Bukan sahaja bijak, tetapi dua gadis ini mempunyai jiwa yang besar! Baru-baru ini, dua pelajar dari Malaysia berjaya melakar sejarah apabila diterima masuk ke Kolej Harvard, iaitu institusi sarjana muda ternama Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS) untuk tahun akademik baharu yang akan berakhir pada tahun 2029.

Kedua-dua pelajar tersebut ialah Athena Siow dari Kuala Lumpur, yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang sains data (kerajaan), dan Namira Lee Tzu dari Kuala Terengganu, yang bercadang mengambil jurusan sains dan kejuruteraan alam sekitar.

Apa yang lebih membanggakan, kedua-dua pelajar ini datang dari latar belakang pendidikan sekolah kerajaan dan jom kita kenali kedua individu yang layak dijadikan inspirasi buat golongan muda pada masa kini.

Dua Pelajar Malaysia Cipta Sejarah! Berjaya Terpilih Lanjut Pengajian Di Harvard
Kredit: The college post

Menurut Presiden Kelab Harvard Malaysia, Wan Nadiah Wan Abdullah Yaakob berkata, Athena menerima biasiswa Yayasan UEM merupakan bekas pelajar Kolej Yayasan Saad.

Bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, beliau juga merupakan antara wakil Malaysia di Persidangan Belia COP 2023 di Dubai dan aktif memperjuangkan isu keadilan iklim, selain melatih lebih 100 gadis melalui program Pandu Puteri.

Ads

Selain itu, Athena turut aktif dalam mengajar catur secara percuma kepada anak muda di Melaka dan menjadi sukarelawan di sekolah pelarian setempat.

Dua Pelajar Malaysia Cipta Sejarah! Berjaya Terpilih Lanjut Pengajian Di Harvard
Athena Siow

Manakala, Namira merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hwa Wei Sin dan menerima biasiswa Global Permodalan Nasional Berhad (PNB) pula aktif dalam pemuliharaan alam sekitar dan perkara itu merupakan salah satu sebab beliau terpilih untuk Program Kepimpinan Belia Asia Tenggara yang ditaja oleh AS di Illinois serta Washington D.C.

Beliau juga menerima geran selama dua tahun berturut-turut yang digunakan untuk memulakan projek pemuliharaan penyu bersama pelajar sekolah menengah dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). Lebih menarik, projek pemuliharaan ini kemudian diperluaskan lagi kepada pelajar sekolah rendah Cina.

Ads
Dua Pelajar Malaysia Cipta Sejarah! Berjaya Terpilih Lanjut Pengajian Di Harvard
Namira Lee Tzu

Sementara itu, Wan Nadiah turut menzahirkan rasa bangga apabila pelajar-pelajar dari Malaysia yang diterima masuk ke Harvard kini semakin ramai datang dari luar Lembah Klang dan bukan dari sekolah elit sahaja.

“Kolej Harvard mengekalkan kadar kemasukan pelajar sarjana muda antara yang terendah di dunia dan terus mencari pelajar berbakat dari seluruh dunia yang menunjukkan komitmen menggunakan sumber sedia ada di sekeliling mereka untuk menyumbang ke arah dunia yang lebih baik”

Ads

“Kami sangat berbangga kerana pelajar yang diterima masuk dari Malaysia masih terdiri dalam kalangan pelajar sekolah kerajaan, dan semakin ramai daripada latar belakang berpendapatan sederhana di luar wilayah Lembah Klang,” katanya.

Sekadar info, Universiti Harvard merupakan universiti tertua di AS dan menduduki tempat keempat dalam QS World University Rankings 2024. Sehingga kini, Malaysia hanya mempunyai kurang daripada 15 graduan dari Kolej Harvard.

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI