Tiada yang mustahil di dunia ini jika ada usaha dan keazaman yang jitu.
Mungkin kedengaran tidak masuk dek akal, namun baru-baru ini dua pencinta aktiviti pengembaraan ekstrem berjaya menempa nama dalam Guinness World Records dengan berjalan di atas kabel kendur melintasi sebuah gunung berapi aktif di Vanuatu.
ARTIKEL BERKAITAN : Seminit Pun Rasa Lama! Lelaki Ini Pecah Rekod Dunia ‘Planking’ Lebih 9 Jam
Oganisasi rekod dunia itu berkongsikan video memaparkan aksi Rafael Zugno Bridi dan Alexander Schulz.
View this post on Instagram
Dua lelaki berkenanaan berjalan di atas kabel pada ketinggian 42 meter (m) di atas kawah Gunung Berapi Yasur di Pulau Tanna. Dengan langkah berhati-hati, mereka dilihat memakai topeng gas dan topi keledar serta diikat dengan tali keselamatan ketika berjalan sepanjang kabel itu sambil cuba mengimbangi badan mereka.
Selain itu, pemandangan lahar gunung berapi berwarna merah di bahagian bawah laluan tali tersebut ketika mereka berjalan turut dapat dilihat. Perkongsian klip video tersebut telah mendapat lebih 22,000 like serta lebih 304,000 tontonan.
Rata-rata semua pengguna Internet kagum dan terpaku melihat aksi kedua-dua ahli sukan ekstrem itu malah mendakwa bahawa ini adalah rekod sebenar yang pernah mereka temui. Pasangan duo tersebut berjaya menamatkan laluan sepanjang 261 m itu bagi mencipta rekod dunia.
“Gambar yang menunjukkan terdapat letusan lahar di belakang saya membuktikan bagaimana minat dan dedikasi boleh menjadikan impian satu kenyataan.
“Mengimbangi badan di atas garisan kendur di lokasi tersebut bukan mudah dan disebabkan itu, pencapaian ini amat penting,” kata Bridi.
Cayalah dapat pecah rekod dunia, berani betul dua lelaki ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.