Dua Finalis Tersingkir Dalam Episod 4 Dewi Remaja, Shalin & Saidah Tidak Patah Semangat

Share

Dalam episod kali ini, 10 finalis diberikan cabaran outdoor bersama mentor mereka, Hero Remaja 2011/12 Fattah Amin dan Dewi Remaja 1988/89, Aleeza Kassim.

Bertempat di Eco Venture Semenyih, finalis Dewi Remaja perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan secara kumpulan dan solo di bawah matahari terik.

Episod keempat yang baru saja berakhir tadi mendapat kejutan apabila dua finalis terpaksa meninggalkan pentas Dewi Remaja 2019. Selepas nama Shalin disebut, hos turut mengumumkan bahawa Saidah juga bakal meninggalkan finalis Dewi Remaja yang lain.

“Sebenarnya saya tidak terkejut bila diumumkan sebagai peserta kedua yang disingkirkan hari ini. Sebab dari semalam saya dah rasa, saya dan Shalin antara peserta paling lemah. Saya pun rasa macam ada dua penyingkiran. Tak tahu la kenapa instinct saya sangat kuat. Jadi bila juri mengumumkan nama saya, saya redha,” jelas Saidah.

Walau bagaimanapun, gadis yang berasal dari Sabah ini pula tidak sesekali berputus asa walaupun perjalanannya di dalam Dewi Remaja berakhir disini.

“Tipulah kalau saya tak rasa sedih. Tapi, saya tetap bersyukur kerana saya mampu sampai ke peringkat ini. Banyak pengalaman yang saya peroleh daripada menyertai Dewi Remaja dan dari situ saya tahu tentang kelemahan dan kelebihan yang ada dalam diri,”

I will never stop and keep going, dan saya nak setiap remaja di luar sana tahu jika korang dapat menyertai Dewi Remaja nanti, buat betul-betul and all out. Mungkin sebab saya pemalu sikit, jadi saya nak orang lain jangan la ada rasa sifat pemalu sangat, nanti rugi,” kata Shalin.

Sesi fotografi ekstrem

Untuk tugasan kali ini, barisan finalis perlu melakukan sesi fotografi secara ekstrem, iaitu mereka akan menaiki flying fox dan perlu memberikan pose untuk dirakam oleh si photgrapher.

“Kami kena pakai dress ballerina dan main flying fox dan perlu memberikan pose sambil tergantung. Saya sangat pasif orangnya dan lemah-lembut. Sebelum saya shooting episod 4 ni, saya dah workout dengan roommate untuk kuatkan stamina tapi tu la saya macam lemah lagi. Nak buat mini challenge merangkak dalam lumpur pun saya macam penat lagi,” jelas Saidah sambil tersenyum manis.

Sementera Shalin juga berpendapat bahawa cabaran sesi fotografi kali ini adalah agak sukar kerana mereka perlu bijak untuk mengimbangkan badan.

“Task kali ini memang sangat mencabar. Tapi, saya dapat banyak belajar banyak perkara dalam episod kali ini. Walaupun tidak pernah melakukan extreme modelling,tapi kalau korang berpeluang untuk melakukannya, lakukan dengan terbaik kerana mungkin ini adalah pengalaman once in a lifetime. Tapi walaupun perjalanan dalam Dewi Remaja sudah berakhir disini, saya tetap akan mencari lebih banyak peluang di luar sana,” jawab Shalin.

Secara keseluruhannya untuk task fotografi ini, juri tetap Scha Alyahya memberi komen bahawa setiap finalis perlu nampak selesa dan mereka tidak boleh awkward, serta perlu berkomunikasi dengan photographer jika mahukan hasil yang terbaik.

Rata-rata mereka memberikan pose dengan wajah serius tanpa memberikan senyuman. Bak kata Scha, “Kalau nak jadi model tak semestinya kena muka serius saja sepanjang sesi photoshoot”.

Selaku juri jemputan juga, Aleeza Kassim turut bersetuju dengan komen-komen dari Scha Alyahya dan Yusry dan dia juga menasihati finalis untuk pelbagaikan pose dan rasakan diri mereka sebagai seorang ratu dan Dewi Remaja. Barulah mereka akan dapat feel tersebut.

Diharap barisan finalis yang tinggal dapat mengambil kritkan dan komen para juri ini sebagai panduan serta semangat untuk mereka meneruskan perjuangan dalam Dewi Remaja 2019.

Bagi korang yang terlepas menonton episod keempat Dewi Remaja 2019, korang boleh menyaksikan di aplikasi Astro Go atau pun menonton siaran ulangan pada hari Selasa, jam 1.30 petang di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Published by
Noor Ain Norman