Secara rasminya pada 6 Januari 2019, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

 

Berita mengejutkan itu telah disampaikan sekitar jam 7 malam tadi setelah perkara ini dimaklumkan secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raya-raja.

DUA KALI Sultan Kelantan Tak Sempat Tamatkan Tempoh Pemerintahan Sebagai Agong, Lihat 5 Lagi Trivia Ini
Kenyataan media daripada Istana Negara.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja iaitu Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, “Baginda Tuanku meletak jawatan berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Hhm, apa sebenarnya intipati perlembagaan tu? Jom tengok 6 trivia berkaitan dengan berita ini.

 

01

 DUA KALI Sultan Kelantan Tak Sempat Tamatkan Tempoh Pemerintahan Sebagai Agong, Lihat 5 Lagi Trivia Ini

Perkara 32 (2) di dalam bab Ketua Utama Negara menyebut, Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja.

Ini adalah kebebasan yang ada pada Baginda.

Ads

 

02

Sultan Muhammad V menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia pertama meletakkan jawatan dalam sejarah 15 orang Ketua Umum Negara.

 

03

DUA KALI Sultan Kelantan Tak Sempat Tamatkan Tempoh Pemerintahan Sebagai Agong, Lihat 5 Lagi Trivia Ini

Bagaimanapun, Baginda bukanlah Sultan Kelantan pertama yang pernah dilantik selaku Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini pada 19 Jun 1975, Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim telah dipilih oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Ads

Namun, Baginda mangkat akibat serangan jantung pada 29 Mac 1979 di Istana Negara Kuala Lumpur selepas santapan tengahri dan ketika sedang berehat bersama keluarga.

Ini bermakna, kedua-dua tokoh legasi diraja Kelantan yang pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong tidak sempat untuk menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Ketua Umum Negara.

 

04

DUA KALI Sultan Kelantan Tak Sempat Tamatkan Tempoh Pemerintahan Sebagai Agong, Lihat 5 Lagi Trivia Ini
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah Binti Abdul Rahman.

Beberapa Yang di-Pertuan Agong juga pernah berdepan dengan situasi tidak menamatkan tempoh pemerintahan namun kesemuanya kerana kemangkatan.

Selain Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim dari Kelantan, senarai tersebut termasuklah Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor, pada 1 September 1960) dan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah (Sultan Selangor, pada 21 November 2001)

Ads

 

05

DUA KALI Sultan Kelantan Tak Sempat Tamatkan Tempoh Pemerintahan Sebagai Agong, Lihat 5 Lagi Trivia Ini

Berbalik kepada Sultan Muhammad V, Baginda juga mencipta sejarah pada tahun 2018 apabila menjadi Yang di-Pertuan Agong pertama yang memerintah di bawah 2 pucuk kepimpinan kerajaan berbeza. Ini kerana selepas tempoh 60 tahun, kerajaan Barisan Nasional telah digantikan dengan kerajaan Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohammad.

 

06

DUA KALI Sultan Kelantan Tak Sempat Tamatkan Tempoh Pemerintahan Sebagai Agong, Lihat 5 Lagi Trivia Ini
Menurut laporan Sinar Harian, pengantin perempuan di dalam foto ini ialah bekas ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina.

Baginda juga akan diingati sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang memerintah tanpa kehadiran Raja Permaisuri Agong di sisi. Walaupun pada akhir November lalu, kecoh seketika apabila foto perkahwinan Baginda dengan wanita Rusia, Oksana Voevodina muncul, namun tiada kenyataan rasmi daripada pihak Istana Negara mahupun acara pertabalan rasmi dilakukan.

***

Apapun, kami di REMAJA ingin mengucapkan terima kasih kepada Baginda atas jasa dalam mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan rakat Malaysia agar terus berada dalam keadaan aman dan harmoni.

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI