Sumber Foto : News24

 

Isu serangan seksual nampaknya masih belum mencapai tahap kesedaran yang diperlukan dalam kalangan masyarakat. Ibarat kelapa, isu ini kerap tengggelam timbul.

Kadangkala ia tular di media sosial seperti yang berlaku baru-baru ini melibatkan pelajar sekolah menengah bernama Ain Husniza Saiful Nizam.

ARTIKEL BERKAITAN : KPM Ambil Tindakan : Guru ‘Bergurau’ Tentang Rogol Dipindahkan Ke.. – REMAJA

But more often than not, isu ini akan kembali ‘tenggelam’ dan tidak dibicarakan secara meluas walaupun wujud mangsa gangguan seksual baharu di Malaysia pada setiap hari terutamanya dalam kalangan remaja perempuan.

Tidak kiralah jika seseorang itu berpengaruh, kaya dan popular ataupun tidak, nampaknya tiada siapa yang terlepas daripada risiko menjadi mangsa serangan seksual secara amang mahupun fizikal.

Inilah yang didedahkan oleh anak dara kepada selebriti cef terkenal, Gordon Ramsay baru-baru ini.

Ads
Dua Kali Cuba Dicabul, Anak Gordon Ramsay Dedah Trauma Hingga Masuk Wad
Holly dan ayahnya, Gordon Ramsay.

Holly Anna Ramsay, 21 berkongsi perihal bagaimana dia terpaksa diwadkan selama 3 bulan di hospital akibat gangguan stres trauma dan pasca trauma (PTSD) yang dialaminya setelah menjadi mangsa gangguan seksual sebanyak dua kali.

Kata Holly dalam rakaman podcast-nya, kedua-dua insiden tersebut berlaku ketika dia berusia 18 tahun dan 21 tahun; yang bermaksud gangguan kedua itu baru saja berlaku tidak lama sebelum ini.

“Saya seperti remaja biasa, pergi ke universiti dan mempelajari jurusan fesyen. Saya amat menyukainya. Namun pada semester kedua pada tahun pertama, saya mula diganggu oleh PTSD dan saya tidak tahu bagaimana ia boleh terjadi.

“Saya banyak habiskan masa di luar dan ketinggalan kelas. Saya tidak merasa seronok dan tidak tahu cara untuk membuatkan diri merasa seronok. Saya banyak bergelut,” katanya yang juga merupakan seorang model.

Ads

 

Diwadkan Dalam Hospital Mental

Seperti kebanyakan mangsa gangguan seksual, Holly juga tidak memberitahu sesiapa akan kejadian pertama sehinggalah setahun berlalu.

“Saya cuba untuk melupakannya, namun keadaan mental saya semakin teruk. Akhirnya, syaa meninggalkan Universiti Ravensbourne di London dan dimasukkan ke Hospital Nightingale di Marylebone iaitu satu-satunya hospital kesihatan mental swasta di London.

Ads

“Di sini, saya disahkan menghidap PTSD, anxiety dan depresi. Sejak itu saya menghadiri 3 kali sesi terapi pada setiap minggu,” katanya.

Biarpun Holly kini sudah berjaya untuk menjadikan dirinya lebih positif, dia tahu stigma mengenai kesihatan mental masih rendah dan tidak ramai remaja cuba mendapatkan nasihat pakar kerana perasaan takut.

Dua Kali Cuba Dicabul, Anak Gordon Ramsay Dedah Trauma Hingga Masuk Wad
Sumber Foto : Delish

“Luahkan dahulu kepada yang tersayang. Ayah saya memberikan sokongan tidak terbelah bahagi selepas saya memberitahunya tentang insiden itu setahun kemudian.

Begitu juga dengan ibu saya Tana, kakak saya Megan, kembar saya Jack, adik saya Tilly dan Oscar yang sentiasa berada di sisi apbila saya memerlukan sokongan.

“Secara tak langsung, insiden ini telah menjadikan kami lebih rapat. Saya harap melalui pendedahn ini, saya boleh membantu lebih ramai mangsa di luar sana,” katanya yang kini sedang menuntu di Conde Nast College of Fashion & Design.

Di Malaysia, sekiranya korang tidak tahu siapakah insan terbaik untuk mengadu nasib atau mendapatkan bantuan, korang sentiasa boleh menghubungi talian Kasih di nombor 15999.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI