Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan dengan nasib dua beradik asal Canberra, Australia ini. Isaac dan Sofia Andreou telah berjaya menemukan batu baiduri bernilai RM4 juta di kawasan pedalaman negara itu.
Batu yang dikelaskan dalam kategori Baiduri (Opal) merupakan jenis batu permata yang memiliki kualiti tinggi dan susah ditemui. Apa yang menarik penemuan batu tersebut berlaku pada percubaan melombong kali pertama buat pasangan adik beradik itu.
Salah satu batu baiduri yang mereka jumpai itu memiliki kualiti yang berkualiti untuk dipamerkan di muzium dan ia sebesar satu penumbuk tangan dan berbentuk seperti telur yang besar. Menurut Sofia, “Belahan batu baiduri ini memiliki warna-warna Pelangi yang lengkap dan saya tidak dapat membayangkan yang saya kini memegangnya. Perasaan saya bercampur baur antara terkejut dan juga terpesona.”
Menurut Isaac pula, “Penemuan berharga ini merupakan satu momen yang akan mengubah kehidupan kami. Dan akan membuat kehidupan kami lebih mudah dan menarik.” Untuk pengetahuan pembaca, Tidak ada penemuan pada musim sebelumnya yang bernilai seperti yang ditemui oleh dua beradik ini.
Rata-rata penemuan sebelum ini hanyalah bernilai sekitar $ 18,000, walaupun ada segelintir hingga $ 250,000, bergantung pada warna, kejelasan, corak dan ukuran.
Sumber & Gambar: dailymail.co.uk