Bekas pemain sayap pasukan bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha, meluahkan rasa rindu terhadap anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees, yang meninggal dunia, dua hari lalu.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Zaquan berkongsi foto tilam serta bantal milik Raees selain mengakui kehidupannya kini terasa sangat sunyi selepas pemergian anak bongsunya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta Sifatkan Ayu Raudhah & Zaquan Adha Bertuah -“Empat Anak Syurga Menanti Di Sana”
“Ya Allah, dua hari yang sangat sunyi tanpa anak syurga daddy. Berbahagialah adik Raees di sana,” tulisnya.
Selain itu, Zaquan turut memuat naik gambar Raees yang sedang tersenyum dengan penuh keceriaan.
Dalam hantaran tersebut, Zaquan meluahkan harapannya untuk dapat bermimpi berjumpa dengan Raees kerana terlalu merindui anaknya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta Sifatkan Ayu Raudhah & Zaquan Adha Bertuah -“Empat Anak Syurga Menanti Di Sana”
“Semoga anak syurga daddy hadir dalam mimpi daddy. Daddy cuba kuat untuk hadapi semua ini. Beri aku kekuatan, ya Allah,” coretnya lagi.
Pada Selasa, Zaquan berkongsi berita sedih mengenai pemergian anak ketujuhnya, Muhammad Aisy Al Rees yang dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu pada jam 12.57 tengah hari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Zaquan Adha