Peribahasa ini sesuai dikaitkan dengan perkongsian daripada dua pemuda kurang upaya atau (OKU) pendengaran mencabar diri mereka dengan bermotosikal kapcai menjelajah Laos dan Thailand yang jarak perjalanan keseluruhan hampir 6,000 kilometer (km), baru-baru ini.
Khairul Azri Zahari, 32, yang menunggang Honda EX5 dan rakannya, Izzuan Ahmad, 37, menunggang Honda Dash 125 melakukan kembara selama 20 hari bermula dari Kuala Lumpur sebelum menuju ke Bukit Kayu Hitam, Kedah untuk memasuki Thailand dan Laos.
Berkongsi pengalaman itu, Khairul Azri berkata bagi memudahkan komunikasi dengan masyarakat di negara itu, beliau dan Izzuan menggunakan bahasa isyarat dan banyak menaip di telefon bimbit serta menggunakan aplikasi Google Translate.
“Setiap kali berjumpa dengan rakyat tempatan mereka tidak lokek untuk menghulurkan bantuan, kami akan maklumkan yang kami tidak dapat mendengar dan bercakap. Alhamdulillah, mereka memahami dan setiap urusan dipermudahkan.
“Yang melegakan kami juga ialah tidak menghadapi banyak karenah birokrasi dengan pihak berkuasa di sempadan Thailand dan Laos ketika kami memasuki negara tersebut sebaliknya mereka terkejut dan teruja kerana kami adalah OKU pendengaran dari Malaysia,” katanya kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp.
Ads
Izzuan berkata pengalaman yang tidak dilupakan ialah dapat menunggang motosikal di Wilayah Mae Hong Son, iaitu kawasan tanah tinggi Utara Thailand yang menjadi antara laluan popular dalam kalangan penunggang yang mempunyai 1,864 selekoh dan berada pada ketinggian 1,200 meter dari aras laut yang menyajikan pemandangan sungguh menakjubkan.
Ads
“Walaupun kami OKU pendengaran dan menggunakan motosikal berkuasa rendah, kami bangga dapat sampai di sini (Mae Hong Son) yang menjadi kawasan wajib disinggahi bagi penunggang motosikal lain,” katanya yang menyimpan hasrat untuk bermotosikal ke Makkah pada masa akan datang.
KUALA LUMPUR: Dua pemuda OKU pendengaran mencabar diri mereka dengan bermotosikal kapcai menjelajah Laos dan Thailand yang jarak perjalanan keseluruhan hampir 6,000km, baru-baru ini. pic.twitter.com/Vk6Tr49Zre
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Fenomena filem aksi komedi Abang Long Fadil 2 nampaknya terus hangat diperkatakan. Terbaru, Astro Shaw telah mengumumkan Abang Long Fadil 2 telah mencatatkan jumlah pungutan berjumlah RM17.9 juta. Apa yang menarik ia masih ditayangkan di pawagam seluruh negara!
Filem aksi hebat yang diterbitkan bersama oleh dua nama gergasi perfileman tanah air, Astro Shaw dan Skop Productions telah mencatatkan nama mereka dalam lipatan sejarah perfileman tanah air dengan kutipan tertinggi.
Apakah formula yang menjadikan filem Abang Long Fadil 2 menjadi cukup luar biasa dan sukses?
Terdapat beberapa faktor yang penulis lihat berkemungkinan menjadi faktor kenapa ia cukup mendapat tempat di hati penonton.
1.Gabungan dua produksi hebat Skop Productions dan Astro Shaw
Melihat dua nama ini sahaja sudah cukup untuk meyakinkan kita ke pawagam. Bahkan sebelum ini, dua produksi inilah yang pernah melahirkan banyak filem terlaris di Malaysia seperti Polis Evo, Ola Bola, Sembilu, Evolusi KL Drift, KL Gangster dan banyak lagi.
2.Karya pengarah muda berkaliber
Ia merupakan karya arahan pengarah muda berkaliber, Syafiq Yusof. Sentuhan daripada pengarah muda yang versatil ini merupakan satu nafas baru buat industri filem tanah air terutama dalam genre filem aksi.
3.Gabungan pelakon-pelakon popular
Melihat barisan pelakonnya seperti Zizan Razak, Datuk AC Mizal, Syamsul Yusof, Shib Sepahtu, Achey Bocey dan Tania Hudson sudah cukup untuk menarik penonton ke pawagam. Pengenalan bintang viral sensasi Wak Doyok di dalam filem ini juga memberikan impak juga hebat. Pengaruh dibawa oleh Wak Doyok di kalangan follower-nya tidak dapat dinafikan agak menggila juga.
4.Faktor kesinambungan
Karakter Fadil sebenarnya sudah diiukti oleh peminat sejak dari filem KL Gangster lagi. Dengan menggunakan fomula cinematic universe yang sama, filem ini menjadi continuity yang sangat dinantikan oleh peminat. Tidak banyak filem tempatan yang berani mengetengahkan konsep begini.
5.Aksi lasak bertaraf antarabangsa
Dan yang terakhir sekali faktor aksi lasak yang bertaraf antarabangsa. Walaupun ia diangkat sebagai filem aksi komedi, namun Syafiq Yusuf cukup teliti dan menitik beratkan kualiti babak-babak aksi yang diketengahkan dalam filem ini.
