Keluarga Diraja sering mendapat perhatian masyarakat kerana mungkin ramai yang begitu kagum dengan kemewahan dan gaya hidup mereka. Namun, bukan semua keluarga Diraja mempamerkan kehidupan mewah semata-mata, malah ada juga yang lebih selesa untuk hidup bersederhana.
ARTIKEL BERKAITAN : 5 Putera Raja Arab Berwajah Kacak, Bakal Buat Wanita ‘Cair’
Kali ini, REMAJA nak berkongsi tentang dua Putera Diraja Denmark yang tidak kekok terjun ke bidang peragaan.
Putera Nikolai adalah anggota keluarga diraja Denmark yang berusia 21 tahun. Beliau menemui minatnya pada tahun 2018 dan mula berkerja sebagai model fesyen. Beliau membuat penampilan sulung di London Fashion Week dan membuat pertunjukan fesyen di Dior Homme 2020. Malah, si adik yang mengikuti jejak abangnya telah tampil dalam iklan barang kemas mewah Denmark, Georg Jensen awal tahun ini.
Antara Pewaris Takhta Denmark
Nikolai dan adiknya Putera Felix, 19, merupakan anak kenapa Putera Joachim dan isteri pertamanya iaitu Countess Alexandra dari Frederiksborg. Menariknya, Putera Nikolai merupakan pewaris ketujuh dan Putera Felix pula pewaris kelapan dalam barisan pewarisan tahkta Denmark.
Putera Joachim dan Countess Alexandra telah bercerai pada tahun 2005. Sejak daripada itu mereka telah berkongsi hak penjagaan kedua-dua putera itu.
Setelah Putera Joachim berkahwin baru, Putera Nikolai dan Putera Felix mempunyai dua adik beradik tiri; Putera Henrik, 12, dan Puteri Anthena, 10.
‘Langgar’ Tradisi Keluarga Diraja
Sedia maklum kita tahu kalau keluarga diraja mesti berkait rapat dengan ketenteraan. Jadi setiap kerabat diraja diarah dan ‘diwajibkan’ melengkapkan kursus latihan ketenteraan selama 2 tahun.
Tapi beza pula dengan Putera Nikolai dan Puteri Felix apabila kedua-dua berhenti daripada menjalani kursus ketenteraan selepas dua bulan.
Putera Nikolai mengatakan dia tidak dapat merasakan dirinya mempunyai kerjaya dalam bidang ketenteraan. Manakala adiknya, Putera Felix tidak mendedahkan alasan sebenar kenapa dia berhenti.
Sentiasa Disokong Oleh Keluarga
Walaupun tidak ditentang oleh kedua-dua ibu bapanya, Putera Nikolai dan Putera Felix dikhabarkan tidak diberikan sebarang pendapatan daripada pewaris takhta oleh keluarga diraja.
Kongsi Putera Nikolai semasa membuat keputusan menjadi model, ibu bapanya sangat menyokongnya. Malah kini ibunya menjadi hairstylist peribadi memandangkan rambutnya sering dipotong oleh ibunya sejak kecil lagi.
“Tiada siapa yang menentangnya. Saya perlu buat apa yang saya suka. Jika saya ada pekerjaan baru dalam mana-mana industri atau belajar di universiti, saya perlu jelaskan kepada keluarga saya. Dengan cara yang baik dan jelas.”- Putera Nikolai.
Wah, seronoknya putera diraja Denmark ni, keluarga turut sokong apa yang mereka ceburi. Patut la berjaya jadi model popular sekarang!
BACA LAGI : 8 Ahli Keluarga Diraja Yang Pernah Melakukan Pekerjaan ‘Biasa-Biasa’
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.