsikan oleh Faryna  Mohd Khalis dan bolehlah mencuba teknik menghilangkan kesan warna yang luntur dengan cara yang lebih alami.

Ini perkongsiannya.

Colour corak batik seluruh kain menurun. Rase macam nak nangis dan down jap! Baru beli kot, tak jadi baju lagi. Alhamdulillah berjaya hilangkan tompok-tompok tu hasil perkongsian ilmu warga net.

Yang best, tak effect pon corak dan warna batik asal, masih elok remain cantik. So saya share siket ilmu ni.

Bahan :
Lemon dan sabun serbuk sikit + air panas + air paip siket je. ( btw saya punye ni kain cotton, kalau material lain or nipis saya tak sure sesuai ke tak rendam dengan air panas).

Cara – Cara :


1. Rendam dalam 5-10 minit, terus keluar semua tompok-tompok colour biru yang menurun kat bahagian putih tu. Then bilas dengan air bersih & sidai.

2. Siap! Selamat mencuba.

Sumber : Faryna Mohd Khalis

BACA LAGI : 8 Jenis Pakaian Ini “Pantang” Masukkan Dalam Mesin ‘Dryer’. Kalau Nak Baju Bertahan Lama

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Nana