Sehingga hari ini, Abang Long Fadil 2 masih lagi ditayangkan di 77 buah pawagam di seluruh negara. Dengan momentum yang luar biasa ini, penulis berani mengatakan bahawa mungkin ia mampu mencecah ke angka RM20 juta!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesi persekolahan tahun 2020 akan bermula tidak lama sahaja lagi. Bagi korang yang nak memulakan di sekolah baru, mesti ada rasa sedikit risau dan dalam masa yang sama excited sebab akan bertemu dengan rakan-rakan baru.
Mungkin kalau korang nak masuk sekolah kebangsaan/menengah biasa rasanya tak banyak masalah kerana kebanyakannya diuruskan melalui sistem kerajaan negara.
Namun begitu, jika mahu memilih untuk masuk sekolah Tahfiz, mungkin ada yang risau dan tertanya-tanya sekolah mana yang baik untuk menyambung pengajian.
Jadi kali ini, Remaja nak kongsi kan antara tips yang korang boleh check sebelum memilih sekolah tahfiz yang baik.
Aspek sekolah
Sekolah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri
Sekolah mempunyai sijil kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Sekolah menyediakan modul pendidikan dan silibus pengajian akademik dan seimbang
Sekolah menggalakkan pelajar tahfiz terlibat dengan program/aktiviti ko-kurikulum lain
Sekolah tidak mengarahkan/memaksa/memprogramkan kanak-kanak meminta sedekah/derma kepada orang ramai atas pelbagai alasan, termasuklah kebajikan atau latihan keusahawanan
.
Aspek asrama
Guru/warden boleh dihubungi dengan mudah pada bila-bila masa sepanjang pelajar ada di asrama
Sekolah tidak menyekat pelajar untuk menghubungi ibu bapa pada bila-bila masa, termasuk semasa orientasi
Ibu bapa penjaga dan penaja dibenarkan melihat tempat anak belajar, tidur dan bilik air serta menu makanan yang diberikan kepada pelajar
Kanak-kanak di bawah 12 tahun tinggal di dorm/asrama berasingan daripada kanak-kanak di atas 12 tahun
Aspek hubungan/tanggungjawab ibu bapa
Sekolah membenarkan ibu bapa terlibat dalam semua program pembangunan pelajar tahfiz, sahsiah diri dan akhlak
Sekolah menggalakkan ibu bapa mengadakan WhatsApp group untuk mengetahui perkembangan semasa
.
Aspek disiplin murid
Sekolah tidak mengenakan sebarang syarat atau hukuman yang tidak munasabah, mengaibkan atau apa-apa hukuman yang melibatkan penderaan fizikal, emosi atau seksual
Sekolah memastikan interaksi dan hubungan fizikal antara pelajar senior dan junior diterangkan dan dikawal dengan jelas
Sekolah mempunyai polisi jelas yang menolak sebarang bentuk ragging dan buli
Aspek keselamatan
Sekolah menyediakan guru atau staf pengiring sewaktu membawa pelajar keluar dengan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu
Sekolah menerbitkan poster/buku peraturan disiplin yang jelas kepada semua pelajar dan ibu bapa serta tindakan yang dibuat sekiranya pelajar melanggar peraturan tersebut
Lembaga Pengurusan Sekolah menyediakan polisi/SOP perlindungan dan keselamatan pelajar
Sekolah menapis semua individu, kumpulan atau NGO luar yang datang menjalankan program di sekolah dan memaklumkan ibu bapa tentang program berkaitan
Ada ke perempuan yang tak suka shopping? Okay kalau ada korang memang rare. Rugi beb sebab dah masuk akhir tahun ni memang banyak market website yang buat sale gila-gila.
Lazada Malaysia tak terkecuali untuk memberikan korang peluang berbelanja tanpa had. Dengan bertemakan “Shop the Universe”, Lazada telah memperkenalkan seksyen baru di website mereka untuk memberi lebih banyak pilihan pada harga yang menarik.
Wow, serious wey bermula esok 11.11 (11 November 2017) sehingga 14.12 (14 Disember 2017) ada 90 juta produk dengan diskaun sehingga 90 peratus. Mau berpinar biji mata kalau tengok promosi hebat ni nanti.
Korang juga boleh menikmati jualan kilat jenama yang menarik, barangan pada harga serendah RM1 manakala jenama seperti Nivea, Durex, Maybelline, Mattel dan Laneige pula akan menyediakan “Kotak Misteri” kepada para pelanggan untuk potongan harga yang lebih rendah lagi.
Kempen Online Revolution ini disertai oleh pelbagai rakan pemasaran yang menyediakan hadiah-hadiah bernilai lebih RM60 juta, termasuk pakej percutian Club Med, Go Pro, iPhone X, Perodua Bezza, peluang untuk merasai Zero-G dan banyak lagi.
Jadi apa lagi,malam ni tepat jam 12 pagi terus check Lazada online dan jangan lepaskan peluang untuk jadi orang pertama berbelanja dengan harga murah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, menegaskan bahawa Gegar Vaganza adalah sebuah jenama yang kukuh dan berprestij, yang bertujuan untuk mengangkat semula nama penyanyi...