Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa finalis Hero Remaja 2017 kali ini ada yang mempunyai latar belakang bersekolah agama suatu ketika dahulu.
Ilham Anuar atau lebih mesra dipanggil Dik Am dan Ikmal Amry merupakan dua finalis yang punya pengalaman menuntut di sekolah agama, malah mereka juga sempat menghafal beberapa juzuk Al-Quran.

Kehendak keluarga

Mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar membuatkan anak ke 11 daripada 12 adik beradik ini menjadi harapan keluarga untuk melanjutkan pelajaran di sekolah agama. Ujar Dik Am, ibunya sanggup berhabis duit asalkan ilmu agama terjamin.

Kehendak ibunya yang ingin melihat Dik Am sebagai anak lelaki bongsu dan seorang lagi adik perempuannya belajar agama tertunai kerana anak muda ini berjaya melanjutkan pelajarannya daripada pra-sekolah sehingga tingkatan 3 di sekolah agama swasta Sri Pintar, Shah Alam.

Dua Finalis Hero Remaja Ini Kongsi Pengalaman Hafaz Al-Quran

Bercerita tentang pengalaman Dik Am di sekolah agama, pengisian jadual hariannya cukup padat dengan aktiviti menghafaz Al-Quran. Namun begitu, pelajaran akademik juga tidak dipinggirkan malah mereka mempunyai waktu khusus untuk belajar mata pelajaran yang lain.

Sepanjang tempoh persekolahan tersebut, Dik Am pernah menghafal Al-Quran sehingga juzuk 6 dan empat kali khatam. Wah, macam ni la calon Hero Remaja yang kita cari. Bukan saja berbakat dalam dunia hiburan, malah didikan agama yang cukup juga memberi kelebihan buat menjamin kesejahteraan hidup.

Ads

Walau bagaimanapun, semasa di tingkatan 3 dia terpaksa bertukar sekolah di Safinatun Najah, Shah Alam kerana sekolah lamanya itu sudah tidak lagi beroperasi. Namun, pembelajaran yang diperoleh di sekolah barunya tidak sama seperti di sekolah agama yang terdahulu kerana mereka lebih fokus pada pelajaran akademik dan bukannya Diniyyah (agama).

“Selepas PMR, Dik Am ada berkunjung ke Indonesia bersama mak dan ayah untuk mencari sekolah agama di sana sebab mak cakap rugi kalau tak sambung belajar agama. Tapi, bila tengok sekolah agama di sana keadaannya memang sangat daif dan Dik Am agak murung untuk sambung persekolahan di sana,” jelasnya sambil tertawa kecil.

“Jadi mak pun tak sampai hati melihat keadaan Dik Am pada waktu tu dan membenarkan untuk sambung persekolahan biasa di Malaysia. Namun, mak ada cakap yang habis SPM nanti nak hantar Dik Am ke Yaman kalau ada peluang belajar agama di sana,” sambungnya lagi.

Ads

Ikmal pernah hafaz 15 juzuk Al Quran

Berlainan pula dengan kisah Ikmal Amry atau lebih mesra disapa sebagai Am, dia mula masuk ke sekolah agama pada tingkatan 1 hingga tingkatan 4 kerana dijaga oleh makciknya pada ketika itu. Hal ini adalah kerana keluarganya mempunyai masalah kewangan dan oleh sebab itu dia dibiayai oleh makciknya untuk menuntut di Sekolah Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah di Kangar, Perlis.

“Selama 4 tahun bersekolah asrama di sana, Am banyak belajar hadis, hafaz Al-Quran, belajar azan, solat dan bab-bab agama tentang perkara halal haram. Sebelum subuh kami akan menunaikan solat sunat dan selepas subuh kita akan baca doa Al-Mathurat iaitu doa-doa nabi. Selepas itu kami akan bersiap-siap untuk masuk kelas dan belajar seperti biasa dan pada waktu malam pula, selepas solat Maghrib kami akan membaca Al-Quran secara beramai-ramai,” jelas Ikmal Amry.

Dua Finalis Hero Remaja Ini Kongsi Pengalaman Hafaz Al-Quran

Sepanjang persekolahan di sana, Am sempat menghafal sebanyak 15 juzuk Al-Quran dek kerana rutin hariannya banyak diluangkan untuk membaca Al-Quran. Namun, selepas itu dia mempunyai masalah keluarga dan terpaksa berpindah di sekolah biasa.

Ads

Ditanya tentang perbezaan di antara sekolah agama dan sekolah biasa, Am mengakui bahawa sekolah agama mendidiknya untuk jadi lebih baik dan sekolah biasa menjadikan dirinya lebih matang dan cara pergaulan juga tidak sama seperti di sekolah agama.

Dua Finalis Hero Remaja Ini Kongsi Pengalaman Hafaz Al-Quran

“Secara peribadi, Am memang prefer sekolah agama dan InsyaAllah satu hari nanti kalau Am dan ada anak, Am akan cuba untuk menghantar mereka ke sekolah agama. Tapi tak bermaksud sekolah biasa tu tak bagus kerana bagi Am pokok pangkal datang daripada diri kita sendiri, bukannya kerana sekolah semata-mata,” ujarnya panjang lebar.

Wah, mendengarkan pengalaman dua finalis Hero Remaja ni membuatkan kita lebih terbuka dan sedar bahawa walaupun mereka menceburkan diri dalam dunia hiburan tetapi asas agama tetap tidak pernah diabaikan.

Come on guys, semarakkan kempen World #QuranHour yang bakal berlangsung pada 31 Ogos 2017 bersamaan 9 Zulhijjah 1438 bermula kam 11.30 pagi di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak dan kempen Merdeka #QuranHour pada jam 8.30 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Dua Finalis Hero Remaja Ini Kongsi Pengalaman Hafaz Al-Quran

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI